Sayap Ayam BBQ Menu Berbuka Puasa 3 Ramadan | Salam 5 Ramadan semua, uuu da terdelay berapa hari ciksun nak share menu berbuka. Biasa lah bila kat kampung, kadang tak sempat nak bukak laptop. Lagi pulak semalam suami ciksun da sampai dari Miri, penuh lah aktiviti dari waktu ambik dia kat bus stop sampai la ke malam. Itu nanti ciksun share dalam entri seterusnya ekkk.
Ni nak share menu berbuka puasa 3 Ramadan family ciksun. Macam ciksun cakap dalam entri sebelumnya, tema BBQ khennn. Adik bongsu ciksun dak Ecah tu teringin nak buat BBQ. Sampai tawarkan diri dia untuk bakar Sayap Ayam. Kita onzz aje lah kannn! Mulanya plan ni ada suami ciksun sekali, tapi last minute suami bagitahu dia berbuka puasa kat Miri dengan kawan dia pada hari pertama sampai dari KL. Kawan tu pun kawan kita juga, memang dah lama kenal dalam dunia blogger. Dia jugak la yang teman suami ciksun datang merisik ciksun sebelum kahwin dulu. Hihi.
|
Sayap Ayam BBQ, mamak yang buat perapan. Ciksun pi tambah sikit madu dengan sos tiram. Haha! |
|
Hasil Ecah panggang Sayap Ayam BBQ. |
|
Sosej Panggang BBQ. |
|
Black pepper gravy ada dua jenis, satu yang kosong, satu dengan chili flakes. |
|
Coleslaw ala KFC, dengan bahan penyedap rahsia 😚 |
|
Nasi Goreng Cina ciksun sedap sungguh 😆 |
Ingatkan tu aje menu untuk berbuka puasa, tibaaa ada menu mengejut lagi. Haha! Mamak ciksun buat Ikan Bawal Kecik Masak Pindang simple, Kerabu Pelam Muda dan Manisan Nenas. Lepas tu dia request nak Jemput-jemput Pisang. So, ciksun buatkan la jugak. Then mak ngah ciksun datang bagi Bubur Lambuk Ayam dan Bubur Lambuk Daging. Masya Allah, rezeki. Alhamdulillah. Siap awal semua, tak macam sotong sangat hari tu. Haha!
Ciksun share makanan aje ek, resepi-resepi semua ni nanti kemudian ciksun share bila ada masa lapang lagi. Kalau masih ingat lah. Haha!
Petang ni suami ciksun nak balik KL dah, jadi hari ni masak simple aje nanti. Ciksun nak buat Bubur Lambuk Kambing, senang nak pack dalam bekas buat suami berbuka puasa kat airport nanti. Kitorang pun boleh berbuka dalam kereta aje nanti buat sementara sebelum sampai rumah. Insya'Allah.
3 Comments
Meriahnya sungkey kitak org sinun. Mesti sunyi family bila kitak balit sitok kelak. Tahun tok raya di kampung suami kah?
ReplyDeleteRamai ke Cik Sun, banyak betul makanannya tu. Tapi ialah, bila sesekali anak balik, kan.. mestilah kena meriah.
ReplyDeleteterliur nengoknya baca di siang hari. hehe
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com