Pan Asian Dinner Buffet @ Renaissance Johor Bahru Hotel | Dah masuk musim baru pulak tema makan malam dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Cepat sungguh kan masa berlalu. Now dah hujung bulan Mei dah, tapi dari awal bulan lagi tau dah start Pan Asian Dinner Buffet dekat Cafe BLD diorang tu. Hapeeee? Ingat orang je ke ade Pan Asian? Makanan pun ada tauuu! 😂
Untuk korang yang suka try makanan negara lain terutamanya negara-negara Asia, jemput lah ke Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel. Sampai bulan Julai nanti, diorang ada promo Pan Asian Dinner Buffet setiap hari ye! Hari tu ciksun pergi weekdays, so ni kisah makan malam kat sana dengan menu hari biasa, iaitu Ahad hingga Khamis.
Teruja betul bila nampak Vietnamese Beef Noodle dekat noodle counter dia. Teringat Beef Noodle masa makan kat Hatyai dulu. Tapi tu kat Thailand kan, yang ni versi Vietnam pulak. So memang excited la nak try tu. Ku serahkan semuanya pada Sis Lin untuk pilih bahan-bahan sayuran dan segala isi mee tu. Haha! Share aje dua orang sebab nak rasa jugak menu-menu dari negara lain!
Ada Thailand Songtam, Japanese Sushi and Maki Roll, Vietnamese Roasted Lemongrass Chicken, Vietnamese Mango Salad, Hong Kong Braised Lamb, Hong Kong Roasted Duck, Sambal Udang Petai Malaysia ofkosss, Seafood on Ice, pencuci mulut stail Jepun serta Malaysia, dan banyak lagi! Paling ciksun suka adalah Hong Kong Braised Lamb tu, serius sedap sangat, daging kambing dia empuk and lembut, kuahnya meresap dalam isi kambing tu. Dah habis dalam pinggan, siap pergi ambik lagi sekali 🤣
Kalo korang pergi weekend, katanya ada jugak Korean Tteokbokki, Grilled Oyster, dan Thai Tom Yum resepi khas Mr. Kanit Sangmookda, General Manager Renaissance Johor Bahru Hotel sendiri! Aiyokkk, nak kena pergi on weekend pulak ke ni? Nanti kita cuba cari masa kalo sempat ekkk. Gambar-gambar menu lain, korang tengok aje la kat FB page Blog Sunah Sakura. Korang kan dah biaseee 😆
Nah details:
Pan Asian Dinner Buffet | Mei - Julai
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
🗓️ Ahad - Khamis
🕡 6:30pm - 10:00pm
🏷 RM108 nett per Dewasa
🏷 RM54 nett per Kekanak (6 - 12 tahun)
🗓 Jumaat & Sabtu
🕡 6:30pm - 10:00pm
🏷 RM158 nett per Dewasa
🏷 RM79 nett per Kekanak (6 - 12 tahun)
✨ Diskaun 35% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
2 Comments
Cik Sun oiii....aduhaiiiiii....sedapnyaaa....
ReplyDeletesemua makanan nampak sedap la.. kek biru tu cheesecake ke
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com