Ticker

6/recent/ticker-posts

Petik Buah Tomato Renek

Petik Buah Tomato Renek | Beberapa hari lepas, ciksun nampak buah tomato dekat pokok tomato renek ciksun dah merah. Lama juga masa diambil untuk buah tu jadi merah dekat pokok. Dari bulan puasa lagi ciksun tunggu. Dia jadi berbuah masa ciksun balik kampung dua minggu. Sama dengan pokok lada benggala sebelah dia, berbuah masa ciksun kat Bintulu. Balik dari kampung, seronok tengok pokok dah berbuah walaupun tak berapa terjaga sangat. Musim tak menentu hujan panas, risau juga pokok mati.

Ciksun tanam dua pokok memula. Tapi satu pokok mati layu fusarium. Tiba-tiba layu sendiri dan lama-kelamaan mati akibat fungi fusarium yang menyerang akar pokok dari dalam tanah. Pokok yang terkena serangan fusarium terpaksa dibuang, dan tanahnya harus dirawat secara berasingan kalau nak diguna semula. Ciksun tawakkal lah tinggalkan satu lagi pokok dia dan balik Sarawak. Alhamdulillah, masih hidup lagi sampai hari ni. Tak tahu la masa depan macam mana, bila-bila aje boleh kena serang kan.

Petik Buah Tomato Renek

Sebiji je yang merah, berbuah dua biji. Satu biji lagi ciksun tengok hari ni dah mula bertukar warna. Ciksun petik buah tomato merah tu dan terus makan. Fresh betul rasanya, mengkal-mengkal kulit tomato tu buat bunyi rangup bila digigit kali pertama. Rasa tomato nya pun manis aje. Sedap! Alhamdulillah. Biji benih tomato ni ciksun beli dekat Shopee. Tapi tak jadi macam dalam gambar tu pun pokoknya, sebatang je naik. Ke ciksun kena cabangkan macam pokok cili? Wak Warisan Petani ada jawapan tak? Haha!

Ni Sis Lin pun dah minta semaikan dia juga pokok tomato renek ni. Petang karang insya'Allah ciksun nak start projek semaian beberapa pokok yang dia request, kalau tak hujan. Nak repot anak-anak pokok keladi yang bercambah banyak jugak tu. Mungkin ada yang perlu disisihkan dari laman, dihadiahkan kepada kawan-kawan yang baru nak berjinak dengan keladi untuk memberi ruang kepada pokok-pokok baru.

Post a Comment

2 Comments

  1. Terasa-rasa sedapnya buah tomato tu walau masak sebiji. Saya suka makan cicah serbuk asam boi!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com