Ticker

6/recent/ticker-posts

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua | Nak menaip pun rasa malas lagi. Tapi blog tak boleh lama sangat senyap. Dah lama benor sepi sebab bizi melapis hari tu. Habis slow semua benda. Lagi-lagi hari raya, jatuh teruk pageviews sebab orang semua sibuk beraya. Haha! Bila orang dah start bekerja, baru lah naik balik pageviews tu.

Dalam entri sebelum ni, ciksun ada sebut something terjadi pada kami masa on the way balik dari kampung. Takdir Allah, kami terlibat dalam kemalangan masa dah nak sampai rumah bujang suami kat KL. Allahu, beberapa saat sebelum kejadian berlaku memang terdetik dalam hati ciksun sesuatu akan terjadi. Jalan licin lepas hujan.

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Keluar aje dari Terowong 1 menghala ke KL Sentral (Jalan Tuanku Abdul Halim), tiba-tiba suami hilang kawalan. Kereta terus hentam divider kanan sebelum suami pusing steering ke kiri. Then, kereta naik pulak divider sebelah kiri. Stuck terus kat situ masa gear masih dekat D. Mengucap panjang kami. Allahuakbar. Ciksun tukar gear ke P dan minta suami matikan enjin yang dah berbunyi pelik.

Ciksun bersyukur, tak ada kereta lain yang terlibat dengan accident ni. Belakang kami pun tak ada kereta. Bila kereta dah stuck dekat divider tu baru lah ada kereta lain lalu dan berhenti. Tiba-tiba juga ramai pihak towing datang hulurkan kad perniagaan. Rupa-rupanya diorang dah tunggu kat atas flyover tu sebab sebelum kitorang dah ada kereta lain terbabas juga, sampai terbalik.

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Alhamdulillah, pengalaman accident sebelum ni banyak membantu ciksun. Terus call Tele Bantuan Takaful Malaysia untuk request khidmat towing sebab kereta memang tak boleh gerak langsung. Orang takaful tu siap warning jangan ambil khidmat mana-mana towing di tempat kejadian sebab dia dengar bunyi ramai orang kat situ. Lebih setengah jam juga menunggu towing truck datang. Suami nyalakan torchlight dekat phone untuk buat warning signal supaya kenderaan lain dari terowong tak terlalu laju yang boleh menyebabkan kemalangan lain pulak nanti.

Masa ni jugak la brother-brother towing tadi masih lagi menunggu bersama, agaknya diorang standby sesiap in case towing truck kitorang tak sampai-sampai. Ada jugak brother lain yang datang tolong nak start kereta. Dia tengok kereta elok aje, boleh ni katanya. Tak percaya dia yang kereta tak boleh gerak langsung. Dia sendiri masuk dan cuba drive. Memang betul tak boleh gerak, katanya drive shaft kemungkinan besar dah patah. Terima kasih kepada brother tu yang cuba nak tolong. Ada jugak couple Melayu naik motor berhenti tolong, dia turun motor ambik kon merah sedia ada kat selekoh tu, letak dalam 50 meter belakang kereta kitorang. Heran jugak, mana datang kon merah ni? Mungkin sebab dah berlaku kejadian sama sebelum kitorang, pihak towing letak kon tu kat situ.

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Bila towing truck dah sampai, ambil masa yang sangat lama jugak nak naikkan kereta ke atas lori. Sebab tak boleh gerak, diorang kena tarik guna kabel ke atas. Ni pun ada brother towing lain yang tolong. Allahu, ramai betul yang membantu tanpa minta balasan apa-apa. Moga dipermudahkan urusan mereka kerana membantu urusan orang lain walau berbeza agama.

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Ciksun dan suami naik towing truck ke balai polis IPK Kuala Lumpur. Suami buat report polis sekejap, masa tu dah nak dekat pukul 12 malam. Pengambilan report dah tutup waktu tu sebenarnya tapi pegawai kat situ bantu juga buat dan suruh jumpa Sarjan untuk tindakan seterusnya. Kena saman juga lah RM300 atas kecuaian sendiri. Dari balai polis, suami booked Grab untuk balik ke rumah. Tak jauh pun dari rumah suami, dalam 15 minit macam tu aje. Barang-barang dalam kereta mana yang boleh bawak balik, kitorang bawak balik. Mana yang tertinggal tu, hari ni baru suami nak ambil kat bengkel.

Tragedi 2 Syawal, Accident Kali Kedua

Doakan moga dipermudahkan urusan kami untuk claim takaful. Sebab pernah kemalangan dan buat claim sebelum ni, mungkin coverage da tak banyak da tinggal. Kawan ciksun cakap benda-benda yang rosak, drive shaft dengan lower arm tu murah aje, harapnya advisor dan bengkel panel Fasline Auto Engineering yang akan baiki kereta kitorang tu telus buat kerja.

Doa dan harapkan yang baik-baik.

Sekali lagi diuji dengan tiada kenderaan.

Post a Comment

10 Comments

  1. Allahu..dugaan sungguh. apa pun syukur alhamdulillah, cik sun & husband x cedera ..tu yg lebih penting. moga semua urusan dipermudahkan..aamiin

    ReplyDelete
  2. wak tringt dulu pun penah eksiden camtu langgar divider ., sibbaik mamat cina towing tu dh kawtim nk elakkan kene kompaun rm300 sbb rosakkan harta awam (divider tu la).. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak kawtim tu ek..tak dapat jugak elakkan, mungkin suami tak tunjuk gambar kat sarjan tu kot...gambar tu bole nampak divider tak rosak pun...

      Delete
  3. Allahuakbar, mujurlah takda Pape pada pemandu Dan penumpang..Xde kenderaan lain dilanggar pun Bersyukur jugak..Lagi panjang nanti cerita yang tu...

    ReplyDelete
  4. baru tahu kena saman kalau accident. Patutlah ramai settle tepi je. nasib baik lah akak dengan suami tak injured.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik tiada apa-apa. Harap cepat kereta dibaiki. Nasib baik sudah dekat rumah juga.

    ReplyDelete
  6. nasib baik takda pa2 berlaku dgn kitak duak, benda dah nak jdi kan, semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. apa-apapun bersyukur ya sebab tiada perkara lebih buruk berlaku...yang penting tiada kecederaan...soal tiada kenderaan boleh guna sewa atau Grab je dulu

    ReplyDelete
  8. fiihifzillah. smga baik baik semuanya dna dipermudahkan urusan. smga Allah ganti dgn yg lbh baik nti. sabar ye ciksun

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com