Bufet Ramadan 2023 - Bazaar Selera Warisan @ The Food Store, Doubletree by Hilton, Johor Bahru | Kalau korang da biasa dengar bufet berbuka puasa dekat Makan Kitchen, Doubletree by Hilton Johor Bahru, mesti korang akan teruja sama macam ciksun sebab tahun ni diorang buat jugak bufet sempena bulan puasa nanti dekat The Food Store, level yang sama dengan Makan Kitchen tu. Kalau dari main entrance, restoran The Food Store sebelah kiri, Makan Kitchen nun sebelah kanan hujung. Dah siap ada hiasan khas sempena Ramadan. Cantik sungguh!
Dengan tema Citarasa Serantau, korang boleh berbuka puasa dengan bufet Bazaar Selera Warisan kat sini. Bahagian luar restoran akan berderet live cooking stalls dan barisan masakan kawah, nampak macam bazar Ramadan gitu. Korang akan dihidangkan dengan dua rotation menu kat sini, antara yang korang boleh cuba nanti adalah Nasi Kukus Pandan, Nasi Hujan Panas, Daging Rendang Tok, Ayam Kuzi, Ayam Masak Merah, Daging Hitam Manis, Daging Masak Kurma, Fish Asam Pedas, Ikan Masak Tiga Rasa, Lala Goreng Balado, Sotong Masak Sambal Petai, Nangka Muda Masak Lemak, Pajeri Nenas, Barbeque Beef, Grill Chicken, Bubur Lambuk, Aneka Laksa, Aneka Sup, Buah-buahan dan juga Live Durian Stall!
Lauk-pauk masakah kawah tu semua sedap-sedap, paling ciksun suka Daging Hitam Manis dengan Ayam Kuzi tu. Dagingnya lembut aje bila gigit, rempahnya pun berasa meresap ke dalam daging tu, sama macam lauk Ayam Kuzi. Asam Pedas Ikan dia pun cukup rasa. Barbeque Beef dengan Grill Chicken tu ciksun makan dengan sos Perchik, fuhhh sedapppp! Tapi jangan la cari Kambing Golek kat sini tau sebab harga dia memang jauh lebih murah berbanding bufet dekat Makan Kitchen. Kalau nak Kambing Golek, boleh ke bufet Makan Kitchen pulak nanti, ek!
Dekat bahagian dalam restoran pulak ada Kuih-muih Melayu, Aneka Kurma dan Kekacang, juga Ulam-ulaman dan Sambal bersusun dekat rak kayu divider yang memisahkan dua ruang makan. Kalau tak perasan, mungkin ingat hiasan semata-mata. Sebenarnya ada jugak juadah berbuka ringan-ringan kat situ ha. Ni la ciksun khabor awal-awal, takut korang ingat takde kurma lak nanti! Hahaha! So, now dah tahu, boleh terus ke rak kayu tu untuk ambil kurma ya! Hihi.
Kat dalam restoran jugak ada Aneka Kerabu, Keropok, Jeruk, Minuman Sejuk dan Panas, serta ABC. Ciksun suka segala susunan The Food Store ni untuk bufet Bazaar Selera Warisan. Restoran ni tak lah seluas Makan Kitchen, boleh muatkan 150 orang aje dalam satu masa. Jadi memang limited space setiap hari. Kalau korang nak berbuka kat sini nanti, jangan lupa beli voucher secepat mungkin ya! Ye lah, sini ade Live Durian Stall pulak tu, kat Makan Kitchen takde sebab Durian takleh bawak masuk dalam hotel. Kena makan kat open space bahagian luar tu. Best jugak makan santai-santai sambil tengok bintang kat langit. Hihi.
Kredit: Tai Carol |
So, untuk korang yang nak beli voucher, boleh rujuk maklumat kat bawah ek! Nak tengok lebih banyak gambar, pergi FB page Blog Sunah Sakura. Maceh!
Bazaar Selera Warisan
📍 The Food Store, Doubletree by Hilton, Johor Bahru
🗓️ 22 Mac - 21 April 2023
🕡 6.30 pm - 10.00 pm
🕊️ Promosi Early Bird (sehingga 15 Mac 2023)
Beli 4 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa
atau
Beli 2 Dewasa, PERCUMA 1 Kekanak
atau
Beli 7 Dewasa, PERCUMA 1 Dewasa
💸 Harga Biasa
RM138 nett per Dewasa
RM69 nett per Kekanak
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 +607-268 6868
📧 JohorBahru.FB@hilton.com
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com