Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenapa Suara Kita Yang Sebenar Lain Dengan Suara Yang Kita Dengar?

Kenapa Suara Kita Yang Sebenar Lain Dengan Suara Yang Kita Dengar | Ha, confuse tak baca ayat ni? Sebenarnya kalau pernah terdetik pertanyaan ni dalam hidup korang, mesti korang faham apa yang ciksun maksudkan. Ciksun antara orang yang tak suka dengar suara rakaman sendiri bila replay whatsapp voice atau tengok video diri sendiri tengah bercakap. Rasa kelakarnya suara ciksun, sampai hilang keyakinan nak buat live TikTok bercakap guna suara sendiri. Hahaha!

Kenapa Suara Kita Yang Sebenar Lain Dengan Suara Yang Kita Dengar?

Ciksun ada tanya jugak dak Ibah dengan kak Ajan benda ni. Suara yang diorang dengar masa diorang bercakap dengan rakamn suara yang diorang dengar semula, berbeza tak? Ye lah, takut jugak kalo kita je rasa suara kita lain. Bimbang ada penyakit peti suara ke, haha! Rupa-rupanya diorang pun sama jugak macam ciksun. Realitinya memang suara kita dalam rakaman adalah berbeza dengan suara yang kita dengar bila bercakap.

Kenapa jadi macam ni?

Ciksun kongsikan penerangan dari Siakap Keli ni ekkk.

Sebenarnya, apa yang membuatkan rakaman suara dan suara asal kita begitu berbeza adalah kerana kita mendengar suara kita sendiri dengan dua cara yang berlainan.
  1. Cara yang pertama, kita mendengar melalui getaran gelombang bunyi yang memukul gegendang telinga ketika bercakap. Dalam masa yang sama, kita turut merasai getaran yang terhasil oleh pita suara yang bergerak melalui kepala. Malah, tulang dalam tubuh badan kita sebenarnya turut mempengaruhi. Tulang akan menghasilkan getaran berfrekuensi rendah dan mengakibatkan suara kita terdengar lebih rendah berbanding suara asal.
  2. Cara yang kedua adalah melalui rakaman suara, dan ini adalah suara sebenar kita. Kalau tak nak rakam, cuba tutup telinga kiri dan bercakap. Haa, itu la suara korang yang sebenar-benarnya. Kedengaran lucu macam suara orang lain yang tak dikenali, tapi itu lah kebenarannya dan apa yang orang lain dengar bila korang bercakap.

Erghhh, tak suka suara sendiri! Haha!

Tapi tetap bersyukur sebab boleh bersuara. Alhamdulillah!

Post a Comment

2 Comments

  1. bila nyanyi rasa macam sedap, bila dengar yg rakam suara sendiri habis sumbang.. itu sebab malu nak rakam suara sendiri..syok sendiri bolehlah..hahaha

    ReplyDelete
  2. Tertarik dengan tajuk. Baru tahu suara yang kita dengar berbeza.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com