Ticker

6/recent/ticker-posts

Tengok Filem TUNNEL Dekat Netflix Buat Anxiety Level Mencanak Naik

Tengok Filem TUNNEL Dekat Netflix Buat Anxiety Level Mencanak Naik | Korang tengah beraya ke tu? Hujung minggu macam ni mesti banyak jemputan open house kan? Ciksun petang nanti insya'Allah pergi satu jemputan open house kat restoran kenalan Sarawak ciksun. Depan office ciksun aje restorannya. Baru aje nak opening bulan depan, dia terus buat open house aje kat situ.

Berapa hari yang sepi tanpa kereta ni, ciksun duduk rumah aje selain pergi beraya dekat Legoland. Cerita raya ni nanti kita share dalam next entry ek. Alang-alang ingatan masih segar lagi lepas layan movie TUNNEL dekat Netflix, nak share sikit la review pasal filem ni. Ciksun nampak trailer dia bila bukak Netflix, aduhhh terus rasa nak tengok. Memang tengah top 10 jugak kat Netflix Malaysia, so akan nampak dekat movie ranking tu.

Filem TUNNEL Dekat Netflix Buat Anxiety Level Mencanak Naik

TUNNEL ni mengisahkan kejadian yang berlaku kepada seorang lelaki bila dia terlibat dalam runtuhan terowong baru dibuka kira-kira sebulan aje dekat Korea nun. Pelakon nya pulak Ha Jung Woo, memang ciksun minat lakonan dia dalam dua filem Along With The Gods. Rupanya TUNNEL ni keluar lagi awal daripada Along With The Gods tu, cuma baru masuk Netflix tahun ni je.

Siapa yang pernah balik utara lalu PLUS, mesti teringat Terowong Menora kalo tengok filem ni. Jujurnya ciksun pernah terlintas dalam fikiran, kalau Malaysia buat filem bencana berlatarkan tempat dekat Terowong Menora, mesti gempak. Uishh, sekali Korea dah keluarkan dulu yeee. Tapi naudzubillah, tak nak la kejadian dalam filem tu berlaku dekat Malaysia ni.

Memegang watak Lee Jung Soo, filem ni terus direct to the point ke terowong. Tak tunggu lama nak buat kita saspen. Lee Jung Soo tengah drive balik ke rumah dia, bawak kek birthday anak perempuan dia yang masih kecik lagi. On the way balik tu, dia isi minyak kejap kat petrol pump. Kat sini la dia dapat 2 botol air mineral kecik sebagai bekal tak sampai seminggu kat dalam runtuhan.

Terowong tu panjang gilerr, lagi panjang dari Terowong Menora, guys. Tak lurus pulak tu, ada selekoh sikit kat dalam terowong. Tiba-tiba bumbung terowong jatuh sikit demi sedikit kat belakang kereta dia, tak sempat dia nak keluar, kipas terowong dah jatuh depan mata. Gelap skrin hampir 1 minit. Memang jadi ye kalo Korea buat movie macam ni. Macam betul-betul berlaku.

Tengok Filem TUNNEL Dekat Netflix Buat Anxiety Level Mencanak Naik

Nasib Lee Jung Soo sedikit baik sebab dia masih boleh hubungi 911 dalam keadaan signal telefon pun hampir-hampir takde. Tapi dia tetap kena save bateri untuk beberapa hari sampai pasukan penyelamat jumpa dia. Dari filem ni, kita boleh nampak apa yang perlu kita buat bila benda macam ni jadi kat kita. Air mineral 2 botol tu pun kena catu, sehari minum satu tudung botol aje. Satu-satunya makanan yang dia ada waktu tu hanyalah kek birthday anak dia. Orang 911 pun suruh dia habiskan kek tu cepat sebab kek tak akan tahan lama. Untuk save bateri fon, 911 akan call setiap hari pada pukul 12 tengahari aje.

Kejadian yang berlaku dekat Lee Jung Soo tu menarik perhatian seluruh negara sampai menteri pun turun membantu, tapi more to publicity ajeee. Diorang siap gerudi gunung tu untuk selamatkan Lee Jung Soo tapi last-last ciksun boleh agak mesti salah tempat. Tak akan semudah tu ye nak selamatkan dia. Boleh pulak blue print terowong tu salah, kenapa la tak contact engineer terowong tu dulu untuk confirmkan betul-betul kedudukan kipas terowong.

Sampai Lee Jung Soo dah putus asa nak mengharap, bateri phone dia pun dah mati time tu. Kesian bini dia, berusaha nak bagi semangat kat suami dia dalam last phone call supaya terus bertahan dan tunggu pasukan penyelamat. Allahu. Masa ni ciksun ingat suami sendiri aje. Macam mana la agaknya kalau suami ciksun yang berada di tempat tu. Adakah dia akan sekuat Lee Jung Soo? Ya Allah, Kau lindungi lah suamiku walau di mana sahaja dia berada.

Filem TUNNEL Dekat Netflix Buat Anxiety Level Mencanak Naik

Paling tak disangka, ada juga mangsa lain dalam kejadian tu tapi keadaan dia lebih teruk dari Lee Jung Soo, meninggal dunia lepas beberapa hari terperangkap dalam runtuhan. Sedih part ni tapi ciksun dah boleh jangka sebab dia ada anjing, anak Lee Jung Soo pulak asyik minta anjing untuk hadiah birthday.

Banyak unsur saspen dalam filem ni, part 911 masuk terowong tu pun ciksun risau betul kalau ada runtuhan lagi. Tapi memang betul-betul jadi, terowong runtuh waktu tu. Masa Lee Jung Soo berusaha nak keluar dari bawah runtuhan pun ciksun risau kalau batu-batu besar tu teralih dan menghempap dia. Adoiiii. Kereta dia tu la jadi rumah dia sepanjang lebih sebulan terperangkap dalam terowong tu. Itu pun ciksun risau entah berapa lama la kereta tu boleh bertahan. Risau kalau ada runtuhan lagi.

Dalam saspen, tetap ada komedi. Part dia kena kongsi makanan anjing. Part air mineral habis, sampai kena simpan air kencing sendiri untuk minum tu pun adoiii. Ciksun sampai cakap "jangannnnn...jangan minummmm, tunggu duluuu nanti mesti ada air hujan!!!" Nahh, betul weiii. Masa dia hampir-hampir nak teguk, tiba-tiba ada bunyi air menitik. Allahu, dia dapat kumpul air dari titisan yang mengalir dalam runtuhan tu. Tak payah minum air kencing sendiri. Huhuhu. Yang kelakornya, orang 911 tu pulak da minum air kencing dia sendiri sebab rasa bersalah suruh Lee Jung Soo minum air kencing 😅

Bila dah berjaya diselamatkan, kita boleh nampak dia ada PTSD bila nak lalu terowong lagi. Masa ni ciksun pun cakap, "ishhh, terowong...adumakkk." Fuhhh, ngeri kalau berlaku lagi kejadian yang sama. Mujur juga ending dia gembira. Hmmm.

Korang dah tengok ke? Mungkin ada yang da tengok tahun 2016 lagi, so ciksun memang cerita je semua. Maaf la kalo ada yang belum tengok, banyak spoiler dalam entri ni. Nanti korang tengok la, best!

Post a Comment

1 Comments

  1. akak stop tengok masa anjing tu makan kek dia. hahaha...jenis takleh tengok cerita macam ni...stress

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com