Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Rempah Ratus Ramadan @ Impiana Hotel Senai

Bufet Ramadan 2023 - Rempah Ratus Ramadan @ Impiana Hotel Senai | Ok lah, asyik share bufet Ramadan kat JB aje, kali ni ciksun share pulak bufet Ramadan yang dekat dengan rumah ciksun, dalam 15 minit aje dah sampai. Untuk warga Senai dan Skudai yang tak rajin nak gi jauh sangat ke Johor Bahru, korang jugak boleh datang berbuka puasa dekat Impiana Hotel Senai pada bulan Ramadan nanti~

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Jemput iftar dengan juadah bufet Rempah Ratus Ramadan kat The Tiffin Restaurant, ada 5 rotation menu sepanjang bulan puasa kat sini nanti. Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi Briyani Gam, Daging Gulai Kawah, Bubur Lambuk Ayam & Daging, Kambing Bakar dengan Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Pasu, Ikan Bakar Portugis, Laksa Johor, Mee Bandung, Sup Power (Ekor, Gearbox, Perut, Ayam, Kambing, Lembu), Telur Bungkus Ala Thai, Ayam Kalio, Sotong Paprik, Nasi Ayam, Rojak Mamak Impiana, pelbagai jenis Kuih-muih dan pencuci mulut 😋

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Bubur Lambuk dia best, sebab boleh pilih nak letak isi ayam atau daging. Kalo letak isi ayam, jadi lah Bubur Lambuk Ayam. Kalo letak isi daging, jadi Bubur Lambuk Daging. Sedap pulak tu, ciksun suka Bubur Lambuk kat sini, condiments yang lain macam Daun Sup, Bawang Goreng, Ikan Bilis Goreng, Kacang Tanah, pun korang boleh letak ikut citarasa korang. Ciksun suka kacang, so letak kacang bebanyak. Puas hati makan! Hahaha!

Sebelum ni da pernah makan Ayam Pasu dengan Nasi Briyani Gam kat sini, memang sedap. So kali ni ciksun try menu lain la pulakkk. Ambik Kambing Bakar dengan Nasi Briyani Hyderabad tu, Laksa Johor, Sup Tulang Gearbox, alhamdulillah semua sedap! Cuma straw je takde hari tu nak sedut sumsum Tulang Gearbox tu, tapi da bagi feedback dekat diorang. Insya'Allah bulan puasa nanti ada laaaaa straw untuk korang peminat gearbox tu! Lepas tu da amek gearbox, lupa nkooo nak amek Ekor! Adesss! Rugi betul rasa di hati. Kena pergi lagi ke bulan puasa nanti? Haha!

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Buffet Ramadan 2023 - Impiana Hotel Senai

Korang nak tengok lagi pilihan menu yang ada, boleh belek FB page Blog Sunah Sakura ya! Oh, diorang ada buat jugak Hari Raya Hi-Tea Buffet dengan Hari Raya Buffet Dinner lepas Ramadan nanti. Dedua bufet ni available pada 22 & 23 April 2023, hi-tea dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang, RM65 nett per Dewasa, RM30 nett per Kekanak. Untuk dinner pulak, dari pukul 6.30 petang sampai 10.00 malam, RM75 nett per Dewasa, RM35 nett per Kekanak. Korang boleh try Sup Kambing Berempah, Daging Dendeng, Lemang & Ketupat, Rendang Tok,  Rendang Minang, Serunding Daging & Ayam, dan Laksa Johor juga dalam bufet Hari Raya ni nanti. Masuk dalam list sesiap tau!

Sebelum tu, nah details untuk bufet Ramadan diorang:

Rempah Ratus Ramadan

📍 The Tiffin Restaurant, Impiana Hotel Senai
🗓️  25 Mac - 20 April 2023
🕡  6.30pm - 10.00pm

💸 Harga Bufet:
RM98 nett per Dewasa
RM45 nett per Kekanak (6-12 tahun)

✨ Menangi Cabutan Bertuah dan penginapan Impiana di Phuket, Bali, Kuala Lumpur, Ipoh & Johor Bahru.

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 +6016 713 4590 | +607 595 8898
📧 fnb1.ihs@impiana.com
🌐 www.impianasenai.com

Post a Comment

2 Comments

  1. Tengok buffet Ramadan begini, terasa bulan puasa semakin hampir.

    ReplyDelete
  2. wah, ayam tempayan yang hot tahun lepas tu ada lagi!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com