Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat!

Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat! | Tak sangka, ada sahabat yang bagi hadiah dekat ciksun sempena dapat senate letter hari tu. Orang kedua yang ciksun tunjuk senate letter masa dekat Four Points by Sheraton Desaru hari tu lepas suami ciksun. Malamnya baru lah ciksun kongsi dekat group family. Alhamdulillah atas segala nikmatnya.

Siapa dia orang tu? Ala, kalo da baca kat blog beliau, mesti tahu siapa. Haha! Terima kasih Sis Lin bagi kejutan masa ciksun tengah preview bufet Ramadan dekat Grand Almizan hari tu. Rupanya dia da plan nak bagi masa kat Opero Hotel Southkey lagi, tapi ada sedikit halangan, terpaksa la dia tangguhkan dan bagi dekat tempat lain pulak. Patut la sehari sebelum tu dia tanya, ada nak ke mana-mana keee? Ada rancangan rupanya 😆

Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat!

Sis Lin hantar bouquet coklat Ferrero Rocher dan bunga Baby's Breath warna pink! Allahu cantik sangatttt bouquet tu, suka betul hati ciksun! Berbunga-bunga Baby's Breath dalam hati. Haha! Masa memula balik dari surau, nampak bouquet tu atas kerusi ciksun, aikkk ciksun menang lucky draw ke? Sebab malam tu memang Grand Almizan ada buat lucky draw untuk pengunjung yang datang majlis preview. Tapi hamper lucky draw lain, bukan bouquet bunga. Masa tu la kawan-kawan JDT Blogger terus suruh ciksun bergambar dan amek video. Terpinga-pinga ciksun, dah kenapa ni? Diorang ni buat prank kenakan ciksun ke ape? Suruh posing, entah-entah bukan aku punya ni. Hahaha!

Last-last kak Hernee cakap yeee ciksun punyaaaa, baca kad tu!

Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat!

Ooo, Sis Lin kasi rupanya. Hahaha! Ingatkan dah setel dah kejutan, so duduk la dengan gembiranya. Tiberr emcee Zana Johor datang pulakkkkk saja buat kepoh hahahahhahahah. Dia pergi baca kad Sis Lin tu pakai mic, satu restoran dengar. Adeiii, malu ciksun dibuatnya. Memang kengkawan cakap merah padam muka macam Udang Goreng Nestum 😂 Apooo, mentang-mentang food blogger, semua nak disamakan dengan makanan 🤣

Alhamdulillah, Terima Kasih Sahabat!

Alhamdulillah, terima kasih Sis Lin dan semua yang meraikan! Semoga Allah murahkan lagi rezeki Sis Lin seperti air sungai yang mengalir, dipermudahkan juga urusan semua orang yang bantu mudahkan urusan Sis Lin hari tu. Ameen Ameen!

Love you sampai tua bongkok tau!

Post a Comment

4 Comments

  1. Tahniah Dr. Siti Hasunah! Sislin mmg baik orangnya dari dolok mula2 kenal agik.

    ReplyDelete
  2. congratttttsssss dr sunah.... all the best to you... kak mia doakan yang baik2...

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Alhamdulillah atas kurniaan.

    ReplyDelete
  4. Iman tanya, nak panggil Kak Sunah ke Dr Sunah?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com