Ticker

6/recent/ticker-posts

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak | Sebelum gerak balik Bintulu hari tu, mamak ajak pergi pasar tamu dekat Miri. Nak beli sayur-sayur bawak balik katanya. Sesambil tengok apa yang orang jual. Kitorang pergi hari Isnin pagi, jadi tak ramai sangat orang. Hari kerja kan.

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Ada tiga pasar tamu berdekatan antara satu sama lain, Tamu Muhibbah, Tamu Kedayan, dan Tamu Khas. Semua pun jual sayur-sayuran dan barang-barang kering. Ada jugak barang basah tapi tak pergi ke area tu. Kat Tamu Muhibbah lah ciksun beli keledek ungu hari tu. Tamu Kedayan lebih kurang macam Tamu Muhibbah jugak barang jualannya, sayur-sayur hasil tani. Dekat Tamu Khas pulak lebih banyak jualan barang kering, beras-beras padi huma, belacan, lemantak, dan lain-lain.

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Ciksun beli juga salah satu beras tu, nak bawak balik Johor. Tak tahu lah rasa apa agaknya. Saja nak try, berasnya nampak besar-besar, namanya pun Beras Bali Besar. Tinggal satu bungkus aje hari tu. Sekilo RM20 kalo tak silap. Bila ciksun google, jumpa maklumatnya dekat Antares Ventures. Rupanya beras ni beras Premium Sarawak, nama rasminya Bali Keladi.

Explore 3 Pasar Tamu di Miri, Sarawak

Bali Keladi Purple Rice/Beras Bali Keladi (Semipolished) adalah berasa berwarna ungu yang wangi, diusahakan secara tradisional oleh masyarakat Iban di kawasan Simunjan dan Sri Aman, Sarawak. Warna ungu beras tersebut datangnya secara semulajadi daripada flavonoid dipanggil antosianin, yang mana tinggi kandungan antioksida dan nutriennya, serta boleh mengurangkan kadar radikal bebas dalam tubuh badan. Beras ni agak popular di kalangan masyarakat setempat, dan banyak digunakan untuk memasak bubur, nasi vegetarian, dan menu popular tempatan, Hakka Thunder Tea (Lui cha). Bila ditanak, nasinya sangat beraroma dan sedap.

Mamak beli tempoyak jugak kat Tamu Khas tu, tapi bila da buat sambal tempoyak nya, rasa masin sangat katanya. Ciksun pulak tak makan tempoyak, jadi tak dapat nak komen apa-apa. Hihi.

Balik dari pasar tamu, kitorang gi breakfast dekat Awang Mahyan Cafe, Lutong, Miri sebelum gerak balik. Nanti ciksun cerita dalam next entry ya, sebab ada tempat lain jugak singgah tu! Menyempat aje!

Post a Comment

4 Comments

  1. Tamu Muhibbah tok nok dekat Lutong kah?

    ReplyDelete
  2. Masa ke sitok kmk layap nangga beras... ambak hati nak milih beras apa nak dibeli... hihihi

    ReplyDelete
  3. Menarik la kat sana Cik Sun...Kat Sarawak dulu SA pernah singgah pasar satok yang lokasi lama je..kali kedua pasar satok bangunan baru yang dekat dengan Waterfront tu...pas tu Serikin yang SA sempat pergi..pasar tamu x pernah pergi...selalu gak baca yang pasar tamu macam - macam ada...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com