Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Berbuka 1 Ramadan

Menu Berbuka 1 Ramadan | Hai korang, selesai sudah Ramadan kita yang pertama tahun ni. Alhamdulillah. Korang berbuka puasa apa tadi? Ciksun masak Asam Pedas Ikan Siakap aje untuk sungkai tadi, mamak ada masak Sayur Buah Tupang. Ni bahasa Melanau Bintulu, orang Iban panggil buah ni Buah Pulur. Lagi satu, mamak masak jugak Sayur Umbut Nibong sebab dia teringin katanya. Tu makanan diorang dulu-dulu masa kecik. Ciksun on aje, walopun mulanya da plan nak masak Sayur Tumis Labu. Takpe lah, tukar aje ke hari lain demi mamak punya idaman.

Menu Berbuka 1 Ramadan

Menu Berbuka 1 Ramadan

Eh eh tetiba ada Ambuyat ekkk! Haha, mamak teringin jugak nak makan Ambuyat ni, so makan aje la dengan menu sayur dan Asam Pedas Ikan Siakap tuuu. Sedap aje! Nak dekat berbuka, sempat lagi mamak buat Pisang Goreng, eh banyak pulak menunya. Adik ciksun pulak tadi ke bazar Ramadan sekejap beli Tapai Nasi, Air Limau Asamboi dan topup kurma. Alhamdulillah.

Kek Tapak Kuda dengan Cheese Tart tu adik bongsu beli malam tadi. Teringin dia nak makan sebelum puasa. Order dengan kawannya aje. Nanti ciksun share pasal tu pulak dalam next entry ya!

Maaf la gambar tak berapa nak semenggah, pinggan mangkuk pun tetiba ada plastik. Hahaha! Biasa la mamak ciksun, belasah aje dia, asal boleh makan 😆

Jumpa lagi!

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat berbuka puasa
    Ramai juadahnya

    ReplyDelete
  2. Banyak juadah.
    Nampak kemas sahaja pinggan tiada kesan kuah atas pinggan atau meja. Hehe ok sahaja.

    ReplyDelete
  3. Bestnya balik Kampung..meriah makan reramai..kan..hehee

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com