Ticker

6/recent/ticker-posts

Cheese Tart dan Kek Tapak Kuda Bintulu

Cheese Tart dan Kek Tapak Kuda Bintulu | Ini pulak cerita dessert yang dak Ecah order malam 1 Ramadan. Esoknya nak puasa, kemain dia order segala dessert ye. Tanjat jugak ciksun bila dia gitau ada orang nak datang hantar Cheese Tart. Kenalannya sendiri yang ambil order dan jual, dia da pernah rasa sebelum ni and memang sedap. So bila kakaknya balik, agaknya dia nak kakak dia rasa. Haha!

Cheese Tart Keeyz Cakes Bintulu

Cheese Tart Keeyz Cakes Bintulu

Cheese Tart Keeyz Cakes Bintulu

Cheese Tart Keeyz Cakes Bintulu

Cantik kan cheese tart dari Keeyz Cakes ni. Siap ada ekor duyung lagi. Sedap jugak, paling suka yang ada parutan cheese. Tapi belum habis kunyah dalam mulut, Ecah cakap ada order Kek Tapak Kuda jugak nak sampai. Lahh, ada lagi dia order! Kek Tapak Kuda pun antara menu raya tahun lepas yang sedap selain Kek Lapis Sarawak. Kek nya yang lembut dan inti nya yang pelbagai tu buat kita teringat-ingat kesedapannya.

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Ciksun ingatkan Ecah order dua jenis je, so ciksun cakap la tambah lagi satu, perisa coklat Mars. Rupanya bila dah sampai kek tu, ada 4 jenis yang dia da order! Jadi termasuk yang ciksun suruh tambah tu, jadi 5 jenis wei. Banyak betul lah haiii. Dia punya sambut Ramadan macam nak sambut Syawal. Hahaha! Sukati ko la dik, asalkan ko bahagia. Lepas tu, ciksun jugak yang dia mintak tolong potongkan.

Mengada betul! Hahaha!

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Selain coklat Mars, ada perisa Lotus Biscoff, Blueberry Cheese, Red Velvet Cheese, dan Kinder Bueno. Paling sedap bagi ciksun, Lotus Biscoff dan Mars tu. Kaya rasa biskut Lotus Biscoff dengan spread nya dan juga coklat Mars tu. Kalo korang duduk Sarawak, nak order kek dari SepatuKuda ni, boleh roger-roger lah nombor dekat kotak tu or klik je wasap.my/+601162781992/ladamkuda

Kek Tapak Kuda Bintulu @sepatukudabyrodz

Boleh juga follow IG @sepatukudabyrozd dia. Dia ada buat postage ke seluruh Sarawak. Kalo ke Semenanjung Malaysia pulak, yang ada cheese dia tak boleh pos, so korang kena tanya dulu ya apa yang boleh dihantar ke tempat korang.

Ok bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Terliur pulak tengok cheese tart dengan kek tapak kuda...eh, puasalah hihihiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, waktu berbuka nanti bole makan kak amie!

      Delete
  2. Oiii sedapnya.. sila bawa balikkkkk... nak kirimmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha alaaaa susah lerrr sebab nanti balik JB sehari selepas sampai KL..riso rosakkk

      Delete
  3. Pergh...Bahagia adikmuuu!! Banyak disorder yaaa... Terliur aku ..Lama tak makan kek kuda sebab risau ketagih..hahahaha...Nanti nak carik kek Tapak Kuda lah kat sini ❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com