Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Sajian Dari Dapur Ayahanda @ Fraser Place Puteri Harbour

Bufet Ramadan 2023 - Sajian Dari Dapur Ayahanda @ Fraser Place Puteri Harbour | Jarang-jarang ciksun nak jumpa menu Siput Gonggong dengan Belangkas kalau pergi makan saja-saja dekat mana-mana kedai makan area JB ni. Pernah sekali dua makan Siput Gonggong dekat Medan Selera Teluk Sengat nun jauh dekat Kota Tinggi. Belangkas lak makan masa kecik-kecik dulu aje dengan family kat rumah. Dah besar ni ada jugak jumpa Asam Pedas Belangkas dekat restoran Taste of Johor tapi tak rasa nak ambil makan. Mungkin sebab da puas makan masa kecik-kecik dulu.

Daging Arnab pun, korang pernah makan? Ciksun pertama kali cuba bila ada hidangan Rendang Arnab dalam bufet makan malam dekat Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru semalam. Sedap juga dan takde la rasa pelik pun, lebih kurang aje macam daging ayam, cuma daging arnab ni lebih sihat daripada daging ayam sebab kandungan lemaknya yang lebih rendah. Yang penting masakan rendang tu sedappp dan menepati selera ciksun!

Dah kenapa pulak ciksun cerita pasal Siput Gonggong dengan Belangkas kat perenggan pertama tadi? Apa kaitan dengan daging Arnab kat Fraser Place Puteri Harbour? Hahaha! Ciksun bukak bicara sebab kesemua menu unik ni ada dekat bufet Sajian Dari Dapur Ayahanda kat Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour pada bulan Ramadan nanti. Yeee, Siput Gonggong Sambal Mangga, Belangkas Sambal Telur, dan Rendang Arnab. Bukan senang nak jumpa semua sekali kat satu tempat tau!

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadan 2023 @ Fraser Place Puteri Harbour

Bukan tu je, ada jugak Belut Chili Terung Pipit, Siput Sedut Batang Keladi, Kulit Lembu Sambal Tahun, Nasi Pelangi Senja, Pucuk Paku Ubi Keledek, Puyuh Chili Nangka, Daging Kari Makasar, Ayam Masak Merah, Paru Berlado, Udang Nestum, Kambing & Ayam Golek, Satay Ayam & Daging, Chicken Shawarma, aneka Sup Berempah, aneka Kerabu, Ulam-ulaman & Sambal, Rojak Buah, Seafood on Ice, Durian Fresh, Apam Balik, Kuih-muih, dan pelbagai jenis pencuci mulut! Haa, banyak menu dia kalo nak ceritakan satu per satu. Mostly memang menu unik yang diorang hidangkan. 

Macam Kerabu Kaki Ayam dengan Kerabu Pedal Ayam tu, pun lain dari yang lain juga. Kak Ajan la paling gembira dapat makan dua benda tu. Febret dia! Masa kitorang pergi preview semalam, ada anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Az-Zahra (MATAZ) Johor juga yang diraikan bersama dalam 30 orang. Alhamdulillah. Terima kasih Fraser Place Puteri Harbour untuk sumbangan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Korang boleh belek gambar-gambar masa bufet semalam dekat page FB Blog Sunah Sakura ya!

Sajian Dari Dapur Ayahanda

📍 Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour
🗓️ 27 Mac - 20 April 2023
🕡 6:30pm -  10:00pm

🕊️ Harga Early Bird (sehingga 26 Mac 2023)
RM128+ per Dewasa
First Come First Serve

💸 Harga Biasa
🤵🏼‍♂️ RM158+ per Dewasa
👦🏼 RM88+ per Kekanak (6-12 tahun) dan Warga Emas (60 tahun ke atas)

✨ Harga tertakluk kepada 6% SST

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 6013 778 6821 / https://wa.link/vsrtes

Post a Comment

5 Comments

  1. makanan sedap di bulan ramadhan., tringat wak makan siput gonggong tu kene cungkil pakai lidi., hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan siput gonggong. Siput sedut pun dh lama x makan 😂

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan siput gonggong. Siput sedut pun dh lama x makan 😂

    ReplyDelete
  4. Sedapnya si[put gonggong tuh...kerabu kaki ayam...ya rabbi...macam mana nak kurus di bulan Ramadhan ni erk...

    ReplyDelete
  5. Sup berempah tu sedapnyaaaaa. Akak makan babat n urat, puas hati.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com