Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay 2023 di Restoran Pretty Event Hall | Jom datang berbuka puasa di Restoran Pretty Event Hall by South Event Planner & Sri Tanjung di Vantage Bay, Stulang, JB, pada bulan Ramadan nanti! Depan KFC Stulang dan sebelah McD Stulang tu ajeee! Masuk pintu yang depan KFC Stulang tau, jangan confuse kalo nampak pagar tutup sebab tu bukan pintu masuknya. Pergi depan sikit nanti akan jumpa pintu kebenarannn~ 😆
Restoran Pretty Event Hall ni baru aje grand opening pada 11 Mac 2023 yang lalu. Memang masih baru lagi la tempat ni. Tak pasti la kalo sebelum ni ada restoran lain asal kat situ, sebab ni kali pertama ciksun masuk ke Vantage Bay ni. Cantik sangat tempatnya, masa ciksun pergi preview hari tu, langit biru kosong tanpa awan. Ambil gambar OOTD memang cantik dekat bahagian open dining area dia. Malam-malam meriah dengan lampu lip lap.
Untuk bulan Ramadan nanti, jomm lah berbuka puasa dengan menu Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay 2023 kat sini. Ada lebih kurang 70 jenis hidangan disediakan, termasuklah Nasi Briyani, Nasi Beringin, Kambing Golek, Asam Pedas Ikan Mayong, Ayam Masak Lemak Cili Api, Keli Sambal Berlado, Pecel Sayur, Sambal Udang, Sambal Kupang, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Kambing Briyani, lepas tu ada Lempeng dengan Sambal Ijo lakkk. Adoiii, very the kampung style macam mak-mak kita masak 🤤
Ciksun suka sangat Kambing Briyani, Asam Pedas Ikan Mayong, Ayam Masak Lemak Cili Api, dan Kambing Golek dia! Sedappp! Pedas ye pedas, tapi boleh makan lagi asam pedas dengan masak lemak cili api tu. Ciksun tak sempat ambik Sambal Udang masa tu sebab da habis, tapi kalo ada mesti umphhh gila lawan dengan masak lemak cili api tu kan! Tapi korang jangan risau, menu-menu ni bila habis, diorang akan topup lagi. Cuma hari tu ciksun da ada target menu nak diambil, hahaha! Sambal Kupang pulak da siap kopek buang shell dia, tinggal isi aje. Memang syok la kan peminat kupang!
Selain tu, ada jugak Bistik Daging, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Kari, Mee Goreng, Bihun Goreng, Roti John, Roti Jala dengan Kari Ayam, Lempeng dengan Sambal Hijau, Otak-otak, Pepes, Ikan Bakar, aneka Goreng-gorengan, Bubur Lambuk, dan banyak lagi. Jujur dan ikhlas ye, semua sedap-sedap, alhamdulillah ❤️
Bahagian dalam restoran pulak ada pelbagai jenis pembuka selera termasuklah Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam, Ulam-ulaman dengan Sambal, minuman sejuk dan pencuci mulut. Korang boleh berbuka dengan Kek-kek potong, Kuih-muih Melayu, Cream Puff atau Brownies yang disediakan. Ciksun suka Bubur Pulut Hitam dia!
Menariknya, kalau berbuka puasa kat sini dengan keluarga, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh makan secara PERCUMA! Untuk remaja berumur 13 hingga 17 tahun aje yang kena bayar selain daripada orang dewasa. Bagus kan? Diorang nak bersedekah pada bulan Ramadan nanti. Semoga dimurahkan lagi rezeki pihak Restoran Pretty Event Hall ni dan business pun semakin maju nanti. Ameen!
Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar, boleh belek FB page Blog Sunah Sakura ya!
Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay 2023
📍 Restoran Pretty Event Hall, Vantage Bay
🗓️ 25 Mac - 19 April 2023
🕡 6:00pm - 9:00pm
💸 Harga Bufet
RM89 nett per Dewasa
RM65 nett per Warga Emas
RM45 nett per Remaja (13 - 17 tahun)
✨Kanak-kanak 12 tahun ke bawah PERCUMA
🕊️ Beli 10 PERCUMA 1
📝 Ruang solat ada disediakan tapi better ambil wudhuk dari rumah dan jaga wudhuk sampai azan Maghrib ya!
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 0167581307 (Liza) | 01173394317 (Kak Sha)
4 Comments
Seram masuk blog Sunah sekarang...hahahah....seram sebab banyak makanan...apapun semua nampak sedap...
ReplyDeleteni lagi sedappp....wow, menggoda sungguh. betul kata kak SA....seram pun ada. ni kalau bulan puasa lagi seram ni.. btw cantik tempatnya...
ReplyDeleteMeriahnya menu sesedap
ReplyDeleteAsam pedas n masak lemak dia memang mengancam ah. Tak sempat rasa lempeng sambal hari tu. Perut dah penuh.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com