Ticker

6/recent/ticker-posts

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel | Bagi ciksun, ketam adalah sejenis binatang menu makanan laut yang sukar untuk dimakan. Sebab ketam kan ada shell dan rupe bentuk bahagian dalam cengkerangnya agak kompleks untuk kita korek-korek isinya. Tapi bila dapat ketam yang bersaiz besar dan isinya pulak fresh, boleh meratah juga sampai licin pinggan. Bila saiz ketam besar, nak mengorek pun senang kan? Hahaha!

Macam tu la perasaan ciksun bila dapat makan ketam dekat Wan Li Chinese Restaurant,Renaissance Johor Bahru Hotel hujung minggu lepas. Untuk bulan Mei 2023, diorang ada buat promo Crablicious tu, korang boleh makan ketam dengan pelbagai jenis pilihan gaya masakan kat sini!

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Ciksun dah try diorang punya Signature Sarawak White Pepper dan Traditional Ginger Onion Sauce, dedua ciksun rekemen korang try! Memang berasa lada putih Sarawak tu dalam selingan lada hitam, tak pedas lah, jangan risau! Rare kan dapat rasa Sarawak White Pepper? Bukan selalu dapat jumpa menu macam tu.

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Ketamnya pun besar dan fresh sebab diorang amek ketam dari pembekal tempatan aje dan make sure ketamnya masih hidup bila sampai kat kitchen. Bagi setiap jenis masakan, korang bole order minimum 1kg. So kalo nak 2 - 3 jenis masakan ke, korang order la 3kg yee. Macam ciksun makan tu sepinggan 1.5kg, ada 3 ekor ketam besar-besar, share 6 orang (seekor ketam dibelah dua). Dua pinggan jadi 3kg lah, boleh rasa dua jenis masakan terus.

Crablicious - Puas Hati Makan Ketam di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel

Ni senarai gaya masakan yang korang boleh pilih ya! Semua pun nampak menyelerakan, kan? Siap ada Elevated menu, yang mana diorang akan tambah ingredients tu dalam hidangan ketam korang tadi. Haa, kalo nak try, boleh la pilih daripada tiga Elevated menu tu.

Nah details:

𝗖𝗥𝗔𝗕𝗟𝗜𝗖𝗜𝗢𝗨𝗦 | 𝗠𝗔𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟯

Makan tengahari | 11:00am - 3:00pm
Makan malam | 6:00pm - 10:00pm

Harga:
RM28.80 per 100gram

Untuk booking:

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com