Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Itu HAARP dan Apa Kaitannya Dengan Gempa Bumi Turkiye dan Syria?

Apa Itu HAARP dan Apa Kaitannya Dengan Gempa Bumi Turkiye dan Syria? | Al-Fatihah untuk seluruh rakyat Turkiye dan Syria atas bencana yang menimpa negara mereka semalam. Satu dunia digemparkan dengan berita gempa bumi mencecah 7.8 skala ritcher. Lebih 3,000 mangsa ditemui meninggal dunia di Turkiye, manakala lebih kurang 1,600 mangsa meninggal dunia di Syria, menjadikan jumlah kematian akibat gempa bumi ni melebihi angka 5,000 orang.

Apa Itu HAARP dan Apa Kaitannya Dengan Gempa Bumi Turkiye dan Syria?
Operasi SAR sekitar runtuhan bangunan di Gaziantep. Gambar: Anadolu Agency/Getty Images

Dikhabarkan, gempa bumi yang berlaku pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan tu adalah yang paling buruk berlaku semenjak gempa pada tahun 1939. Kesannya, banyak bangunan yang runtuh dan mangsa terperangkap ketika masih tidur di dalam rumah. Turkiye sebenarnya berada dalam zon gempa bumi paling aktif di dunia, tapi lebih dua abad dah tak berlaku gempa bumi, mungkin menjadi antara faktor yang menyebabkan orang ramai tak mengambil berat akan bahayanya. Bila tengok video kat TikTok pun, kita boleh nampak struktur bangunan kat sana agak lemah dan tak cukup kuat untuk kawasan yang terdedah kepada gempa bumi. Wallahua'lam.

Anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah dihantar ke Turkiye bagi membantu dalam operasi SAR mangsa gempa bumi kat sana. Bila berlaku kejadian runtuhan macam ni, terus teringat tragedi di Batang Kali dulu. Terus terfikir mesti ada anjing K9 yang digunakan untuk mengesan mangsa bawah runtuhan. Dengan angka mangsa melebihi 24,000 dan hampir 6,000 bangunan yang runtuh, pasti mengambil masa yang agak lama untuk operasi ni, serta memerlukan bantuan dari seluruh dunia. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan mereka nanti. Insya'Allah.

Live Update operasi SAR Turkiye dan Syria: The Guardian

Dan netizen jugak mula bercakap-cakap tentang kemungkinan benda lain yang mencetuskan gempa bumi ni. Sampai kecoh kat twitter jugak, mungkin gempa bumi ni adalah buatan manusia dan kesan daripada teknologi HAARP.

Apa itu HAARP?

Akronim untuk program penyelidikan auroral aktif frekuensi tinggi, atau dalam bahasa Inggerisnya High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP) merupakan  projek penyelidikan yang dikendalikan oleh Tentera Udara AS dan Tentera Laut dari tahun 1990 hingga 2014 sebelum diserahkan kepada Universiti Alaska Fairbanks pada tahun 2015. Projek penyelidikan HAARP menganalisis lapisan ionosfera bumi, dan dikatakan berupaya mencetuskan banjir, taufan, gempa bumi, ribut petir dan lain-lain. 

Spekulasi HAARP menyebabkan gempa bumi di Turkiye disebabkan ada yang merakam sambaran kilat beberapa detik sebelum gempa bermula. Katanya, cahaya biru macam tu tak biasa dilihat sebelum berlakunya gempa bumi, tetapi selalu berlaku dalam operasi HAARP. Bukan kali ni aje orang cakap macam tu, dulu gempa bumi tahun 2010 yang melibatkan Haiti pun orang spekulasikan mungkin juga teknologi HAARP.

Apa Itu HAARP dan Apa Kaitannya Dengan Gempa Bumi Turkiye dan Syria?
Cahaya biru di langit beberapa detik sebelum gempa bumi bermula. Gambar: Twitter

Dikatakan bahawa semua ni berlaku selepas saja Turkiye mengumumkan nak keluar daripada North Atlantic Treaty Organization (NATO) serta menghalang kemasukan Finland dan Sweden ke dalam NATO. Sebab tu la NATO or AS serang Turkiye dengan HAARP. Katanya lah. Itu pun, tak semua orang bersetuju dengan spekulasi HAARP ni. Ada juga yang cakap memang ada je gempa bumi yang berlaku selepas atau seiring dengan pancaran kilat kat tempat lain selain daripada Turkiye.

Cahaya Gempa Bumi

Cahaya gempa bumi (EQL) ialah fenomena langit bercahaya yang dilaporkan muncul berhampiran kawasan tekanan tektonik, aktiviti seismik atau letusan gunung berapi. Belum ada lagi konsensus yang luas tentang punca atau fenomena yang terlibat. Fenomena ni berbeza daripada gangguan kepada grid elektrik - seperti arcing power lines - yang boleh menghasilkan kilatan terang akibat gegaran tanah atau keadaan cuaca yang berbahaya.

Fenomena langit bercahaya sebelum atau semasa gempa bumi ni dah banyak berlaku sebelum ni, contohnya ketika gempa 869 Sanriku di Nihon Sandai Jitsuroku dan di Kalapana pada tahun 1975. Cahaya nya dilaporkan kelihatan seakan-akan aurora, dengan warna putih hingga kebiruan, tetapi kadangkala dengan spektrum warna yang lebih luas. Kilauan dilaporkan boleh dilihat selama beberapa saat, tetapi juga telah dilaporkan bertahan selama berpuluh-puluh minit. Anggaran jarak cahaya gempa yang boleh dilihat dari pusat gempa pulak berbeza-beza. Pada gempa bumi Idu 1930, cahaya dilaporkan sehingga 70 batu (110 km) dari pusat gempa, manakala ketika gempa bumi di Sichuan pada tahun 2008, cahay gempa dilihat di Tianshui, Gansu, kira-kira 400 kilometer (250 batu) dari pusat gempa.

Korang boleh baca lebih lanjut dekat Wikipedia.

Doa Untuk Turkiye dan Syria

Mari sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi kat Turkiye dan Syria. Moga diberi kekuatan dan ketabahan juga kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ada melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan susulan bencana gempa bumi di selatan Turki dan utara Syria.

Doa Untuk Turkiye dan Syria

Korang boleh salurkan sumbangan ke:
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Maybank
562263540066

Post a Comment

11 Comments

  1. Semoga urusan mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria berjalan lancar. Syukur negara kita sik berada dalam lingkaran gempa bumi.

    ReplyDelete
  2. Innalillah & takziah kepada Turkiye. Sedih sebab ramai sangat angka korban 😩.

    ReplyDelete
  3. Ujian sungguh buat mereka.. Allahuakbar... Harap dipermudahkan kesemua urusan mereka...

    ReplyDelete
  4. wak pun risau gempabumi baru je smlm kat jakarta nih., huhuhu

    ReplyDelete
  5. semoga kerja kerja mencari dan menyelamat berjalan lancar serta tiada gempa susulan lagi

    ReplyDelete
  6. dah 84 tahun mereka tak pernah di landa gempa bumi, mesti tak sangka akan kene lagi kan. Ya masa tengok tu pun ya Allah, seram dan kesian betul. Moga rakyat turkiye dan syria semua diberi kekuatan, dan banyak negara yang datang membantu

    ReplyDelete
  7. Sedih negok anak- anak kecil terperangkap...innocent jer muka diorang..nanhgis pun tak...paling sedih jumpa baby tu...semoga dipermudahkan untuk mereka semua...

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar..memang sayu sgt tgk & baca pasal gempa bumi ni.. moga Allah permudahkan urusan mereka kat sana & moga mereka semua kuat utk hadapi ujian Allah ni.. Al fatihah

    ReplyDelete
  9. kita semua rasa sedih dan simpati dengan keadaan gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria...berat ujian untuk mereka yang masih hidup dan mati syahid kepada mereka yang terkorban

    ReplyDelete
  10. Moga Allah memelihara saudara kita di sana.. Aamin

    ReplyDelete
  11. Macam2 rumor konspirasi ini Yaa 😔. Ntahlah mana yg benar. Yang pastinya, ikut sedih dengan bencana yang terjadi di Turkiye. Tak bisa bayangkan tengah tidur dan kemudian gedung runtuh sekejab 😭

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com