Nikmatnya Daging Wagyu Gred A5 di KinglyのWagyu House, Iskandar Puteri | Seingat ciksun, dulu sekali aje la ciksun pernah makan wagyu di restoran makanan ala Jepun kat Johor Bahru ni. Dah lama jugak tu, dan memang puas hati makan sebab daging wagyu nya gred A5. Baru-baru ni ciksun cuba pulak hidangan daging wagyu gred A5 di Kingly Wagyu House, Iskandar Puteri. Terletak di Taman Nusa Sentral, restoran tiga tingkat ni ada ruang makan ala Jepun kat bawah sekali, ruang makan santai sambil main golf di tingkat dua, dan ruang makan VIP di tingkat atas sekali.
Depan pintu masuk, terpapar sijil daging wagyu gred A5 dan sijil sembelihan HALAL dari NPO Japan Halal Association - Halal Slaughter Certification. Daging Wagyu yang digunakan dekat restoran ni adalah Daging Lembu Nishiawa dari Wilayah Tokushima, salah satu daripada dua ladang Wagyu yang diperakui Halal di Jepun. Masuk ke dalam restoran, nampak akuarium besar berisi Lobster, King Crab dan Oyster. Kau ni ape? Kau tinggal sini ke? - bak kata Sis Lin. Haha! Kat bahagian bawah ni, ade lebih kurang 4 meja makan aje kat dalam restoran. Tapi ada dua bilik VIP kat bawah kalau nak makan privately. Kat luar restoran pun ada meja makan jugak, tapi takde tempat grill. Tak sure kalo diorang ada portable stove khas untuk yang duduk makan kat luar. Kalo korang datang, boleh tanyakan ek!
Ciksun datang makan bertujuh, jadi kitorang gabung dua meja kat tingkat bawah tu. Masa duduk-duduk tu la nampak chef tengah siapkan hidangan dekat kitchen dalam bilik yang ada lapisan dinding kaca. Kita boleh tengok chef susun-susun Sushi dan daging Wagyu dalam pinggan. Begitu tekun dan teliti sekali diorang buat plating ye! Ciksun nampak jugak chef susun daging Wagyu atas patung lembu berwarna emas, ehhh ni kitorang punya! Fuhh terpegun tengok! Kalo tak percaya, tengok muka ciksun yang begitu serius kat bawah. Hahaha!
Wagyu Emas namanya atau dalam bahasa Inggeris, Gold Wagyu. Ada lima bahagian daging Wagyu dari baka lembu Jepun Japanese Black yang kitorang cuba: Kataruso (chuck roll), Shin Shin (Knuckle), Rampu (Rump), Uchimomo (Top Round), dan Katabara (Brisket). Atas Gold Wagyu ni jugak ada Chicken Thighs, Beef Sticks, dan 2 keping Lamb Rack. Untuk set Gold Wagyu ni, staff tolong grill setiap keping daging tu untuk customer yang datang makan menggunakan bara daripada arang buluh. Boleh je kalo nak bakar sendiri, tapi lebih bagus bagi staff buat sebab diorang lebih expert dalam bab kelazatan Wagyu bakor ni. Sebelum mula membakar, staff tu sapu dulu lemak Wagyu dekat grill untuk pastikan daging Wagyu tak melekat masa proses grilling nanti. Tips makan pulak, korang kena nikmati daging Wagyu ni segera dalam masa 20 saat selepas diangkat dari tempat grill. Baru lah umphhh rasa dia!
Setiap bahagian daging Wagyu yang kitorang cuba tu memberi pengalaman yang berbeza, dengan tahap kelazatan dan kelembutan daging yang berbeza. Paling sedap bagi ciksun, bahagian Shin Shin atau Knuckle tu. Aduiiii, juicy gila rasa dia, cair dalam mulut! Tengok marbling dia pun memang nampak cantik aje! Tapi bahagian-bahagian lain pun tak kurang sedapnye ya! Seasoning dia hanyalah garam dan serbuk lada hitam aje weiii! Nak makan pun tak payah cicah ape-ape, baru terasa keaslian daging Wagyu tu.
Selain daripada menu Wagyu, diorang ada jugak pilihan Seafood Mini Hotpot yang ala steamboat gitu, korang boleh rebus segala makanan laut dalam sup yang disediakan. Kitorang cuba jugak Fresh Oyster Garlic seorang sebiji, sedappp dan tak hanyir langsung! Bagi korang yang wajib makan nasi, boleh la makan Wagyu Curry Don atau Wagyu Garlic Fried Rice. Ada jugak Spicy Chicken Chashu Ramen, Sushi Platter, Unatamadon dan Wagyu Black Truffle Yaki Gyoza untuk lengkapkan juadah korang.
Tadi ciksun ada cakap Kingly Wagyu House ni tiga tingkat kan? Haa, kat tingkat dua adalah Openbay, tempat untuk korang main golf dengan kawan-kawan sambil makan-makan. Diorang ada mini golf range kat atas tu, menarik betul sebab boleh tahu berapa jauh korang pukul bola golf dekat skrin. Masa ni ada dua orang customer lain tengah main golf. Berdentum-dentum bunyi bola golf kena pukul, berapa kali jugak jantung nak tercabut sebab terkejut, hahahahah! Serius pro gilerrr diorang, kita yang tengok pun rasa puas, apatah lagi diorang yang main. Kat bahagian atas ni, kalo nak makan-makan, boleh la alas perut dengan light snack macam Tori Karagae, Ebi Tempura, Fried Shisamo, dan Unagi Maki.
Naik pulak ke tingkat ketiga, ada beberapa VIP room yang lebih private, diorang panggil Golf Room. Ruangan main golf kat atas ni lebih besar sikit dan biliknya pun boleh menampung sehingga 12 orang dalam satu masa. So, kalo datang ramai-ramai, boleh la book bilik VIP ni, siap ada Karaoke sekali dan tandas dalam bilik tu sekali ye! Special betul, tak payah kalut keluar cari toilet masa tengah syok main golf. Hahaha! Masa kat atas ni, kitorang alas perut dengan Edamame, Fish Head, Chawanmushi Plain, Chuka Idako dan Saba Shioyaki. Sedap betul ikan Saba dan Edamame dia, ciksun suka sangat!
Untuk harga setiap menu, korang boleh terus ke website menu Kingly Wagyu aje. Ada jugak beberapa menu yang tak dikemaskini dalam tu, tapi korang boleh aje hubungi diorang terus untuk tanya ya! Nak buat tempahan bilik VIP pun, boleh terussss aje contact diorang!
KinglyのWagyu House, Iskandar Puteri
📍 No.193, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral 79100 Iskandar Puteri, Johor
📆 Buka Setiap Hari
🕒 12pm - 11pm (order terakhir 10pm)
📞 013-880 1193
📧 gccmedia@goc-gcc.com
1 Comments
Ya ampuuuuun, kliatan enaaaak sangaaaat kaaak 🤤🤤🤤😍😍😍. Memang tak pernah rugi lah bayar mahal untuk Wagyu, grade tinggi pula, Krn memang kualitasnya sebanding dengan rasa 👍😄.sukaaa sangat daging ini. Tapi memanglah Jepang itu punya banyak macam daging sapi yang enak2 jenisnya 👍. Itu juga kenapa saya tak pernah bosan balik ke sana.
ReplyDeleteTapi kalo nanti ada kesempatan ke JB, nak coba juga Wagyu ini 👍
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com