Juadah Raya Aidil Adha 2023 | Alhamdulillah, semalam sambut juga Hari Raya Aidil Adha dengan ala kadar. Lepas online meeting, ciksun whatsapp kawan ciksun yang duduk kat Pulai Jaya, boleh tak, nak datang lepak rumah dia awal sikit. Ikutkan, dia da set pukul 2 petang, kawan-kawan yang tak balik kampung gather kat sana. Tapi ciksun memang nak ke arah Kangkar Pulai, nak drop parcel dekat Parcelhub. Memang dah dekat dengan rumah dia. So, malas la nak balik rumah dah. Terus pergi aje, senang. Dia pun kata okay, datang ajeee.
So, ciksun pecut kereta ke Parcelhub sebelum u-turn ke Bandar Pulai Jaya. Masa u-turn ni la nampak orang jual lemang tepi jalan. Ada dua gerai jual lemang, tapi ciksun dah biasa beli Lemang Rendang Mak Ramlah. So, terus ke gerai dia aje. Beli lah lemang sebatang RM18, rendang daging RM10, ketupat nasi RM12, serunding daging RM10. Total semua sekali RM50. Gulppp, pejam mata aje lah. Nak raya punya pasal.
Alhamdulillah, merasa la juga kan juadah raya walaupun beli aje. Tak sempat ciksun nak masak. Lagipun kalau sorang-sorang, tak best nak masak. Membazir ajeee. Beli je lerr tepi jalan yang dah siap. Lepak rumah Ayen sampai petang, layan siri 911 kat Disney+Hotstar. Macam-macam benda dimakan lerr sampai ke petang tu, sangat lerr lupa diri. Haha!
Sempat pulak tanam pokok keladi kat laman rumah dia. Dari sebelum raya lagi dah tanya dia, nak tak dua pasu pokok keladi induk sebelum ciksun buang. Dia berminat, jadi apa lagi khennn. Petangnya bila da tepu dengan drama 911 tu, kitorang ke laman la mencangkul tanah. Gigih dengan baju raya nya yee. Hahaha!
Malamnya pulak, ciksun ke rumah Sis Lin. Dah gitau dia semalam, ciksun nak datang beraya sambil hantar pokok sayur. Ye, raya sambil memokok lagi. Tapi yang ni kita pass aje kat Sis Lin, sebab nanti dia akan alihkan sendiri ke dalam pasu. Ciksun benti solat Maghrib dekat Petronas Kempas sebelum teruskan perjalanan ke rumah sis, dah janji dengan Nona nak jumpa kat sana pukul 8 malam. Kebetulan pulak Nona sampai sama waktu dengan ciksun, dalam pukul 8.11 gitu.
Ni la juadah raya haji dekat rumah Sis Lin. Alhamdulillah, paling ciksun suka Rendang Daging tu! Sedap rasa rempahnya, daging pulak empuk aje. Sis cakap tak guna pressure cooker pun, dia rebus je lama sikit bagi daging lembut. Alhamdulillah, mekasih Sis Lin! Mekasih juga Nona sudi beraya bersama! Haha, nape aku ajak Nona? Sebab dia dekat je dan single...lah tibahhhh 😂
Sehari sebelum balik JB, ciksun sempat jugak masakkan Gulai Daging Kerisik untuk suami. Bekalkan dia juadah raya awal, memasing tak dapat balik kampung. Sertakan sekali Kelupis Daun Lerek frozen mamak yang adik bawak dari Bintulu, tinggal nak kukus aje tu. Terharu pepagi suami puji gulai sedap, tanya guna resepi mana? Allahu, resepi cecampak aje tapi berpandukan gaya masakan arwah mak mertua. Alhamdulillah, Kira pun ada hantar Rendang Daging juga kat suami, moga dimurahkan lagi rezeki. Ameen!
9 Comments
Cik Sun!!! Selamat hari raya aidiladha maaf zahir batin...penuh aktiviti erk..SA plak dari pagi jadi chef..x pakai pun baju raya...mandi oun dah tengahari...
ReplyDeletePenuh juga aktiviti raya pertama.
ReplyDeletewah..meriah..alhamdulillah...
ReplyDeletesalam aidil adha...
Salam aidiladha 1444 H
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
selamat hari raya sunah! sedap tengok juadah raya dia.tapikannnn, mahalnya lemang ituuuuu.pengsan baca harga dia..hahahaha
ReplyDeleteslmt hari raya sunah. nyaman2 je menu raya
ReplyDeleteThanks ajak saya!!! Sesuaiii sangat ui! Thanks bagi dimsum!!
ReplyDeletePsst .mmg dah mahal harga skrg..depends saiz..
selamat hari raya ciksun. samalah kita, beli jak malas mok masak hahaha!
ReplyDeleteiolls pon telan air liur tau harga tu tauu hee
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com