Mee Goreng Mamak Restoran Ehsan Jaya, Taman Pulai Jaya | Dah banyak kali dak Ibah sebut nak makan Mee Goreng Mamak kat restoran Taman Pulai Jaya ni. Tapi tak jugak pergi-pergi. Agaknya sebab takde geng nak temankan. Masing-masing bizi. Akhirnya hari tu lepas briskwalk sekitar taman rumah Ayen, kitorang jejak jugak kaki kat sini. Dapat la Ibah tunaikan hajat dia tu.
Ayen cakap banyak jugak yang sedap kat restoran ni, Roti Canai dengan Nasi Lemak pun sedap katanya. Ciksun order Roti Naan Cheese dengan Ayam Tandoori (RM12), Ayen order Roti Sardin, Ibah order Mee Goreng Mamak Pedas. Budak Ibah memang hantu pedas, ciksun rasa sikit Mee Goreng Mamak dia, perghhh!!!
Dah la Ayam Tandoori ciksun rasa masin and pedas gak, abis bibir ni pedih dibuatnya, hahahaha! Nasib baik Roti Naan Cheese nya sedap dan lembut aje. Semua order ais kosong je, dah start nak kurangkan minum manis atau potong terus minuman manis. Biar sihat sama-sama, fit sama-sama. Umur da nak capai angka 40 ni, kena lebih banyak jaga kesihatan tubuh badan. Risau macam-macam penyakit datang nanti. Da la jenis susah nak buat medical check up kalo rasa sihat takde ape-ape. Huhu.
Ok next, nak tunaikan hasrat makan mana pulak?
3 Comments
Memang nampak sedap mee goreng mamak tu, tapi kalau pedas sangat, seksa pulak nak makan.
ReplyDeletesedapnya mee goreng mamak. dah lama tak makan
ReplyDeleteTertarik dengan ayam tandori. Persembahan roti nan kejupun cantik sahaja.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com