Ticker

6/recent/ticker-posts

Staycation 3D2N @ Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N @ Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel | Tak pernah ciksun menyangka, ada pengalaman untuk stay dekat Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Alhamdulillah, ciksun stay kat sini 3 hari 2 malam dengan kawan ciksun beberapa minggu yang lepas. Sesekali kan healing dan reward diri lepas berhempas pulas dengan kerja harian. Ambil masa untuk cuti dan rehat sekejap, manjakan diri sebelum sambung balik kebizian.

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Check-in smooth pukul 3 petang. Masuk aje ke bilik, terus hilang semua stress. MasyaAllah, keluasan, susun atur perabot dan kelengkapan bilik, semuanya terasa cukup istimewa dan mewah. Ruang tamu diasingkan dengan ruang bilik tidur. Sebelah bilik tidur pulak ada ruang bilik air lengkap dengan bathtub, wardrobe, iron dan peti keselamatan. Toilet dengan shower room pun diasingkan. Tak cukup dengan tu, dekat ruang tamu pun ada toilet sebelah pintu masuk tadi. Jadi, kalau korang ada tetamu yang datang meeting sekejap, tak perlu la diorang nak kena lalu ruang bilik tidur untuk ke toilet, kan!

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Minibar siap dengan coffee machine, drinking water, tea, dan bekas untuk ais batu juga. Korang boleh request kalau nak ais batu ye, nanti diorang hantar ke bilik. Diorang punya welcome treats tu sweet sangat-sangat disamping welcome notes dari staff housekeeping. Sedap-sedap kudapan yang disediakan, paling ciksun suka la macarons dengan coklat kaler-kaler tu. Dah lah bila angkat aje penutup kaca tu, terus semerbak bau dia menusuk hidung. Memanggil-manggil ciksun untuk ngap segera. Hahaha! Ciksun teka, bau semerbak datang dari crumbles tu ha, tapi tak sure crumbles ape tu.

Khas untuk yang duduk Executive Suite, korang boleh dapat akses masuk ke Club Lounge jugak untuk sarapan pagi, lunch, hi-tea, dinner or light snack dengan lebih private. Kitorang ke Club Lounge ni pada malam hari pertama untuk mengopi, then waktu pagi hari ketiga untuk sarapan. Sarapan kat sini dihidangkan dalam bentuk buffet tapi tak la sebanyak dekat Cafe BLD. Masa ciksun pergi tu ada nasi lemak daun pisang, sedapppp! Kalau korang rasa belum kenyang lagi, boleh la turun ke Cafe BLD pulak sambung sarapan sampai pukul 10 pagi! Hahaha!

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Staycation 3D2N di Executive Suite, Renaissance Johor Bahru Hotel

Ciksun tak masuk gym, berenang dan sauna pun masa kat sini. Padahal semua kemudahan ni ada je disediakan untuk hotel guest. Kitorang just lepak dekat kolam je (sebab tak pandai berenang). Nape eh time tu tak masuk gym? Tak ingat lah ciksun, rasa-rasa macam ada orang dalam gym time tu tengah kemas barang-barang gym kot? So, sebab tu tak masuk pun. Amek gambar pun tak sempat la maksudnya 😂

But overall, memang puas hati kalau stay dekat Executive Suite ni sebab dapat akses ke Club Lounge tu. Rasa lebih ekslusif dan private, cukup menenangkan. Insya'Allah kalau ada rezeki, one day nak juga ajak suami stay kat sini. Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar masa ciksun stay hari tu, boleh tengok dekat FB page Blog Sunah Sakura ek!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bilik, boleh terus ke laman web: Renaissance JB

Post a Comment

5 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com