Baru Lah Puas Hati Tengok Movie Kat Rumah Dengan INLAB SENZ Projector | Sebelum-sebelum ni bukan tak pernah pakai projector tengok movie dengan housemates kat rumah. Masa tu kitorang belum ada TV lagi kalau tak silap. Semua benda tengok guna laptop. Sekali aje kot housemate ciksun tiba-tiba bawak balik projector dari sekolah, nak ajak tengok movie skrin besar katanya. Kitorang project pun dekat dinding aje. Tapi ye lah, projector biasa-biasa aje waktu tu, dia punya grafik pun tak berapa sharp, nak baca subtitle pun rasa macam nak bergaduh dengan orang sebelah. Hahaha!
Sampai rasa serik nak tengok movie pakai projector tu lagi. Dah la susah nak setting dia, banyak kali pulak tu cuba sampai la boleh. Adeiii. Ni cerita beberapa tahun lepas, dengan laptop ciksun pulak waktu tu laptop lama yang lambat gila nak start up. Stress dibuatnya. Sejak tukar laptop baru, tak pernah lagi la pakai projector and kat rumah pun dah ada TV. Tapi tak tipu tau, sesekali ada terbit rasa dalam hati, nak tengok movie pakai projector lagi. Satu, sebab TV kat rumah tu walaupun smart TV, ada je TV apps yang tak de. Kalau nak tengok Disney+Hostar or VIU ke dari smartphone, tak dapat nak screencast ke TV, asyik lag aje. Huhu.
Sebab tu, bila dengar dari kawan ciksun, ada projector baru launching dari INLAB, ciksun terus cari info pasal jenama ni. Rupanya dah ramai dah yang pakai projector INLAB SENZ ni sejak tahun lepas. Kenapa la ciksun ni lambat nau tahu ek? Ye lah, baru akhir-akhir ni aje timbul hasrat nak buat aktiviti home cinema dengan housemates. Mujur juga suarakan dekat kawan, kalau tak, sampai bila-bila agaknya tak tahu. Review dari yang dah pernah pakai pun macam best aje projector ni!
Ni la benda alah nya, INLAB SENZ projector yang ciksun sebut-sebut kat perenggan atas tadi. Teruja dan paling melegakan hati ciksun, dia ada option Screen Mirroring! Senang nak access dengan smartphone hanya dengan menggunakan wireless kat rumah ciksun aje! Sebabnya dia boleh connect guna WiFi atau Bluetooth pada mana-mana peranti Android 9 ke atas. Tapi kalo korang takde Android smartphone, in case nak connect dengan laptop pun boleh sebab INLAB SENZ projector ni ade sambungan 2 X USB / 2 X HDMI / 1 X AUX Port. So, takde la stress kalo last minute tiba-tiba ada problem nak connect dengan WiFi or Bluetooth dekat smartphone sebab semua ports ni dah tersedia.
Lagi satu, ciksun suka saiznya yang compact, 29 cm (L) X 22.1 cm (W) X 9.5 cm (H) aje. Boleh masuk beg bawak gi rumah kawan untuk gathering sambil layan movie of the night. Hihi. Yang specialnya, projector ni dah ready dengan YouTube dan Netflix, dan bakal tersedia dengan lebih banyak apps lagi dari PlayStore. Eh, lagi canggih dari projector biasa!
Jom try tengok gambaq dia pulak, guysss!
Uiyoo, memang clear gila image dari projector INLAB SENZ ni sebab dia support paparan 1080p, sehingga 4K! Syok la kalo tengok video-video scenery 4K kat YouTube tu. Ciksun suka tengok video 4K macam tu dekat skrin besar, baru puas hati. Rasa tenang and relax aje, lagi la bila sound dia clear and jelas. Rasa seolah-olah kita betul-betul ada dekat tempat tu. Dengan INLAB SENZ projector ni, sure dapat dua benda ni sekaligus, clear image and clear sound sebab speaker nya ada Dolby Audio Certified Sound System. Image yang clear dari projector ni adalah kelebihan Auto Focus dan Auto Keystone Correction dia. Dengan Electronic Focus dan 4 Points Keystone Correction, korang tak perlu bersusah payah nak laraskan fokus dia macam projector yang ciksun pakai dulu-dulu tu.
Alhamdulillah, suka, suka! Harga dia macam mana pulak? Haaa, sekarang ni INLAB SENZ projector ni dijual pada harga RM989.00 selepas diskaun. Kalau tak, harga asal dia RM2899.00 ye! Macam mahal? Eh, untuk peminat home cinema or yang suka main game beramai-ramai, harga RM989.00 tu dah berbaloi sangat daripada keluarkan RM10,000 ke atas untuk 100inch smart TV yeee! So, daripada berbelanja sampai RM10,000, baik beli INLAB SENZ projector aje kalo nak tengok skrin besar kan! Psst, kalo letak discount code INLA0030, nanti dapat lagi tambahan diskaun RM30 tau! So, jadi RM959.00 aje, OMG! 😱
Yes, INLAB SENZ projector ni adalah peranti terbaik untuk ciksun spend waktu berkualiti dengan kengkawan untuk tengok movies dan main games. Setakat ni memang model projector ni je yang ciksun nampak paling bagus dengan harga bawah seribu. Kalau korang pun rasa nak cari projector untuk tengok movie kat rumah dengan family or nak main games PUBG ke, boleh lah grab sebiji. Ciksun share sekali kat mana korang boleh beli ya!
#inlabmalaysia #inlabsenz
3 Comments
ya baruk terang projektor!
ReplyDeletewah ciksun x payah gi cinema la.. kat rumah dah bole buat panggung wayang sendiri lepas ni hhehe
ReplyDeletewah... clear gila... nang puas hati eh
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com