Alhamdulillah, Setel Baju Raya Tahun 2023 dari Butik Jamilah | Syukur sangat-sangat, ciksun dah setel cari baju raya untuk tahun 2023 ni. Biasanya baju raya ciksun memang sampai dua, tiga pasang. Lagi-lagi kalo balik raya kat Sarawak. Kat sana, raya nya meriah sampai seminggu. Jadi, kena ada banyak baju raya, boleh tukar setiap hari. Haha! Tak salah pun nak ulang baju raya yang sama, tapi nak jugak kan lain-lain baju dalam gambar. Tapi biasanya baju raya pertama je yang nampak meriah sikit berbanding baju hari kedua, ketiga, dan seterusnya. Kadang-kadang ulang je baju raya tahun lepas untuk hari keempat, kelima dan seterusnya, selagi masih boleh pakai.
Untuk raya tahun ni, ciksun da ada da baju raya sedondon dengan family mertua kat Kedah. Suami dah bagitahu awal-awal, warna tema baju raya tahun ni Dusty Pink. So, ciksun dah beli sepasang kurung songket kaler tu dekat TikTok, grab awal sebab waktu tu ada duit lebih dan nanti kalo nak tunggu bulan puasa baru beli, risau stok akan semakin berkurang. Hari raya kedua, suami cakap nak pakai kaler Army Green, ciksun onz aje dan da beli da baju nya dekat Panda Eyes. Hari raya kedua, ciksun pakai suit seluar je, senang sebab selalunya kat Kedah, duduk rumah aje nanti raya kedua.
Ade baju raya ketiga tak? Hahaha!
Yeee, baju raya yang ketiga pun ciksun dah setel! Kalau raya kat Kedah, selalunya hari ketiga da gerak balik KL. So boleh la pakai baju tu untuk balik dari kampung. Kot-kot ada singgah raya rumah kawan suami, dah ada ready baju raya nya. And in case ade banyak open house raya nanti, ada la baju lain jugak nak dipakai kan. Untuk yang ketiga ni ciksun tak beli online, terus walk in ke butik aje. Alang-alang kat Plaza Angsana tengah ada Karnival Aidilfitri 2023 tu, memang penuh booth raya dari tingkat 1 sampai tingkat 5!
Beberapa tahun lepas, ciksun pernah beli baju raya suami dekat butik Kacax, tahun ni ciksun beli baju raya untuk diri sendiri dekat butik Jamilah pulak. Kalau korang nak tahu, kedua-dua butik ni adalah under owner yang sama, pasangan suami isteri Tuan Farid dan Puan Jamilah. Ciksun suka pilih baju dekat sini sebab senang nak cari yang sedondon suami isteri. Tahun ni ada banyak jugak pilihan terbaru yang trending. Warna-warna bajunya pun cantik-cantik, sampai rambang mata ciksun nak memilih.
Ciksun berkenan dengan design bersulam ni, tapi tahun lepas ciksun dah ada dah baju raya bersulam macam ni warna pink belacan. Warna mint green pun cantik jugak sebenarnya, tapi ish tak kan nak pattern sama lagi? Hahaha! Susah betul ye nak buat keputusan. Nampak pulak design berpoket dekat depan baju macam kat bawah ni, rasa macam smart je kalau pakai. Simple and elegan.
Tapi yang ni lagi nampak elegan kan? Kosong aje. Katanya, design yang ni paling laris berapa bulan ni. Ramai orang Singapore suka dan beli design kosong ni. Kainnya pun sedap, sejuk je bila pegang. Ciksun try jugak la warna blue pastel tu, eh ya Allah terus terpikat ye! Rasa selesa aje bila pakai. Kain cotton kan, mesti tak panas kalo pakai seharian pergi beraya. Hahaha! Lagi satu, ciksun tak pernah ada warna biru lembut macam tu. Teringin jugak nak memilikinya. Maka, terrrr-jadi lah dia sebagai baju raya ketiga ciksun! Hahahahha! Ciksun terus amek gambar dengan baju tu and tunjuk kat suami, ada kurta yang sedondon. Mohon faham ye suami 😆
Kemain lama lah housemate ciksun tunggu ciksun pilih baju haaa, sampai nak tutup kedai dah time tu. Sedar tak sedar, dah pukul 10 oiii! Alhamdulillah, dah tak pening nak cari baju raya dah. Lepas ni mungkin cari tudung raya pulak, tapi kadang-kadang ciksun pakai aje tudung yang sedia ada sebab malas nak fikir. Hihi.
Turun ke parking, lalu level lain, nampak ada jugak booth dia rupanya kat Level 2, berdepan dengan butik Kacax. Hah, lagi senang ek nak pilih baju kalo datang satu family. Yang lelaki boleh belek baju kat butik Kacax, yang perempuan boleh pilih-pilih dekat booth Jamilah. Setuju tak?
Nah ciksun share lokasi dia, kot-kot korang pun nak datang nanti!
Butik JAMILAH Level 3, Angsana Mall JB
(berdekatan dengan kedai buku BADAN, sederet butik KACAX Level 3)
Booth JAMILAH Level 2, Angsana Mall JB
(berhadapan AR RAHNU, depan Butik KACAX Level 2)
5 Comments
PH pun dah setel bab baju ry alhamdulillah... Kurta tu lawa, mmg ngam dgn baju Ciksun tu 👍
ReplyDeletePH pun dah setel bab baju ry alhamdulillah... Kurta tu lawa, mmg ngam dgn baju Ciksun tu 👍
ReplyDeleteMA baru nak gi cari weekend ni cadang2 nya..kena cepat2 gak nanti susah nak cari size kan
ReplyDeleteSaya pun dah grab sepasang kat sini haritu masa Jalan Jalan Plaza Angsana nih.. 🤩 Lelama tengok, tergoda! Kat level 2 tu, meriah gak kedainya, ramai orang beli situ ..Meriah!
ReplyDeleteDah tak pusing Ama baju raya ya kak 😄😄👍. Saya belum ada pilih2 , selalunya nunggu 2 Minggu sebelum lebaran 😂. Tapi itupun kadang tak jadi juga, tetap pakai yg lama. Kami sekeluarga memang tak terlalu merayakan idul Fitri, mungkin lebih karena parents jauh berbeda pulau, dan mertua saya pulak dah tak ada. So memang lebih sering hanya merayakan di hari pertama, lalu hari selanjutnya sama saja kayak hari biasa 😁.
ReplyDeleteTapi entahlah tahun ini rasa nak juga beli baju raya. Krn tahun sebelumnya tak beli. Memang happy lah moment saat shopping baju lebaran nih kan 😄. Walo suka galau pilih aneka model dan colour 😅
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com