Ticker

6/recent/ticker-posts

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi | Hari Ahad lepas, cuti Hari Thaipusam, dak Ibah ajak ciksun dengan Nada pergi kenduri kahwin adik kawan dia. Beria betul dia mengajak pergi beberapa hari sebelumnya. Ikutkan banyak benda nak buat hari Ahad tu selain pergi kenduri kahwin, nak gi AEON Bandar Dato' Onn juga cari telekung baru, nak gi tengok wayang Coast Guard Malaysia: Ops Helang lah, tapi akhirnya jadi satu je aktiviti.

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi

Sebabnya, hari Jumaat malam, kitorang da pergi tengok movie Coast Guard Malaysia tu. 7/10 lah ciksun bagi. Warning untuk yang belum tengok, ada spoiler ya! Jalan cerita ok la, cuma ada la beberapa kekurangannya. Ada yang kata lebih baik dari filem tentera sebelum ni, but ciksun rasa no, belum lagi dapat surpass PASKAL dan Air Force. Scene Sherie Merlis meninggal dunia tu tak sampai kesedihannya, sebab camera shot dari jauh. Kalau shot lebih dekat, zoom untuk tengok emosi setiap watak waktu tu, mungkin akan lebih menyayat hati. Lagi pun, tiba-tiba aje dah terbaring sambil pegang perut. Watak APMM lain di sekeliling Leftenan Hafiz pun tak dikembangkan dan diperkenalkan sangat. Tiba-tiba je ada seorang yang shot kepala Riska, then kena belasah dengan Mustafa sampai lunyai. Ciksun macam, eh dia ni siapa? Haha! But overall, lakonan paling mantap dan menyerlah sekali goes to Adlin Aman Ramlee. Sangat bersahaja dan nampak natural. Kalau bagi 8/10, 1 bintang lagi khas untuk Adlin. Haha! But ciksun rasa akan ada filem yang kedua nanti. Kenapa? Jeng jeng jeng, pergi la tengok sendiri ek!

Ok berbalik kepada aktiviti hari Ahad, tak jadi nak ke AEON BDO tu sebab ciksun tengah heavy period. Nak gi kenduri tu pun rasa 50-50 sebenarnya. Masa tengok movie malam tu dah tawakkal aje, tu pun lepas movie habis je, terus pergi toilet. Aduhh, tak selesa sungguh dibuatnya. Memang terganggu aktiviti harian ciksun. But disebabkan kenduri ni duduk makan aje, maka ok lah, kita proceed aje. Terubat jugak rasa gelisah bila sampai tempat kenduri, terus nampak seketul Mawi World. Haha!

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi
Mawi tengah get ready untuk masuk bersama dengan team kompang dan pengantin.

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi
Anak Takzim buat persembahan tarian zapin.

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi
Pasangan mempelai manis berbaju maroon dan pink, Azirah💗Yusuf

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi
Mawi nyanyi lagu Al-Jannah dan Kian.

Tengok Coast Guard Malaysia Ops Helang, Pergi Kenduri Kahwin, Ada Mawi
Selfie dengan Mawi katanya. Haha!

Ye, ada Mawi dijemput untuk baca selawat dan nyanyi dua lagu pada majlis kahwin tu. Geng-geng 70-80-an kenal la kan Mawi. Dah berkecimpung 17 tahun dalam dunia artis sejak menang Akademi Fantasia 3 pada tahun 2005. Anak Felda Taib Andak, warga Johor yang berusia ramai mengenalinya. Masa Mawi nyanyi pun, ramai je makcik pakcik boleh sambung nyanyian dia bila diberi mikrofon. Haha, meriah majlis dibuatnya. Ibah cakap family kawan dia ni memang selalu jemput artis buat persembahan. Pernah jemput kumpulan nasyid In-Team dan pemain biola Aqmal Daniel tu jugak masa kenduri kahwin sebelum-sebelum ni.

Nak tengok Mawi nyanyi, belek TikTok ciksun:

Lepas Mawi habis nyanyi, kitorang pun balik. Memang datang nak tengok Mawi je gamaknya. Haha! Eh, selamat pengantin baru kepada Azirah dan Yusuf, semoga masjid yang dibina diberkati olehNya, bahagia sampai ke syurga. Ameen!

Thanks Ibah ajak gi kenduri!

Post a Comment

5 Comments

  1. Uncle suka tarian zapin... kalau budak2 lagi comel kan?

    ReplyDelete
  2. wah, sambil makan sambil tgk mawi menyanyi. tempat pengilan ya pun nampak eksklusif. selamat pengantin baru buat azirah & yusuf.

    ReplyDelete
  3. Wahh... Seronaknye dpt jumpa Mawi... Kite dah lama tk nampak Mawi..

    ReplyDelete
  4. Ala..x best ke filem tu...? Barulau nak nengok 😂 Tapi tetap nk tgk la..hahahahaaha..

    Eh Mawi!!!! Haritu jmpe dia mse konsert nasyid... Tahniah kepada kedua Dua mempelai, Moga Allah berkati kedua Duanya Dan dipanjangkan jodoh sampai syurga Allah! Aamin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com