Balik Sarawak Naik MYAirline | Salam Ramadan 144H semua! Esok hari pertama puasa, macam mana ibadah puasa korang? Dah terawih ke tu? Ciksun tahun ni sambut 1 Ramadan di kampung halaman di Bintulu, Sarawak. Alhamdulillah.
Sebenarnya dah empat hari ciksun dekat Sarawak. 19 Mac 2023 hari tu, ciksun naik MYAirline dari KL ke Miri. Tu la kali pertama ciksun naik MYAirline. Buat masa ni diorang takde flight ke Bintulu, jadi memang terpaksa ambil ke Miri. Harga flight pun murah sikit berbanding AirAsia yang ke Bintulu pada tarikh sama. Cuma adik ciksun kene datang Miri la untuk ambik ciksun, ke Bintulu dalam 2 jam gitu perjalanannya.
Flight ciksun pun dalam tiga ke empat hari sebelumnya, dapat notis rescheduled oleh pihak MYAirline. Dari pukul 7++ pagi, ditunda kepada pukul 10.35 pagi. Tiket bas Yoyo ke KLIA2 dah beli awal pulak. Pukul 11 malam dari Taman Tun Aminah, sampai KLIA2 pukul 3.30 pagi camtu. Jadi tersidai la beberapa jam kat airport tu sementara tunggu waktu check-in. Ciksun dah checked in online via website, tapi ada luggage nak drop.
Pagi tu lepas Subuh, suami ciksun datang dari KL nak hantar barang. Naik motor dia dari KL ke sini, susah hati ciksun dibuatnya. Risau sebab jauh juga nak ke sini. Nak naik bas, tapi da terlepas waktu bas berlepas dari KL Sentral. Ikutkan ciksun dah cakap nanti-nanti pun takpe kalo suami nak bawak barangnya, tapi mungkin dia risau kalau-kalau nanti tiba-tiba ada apa-apa halangan pulak nak balik Bintulu bulan puasa. Terima kasih suami bersusah-payah datang jauh-jauh and tunggu sampai ciksun masuk departure hall. Selebihnya, ciksun cerita bergambar ya!
|
Baggage Drop untuk MYAirline passengers dekat kaunter Z11 - Z16 KLIA2. |
|
Ye, wajib beli ni kalo balik kampung sebab kat Bintulu mahal berkali ganda. |
|
Cantik kapal dia kaler kelabu. |
|
Kerusi passengers berbeza banyak dengan AirAsia. Nipis je kerusi dia. |
|
Ruang kaki lebih kurang sama aje dengan AirAsia. |
|
Menu MYKopitiam by MYAirline. Ciksun da order online, murah RM3 gitu dari beli kat udara. |
|
Tapi lupa order air sekali, so order air masa kat udara. |
|
Nasi Lemak ni order untuk breakfast, tapi rescheduled lak. So jadi brunch. |
|
Nasi Lemak Rendang Ayam, ok lah 7/10 |
|
Belanja sikit view dari tingkap, bawah tu bandar Miri dah. |
|
Aduss, terkemik sudah beg luggage ciksun, terkejut nengok. |
Alhamdulillah, ok je naik MYAirline, cuma part luggage tu je lah yang kureng. Dah la ciksun pinjam dengan kawan beg tu, jadi macam tu pulak ha. Mungkin juga sebab beg nya ringan and nipis aje. Ciksun pun memang tak wrap bag tu sebab selalunya ok je kalo perjalanan 2 jam lebih. Moga lepas ni diorang lebih berhati-hati la bila pindahkan beg penumpang.
Ok bye!
4 Comments
rinduk hati dapat sungkey dgn family di Bintulu. Selamat menjalani ibadah puasa ciksun!
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat sambut puasa bersama2 keluarga di kampung
Pertama kali tahu ada MYAirline.
ReplyDeleteAlamak tidak puas hati beg kemik taoi itulah beg kena baling.
Selamat berpuasa CikSun.
Cantik kain!! 🤩
ReplyDeleteWahduh part luggage...Boleh pulak kemek jadiknya...Sabo je ler ek...
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com