Ticker

6/recent/ticker-posts

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop | Alhamdulillah, tanggal 17 Mac 2023 hari tu, ciksun dapat anak buah baru. Adik kepada Aisyah dan Sarah, anak ketiga adik ciksun yang duduk Shah Alam nun. Anak yang ketiga ni diberi nama Ayub, yeee dapat anak buah lelaki kali ni! Muka baby Ayub ikut ibu dia, a.k.a ada iras Sarah. Aisyah tu ikut muka ayah dia. Semua pun putih melepak sebab ibu ayah pun sama putih gebu dedua. Kalo jumpa Pak Usu Zol ni, mau dia usik "anak cina" macam dia usik ciksun kecik-kecik dulu sampai ciksun takut jumpa dia. Haha!

17hb hari tu ciksun keluar dengan Sis Lin lepas makan tengahari dekat Renaissance Johor Bahru, singgah ke Mid Valley Southkey dalam waktu senggang nak tunggu next review. Sis Lin ajak pergi BabyShop kat situ sebab dia nak belikan baju untuk cucunya, baby Khalish. Eh eh sebaya la Khalish dengan Ayub, boleh kawan nanti! Hihi. Ciksun follow aje lah dia. Excited Sis Lin nak belikan cucunya baju sebab ni kali pertama dia boleh keluar ke kedai baby sejak Khalish dilahirkan.

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Rambang Mata Bila Masuk BabyShop

Lahhhh....ingatkan Sis Lin je excited.

Sekali ciksun pun sama macam Sis Lin! Terus rambang mata dibuatnya bila masuk aje BabyShop tu sebab semua comel-comel! Daripada nak follow aje, terus tersambar 1 bungkus set baju tido new born baby, beli untuk baby Ayub. Eeee geram lah ciksun tengok baju-baju dia, ada satu yang design crocodile tu comel sangattt tapi Ayub masih kecik lagi kalo nak beli yang tu. Tunggu Ayub besar sikit nanti bunda belikan ek!

Hihi, mekasih la Sis Lin kenalkan kedai ni, senang nak beli baju anak buah lepas ni atau untuk buat gift kat kawan-kawan yang baru melahirkan. Sebelum ni pening nak fikir hadiah untuk new born, beli kat supermarket je, tak banyak pilihan pulak tu. Kat BabyShop ni lebih banyak pilihannya.

Post a Comment

1 Comments

  1. yess...setuju sgt tambah2 lagi baju baby girl kan.. semua pun comei2 je

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com