Resepi Asam Rebus Ikan Selar Mudah dan Menyelerakan | Alhamdulillah, menu makan tengahari semalam, Asam Rebus Ikan Selar. Pepagi ciksun kemaskan kebun depan rumah. Clearkan sikit dan susun balik pasu-pasu pokok dan rak, supaya housemate ciksun boleh letak pokok-pokok dia kat depan pagar. Nak siram pokok pun lebih senang kalau semua pokok ada dekat dalam pagar, berbanding sekarang ni dia letak kat luar rumah. Memudahkan orang lain nak parking juga. Pokok-pokok ciksun pun da makin berkurang, so dah boleh kumpul setempat.
Nampak pokok daun kesum yang subur, ciksun teringin pulak nak makan Asam Rebus Ikan Selar. Ikan nya memang dah beli dari hujung minggu lepas lagi. Sekali dengan lauk ayam, ciksun prepare awal untuk bekal harian ke office minggu ni. Tapi semalam tak pergi office pun, buat kerja kat rumah aje. Masak tetap masak, sebab housemate yang satu office dengan ciksun akan balik tengahari untuk makan. Ape lagi, petik la daun kesum segenggam untuk masukkan dalam asam rebus tu.
Resepi Asam Rebus Ikan Selar ni ciksun dapat dari Cookpad, google-google, resepi ni je yang bahan-bahan dia ada kat rumah. Terima kasih kepada pemilik asal resepi ni, memang sedap hirup kuah asam rebus nya, pedas pun ye pedas sebab ciksun terkisar sekali cili padi dengan bebawang. Rupa-rupanya just kena titik je cili tu sama macam serai. Hahaha! Itu pun serai nya ciksun pakai Serai Aceh je, tak guna serai biasa tu sebab malas nak cabut serai kat dalam pasu. Daun Serai Aceh pulak memang merimbun, gunting aje dua tiga helai, kemudian simpulkan, masuk dalam periuk. Bau serai memang kuat dah!
Nah ciksun kongsikan resepinya ya! Dalam resepi tu ada Secukup Rasa, tapi ciksun tak letak, so ciksun removed dari bahan-bahan. Ciksun tambah jugak asam jawa sikit nak bagi berasa masam dia. Haha!
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan selar sedang (ciksun pakai 2 ekor je)
1 1/2 cawan air
1 inci kunyit hidup*
1/4 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 batang serai (dititik) (ciksun guna simpulan 3 helai daun Serai Aceh)
2 biji cili api (dititik)
1 asam keping
1 sudu kecil asam jawa
Segenggam daun kesum
1/2 st garam, gula
Cara-cara membuatnya:
- Sediakan bahan-bahan. Didihkan air dahulu. Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda*, kemudian masukkan ke dalam air mendidih. Masukkan serai.
- Masukkan bahan-bahan selebihnya. Didihkan 2-3 minit sampai ikan masak (siramkan kuah pada ikan) Perasakan. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
2 Comments
Sedapnya dapat hirup kuah asam rebus panas-panas. Nak pula time makan tengah hari. Boleh berpeluh dibuatnya!
ReplyDeleteuii..sedapnya..:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com