Ticker

6/recent/ticker-posts

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru | Hari ni korang lunch dekat mana? Kalau takde idea lagi nak makan tengahari dekat mana, jom la pergi GBW Hotel Johor Bahru. Diorang ada buat promosi Riang Ria Raya Buffet Lunch bulan Mei ni, dari pukul 12 tengahari sampai 2.30 petang, setiap hari tau!

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Dah nama pun Riang Ria Raya, makanya menu dia ada sikit-sikit tema raya ye. Ada Lemang, Nasi Himpit, Kuah Kacang, dengan Serunding masa ciksun pergi makan hari pertama bufet dilancarkan hari tu. Hari lain mungkin ada menu raya yang lain pulak kan?

Selain tu, kalau korang rindu menu masa bufet Ramadan diorang bulan lepas, jangan risau sebab ada Nasi Lemak Ayam Berempah jugak dihidangkan. Ada jugak Nasi Tomato, Kari Ikan, Sambal Jawa, Udang Sweet Sour, Kambing Kuzi, Ayam Masak Merah Kerisik, Aneka Kerabu, Sup Kambing Berempah, Bubur Nasi, dan pelbagai jenis Pencuci Mulut. Menu-menu ni diorang akan rotate setiap hari, nah ciksun share sikit gambar menu nya ya!

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Paling ciksun suka, Nasi Tomato dia dengan Kambing Kuzi. Nasi Tomato tu makan kosong gitu je pun dah sedap dan cukup rasa. Kambing Kuzi tu tak henti-henti mulut ciksun puji sedap lepas setiap kunyahan. Haha! Terlampau menepati selera ciksun la maksudnya tu 😂 Sup Kambing Berempah pun not bad juga, sedap makan panas-panas dengan roti.

Kalau korang nak tengok gambar-gambar menu yang lain, boleh pergi FB page Blog Sunah Sakura tau! Ciksuna da share gambar-gambar lain kat sana. Nah details bufet untuk korang buat tempahan segera!

Lunch Riang Ria Raya Buffet @ GBW Hotel Johor Bahru

Riang Ria Raya Buffet Lunch

📍 D'Mezzanine Restaurant at GBW Hotel 
🗓️ 1 - 31 Mei 2023
🕛 12 pm - 2.30 pm

💸 Harga Bufet
RM43 nett per Dewasa
RM38 nett per Warga Emas
RM27 nett per Kekanak (6 - 12 tahun)

✨ Beli 7 Dewasa PERCUMA 1

☝🏻 Istimewa untuk tempahan 15 pax ke atas, korang akan dapat PERCUMA 1/2 kg kek dan ruang pentas khas untuk korang je

*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk tempahan, hubungi:
📲 Mr. Syahmi: +6016 710 0048 
📲 Ms. Aiza: +6016 723 3558
📲 Ms. Urfa: +6016 710 0073

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com