Ticker

6/recent/ticker-posts

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru | Pagi-pagi semalam, ciksun ikut housemates ke Desaru sebab dia nak ambil kereta dekat rumah mak sedara nya. Masa makan-makan dekat Amari tu baru dia mengajak. Terkesima ciksun kejap sebab ada banyak kerja memotong rumput bertimbun, petangnya pulak ciksun nak kena berlarian ke Renaissance Johor Bahru. Dah macam ayat Wak Lat pulak berlarian and memotong rumput. Hahaha! Tapi sebab sekejap je katanya, so ciksun ikut je lah.

Lepas solat Subuh terus mandi siap-siap, itu pun kul 6.30 jugak baru bangun dari katil. Terkocoh-kocoh la bersiap sebab janji nak keluar kul 7.00 pagi. Tapi kita kan santai-santai aje, so takde la kena tindakan disiplin bila lambat gerak 10 minit. Singgah kejap dekat Petronas UTM, isi minyak kereta dak Nada dan beli Nasi Lemak bungkus dan kuih-muih nak dibawa berkelah ke Tanjung Balau. Jalan lengang je pagi tu, ikut highway Senai-Desaru. Sampai Bandar Penawar lebih pukul 8. Tak ramai orang pun kat Dataran Tanjung Balau time tu. Tapi ada la nampak orang piknik and mandi laut walaupun ada bendera merah berkibar tepi pantai tu.

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Kitorang hampar tikar dan lapik dengan kain cotton. Kain tu ada orang tanya kat Facebook, Nada cakap dia beli dekat Kamdar, 1 meter. Then bermula lah aktiviti healing kat tepi Pantai Tanjung Balau. Haha! Ala, sarapan aje sambil tengok view laut. Angin kuat betul, cuaca pun elok sangat alhamdulillah. Masa tengah makan tu ada group besar datang naik bas. Diorang buat aktiviti kutip sampah tepi pantai. Bagus jugak aktiviti gitu, rasa nanti bole buat kalo ke pantai next time.

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Dalam 10 minit nak pukul 10 pagi, kitorang menapak ke pantai, ambil lagi beberapa keping gambar kenangan. Tak berani nak dekat dengan air sebab dah banyak sangat kes lemas dekat sini. Sebab tu ada bendera merah tu, larangan berenang sebenarnya. Kalau korang nak tahu, bendera merah dipasang oleh APM untuk menghalang orang ramai daripada melakukan aktiviti mandi-manda ekoran keadaan laut bergelora dan berombak besar yang boleh mengundang risiko lemas. Ha begitu lah.

Healing Sebentar di Pantai Tanjung Balau, Desaru

Pukul 10 lebih sikit, gerak ke Desaru Utama ambil kereta kat rumah mak ngah Ibah, then gerak balik Skudai. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mekasih cik-cik housemates, next kite pergi pantai lain pulak!

Post a Comment

1 Comments

  1. nak ke pantai ni tak semestinya untuk mandi tapi nak rasa angin dan suasana je. Rasa tenang je kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com