Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Warisan @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Bufet Ramadan 2023 - Citarasa Warisan @ Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor | Kalau korang nak rasa suasana berbuka puasa yang betul-betul tenang dari kesibukan kota, ciksun nak rekemen korang cuba iftar dekat Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor ni. Lebih kurang 30km dari tol Penawar, memang jauh masuk ke dalam berbanding hotel-hotel dekat bandar Desaru tu. Dia sebijik je gah berdiri dekat Kampung Punggai, Pengerang tu.

Memang healing betul ye konsepnya, sunyi dan tenang aje. Betul-betul tepi pantai, cantik sangat sea view dia! Ditemani bunyi deruan ombak, korang boleh tunggu waktu berbuka puasa dengan menu Citarasa Warisan Buffet Dinner diorang bulan Ramadan nanti dengan ambil angin tepi pantai dulu. Jalan-jalan, berkelah, buat istana pasir, selfie, amek video estetik, upload kat IG, TikTok, Facebook dan sebagainya. Haha!

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Diketuai oleh Head Chef William @ Ridzwan, Amerald Resort Hotel menyediakan pelbagai menu tradisi kegemaran rakyat Malaysia bila tibanya bulan Ramadan. Yang paling ketara kesedapan dia waktu ciksun pergi preview hari tu adalah Sup Ayam Berempah dia! Allahu, sedap sangat, very comforting and savoury! Terpaling menang la antara semua menu yang ada! Kalau ada roti untuk cicah, mesti sedap juga!

Selain tu, korang boleh menjamu selera dengan Nasi Hujan Panas, Kambing Golek, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma, Udang Masak Lemak Nenas, Asam Pedas Ikan, Terung Sambal Berlado, Dhalca, Murtabak Ayam & Daging, Satay Ayam & Daging, Otak-otak & Pepes, Aneka Kerabu, Ulam-ulaman & Sambal, Aneka Goreng-gorengan, Kuih-muih, Buah-buahan, ABC & Cendol, Kopi & Teh Tarik, serta 3 jenis Air Balang. Kambing Golek dihidangkan dengan pelbagai jenis sos atau kuah pencicah. Ada Sos Percik, Blakcpepper, Mint, Yogurt Mint, dan beberapa jenis lagi yang ciksun tak ingat namanya.

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Buffet Ramadan 2023 di Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor

Ciksun suka Daging Masak Kurma dengan Udang Masak Lemak Nenas kat sini. Macam biasa la, daging harus lembut dan rempah masakan tu wajib meresap ke dalam daging. Biar berasa, kan! Asam Pedas Ikan dia unik sikit sebab ikannya tu dia goreng dulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah Asam Pedas. Bahagian Goreng-gorengan kat luar tu pun jadi tumpuan ciksun sebab ada Keropok Lekor dan Keledek Goreng yang sedap!

Menu-menu kat sini just nice aje variasi dia, memang cukup dah untuk kita berbuka puasa. Korang boleh tengok gambar-gambar lain dekat page FB Blog Sunah Sakura ya! Kalau korang rasa macam jauh sangat, diorang ada je buat pakej 2D1N Warisan Staycation untuk 2 orang, rega dia RM488 aje. Dapat stay Deluxe Room dengan Scenic Seaview, Breakfast atau Sahur untuk 2 orang, Citarasa Warisan Buffet Dinner untuk 2 orang, dan complimentary swimming pool facilities usage.

Jemput datang nanti!

Citarasa Warisan Buffet Dinner

📍 Amerald Resort Hotel, Pengerang, Johor
🗓️  29 Mac - 16 April 2023
🕡  7.00 pm - 10.00 pm

🕊️ Harga Early Bird (sehingga 20 Mac 2023)
RM89 per Dewasa
RM44 per Kekanak

💸 Harga Biasa
RM99 nett per Dewasa
RM49 nett per Kekanak

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 +607 8243 000 (Sales Office)
📱 +6011 4043 0920 (Ms Gladys) | +6018 350 9468 (Ms Suhaina)
📧 sales@ameraldresort.com | sales.mgr@ameraldresort.com | sales.suhaina@ameraldresort.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Oh maaaiiiiii... kecur tengok air peluh peluh dia tu. Lauk pauk mewah macam ni harga dia tak sampai RM100? Daebakkk

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com