Ticker

6/recent/ticker-posts

Buah Markisa Kegemaran Ciksun

Buah Markisa Kegemaran Ciksun | Salah satu daripada buah kegemaran ciksun, jatuh hati masa makan buah ni dekat Medan, Indonesia dulu. Siap bawak balik Malaysia masa tu. Sejak tu, kalau nampak buah markisa dijual dekat pasaraya atau disediakan dalam menu buffet Ramadan hotel, terus ambik. Tak kira la da siap belah dua ke atau masih full sebiji.

Buah Markisa Kegemaran Ciksun

Buah Markisa Kegemaran Ciksun

Nak tahu buah markisa tu dah cukup masak dan manis, kulitnya jadi lebih gelap dan kerepot aje. Jangan ambil yang licin tau, takut masam. Tapi ada je yang manis kalau rezeki korang. Biasanya memang ciksun ambik yang kulit dia da berkedut-kedut gitu. Memang tu la tips nya kalau google lama-lama dulu. Beria ciksun menimba ilmu sebab nak beli sendiri kat pasaraya kalau ada. Kalau korang da terbeli yang licin-licin tu takpe, biarkan aje sampai dia mengerepot sikit, boleh la belah dan makan.

Korang suka buah markisa tak?

Post a Comment

0 Comments