Geng Makan-makan Bufet Ramadan 2023 | Haha, rasa macam banyak bebenor gambar dengan geng makan-makan bulan ni. Boleh dikatakan hampir setiap hari bermula dari pertengahan Februari, kitorang gi review makan-makan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba. Ni nanti penuh sampai bulan depan, Allahu. Ada rakan media yang dah burn out juga sampai kena take a short break. Ciksun pun bangun pagi ni rasa lemau sangat. Rasa macam penat. Mungkin dah kena bersenam untuk ringankan badan lepas makan banyak sangat daging kambing 😂
Ni la antara geng makan-makan review bufet Ramadan bulan ni. Ada jugak yang bukan bufet Ramadan, makan-makan kat restoran dalam satu dua. Geng menambah lemak sama-sama, geng gelisah nak kurus sama-sama jugak. Hahaha! Mostly ahli JDT Blogger, JOCOM dan juga kawan-kawan memasing. Housemates ciksun pun memainkan peranan penting jadi peneman dan tolong amek gambar ciksun bila takde rakan media lain.
Petang ni ada review lagi, korang bertabah je lah ye baca entri pasal bufet Ramadan je bulan ni kat blog ciksun. Mekasih untuk yang masih setia datang tengok gambar makanan dan komen-komen. Moga Allah murahkan lagi rezeki korang, ada masa ciksun balas balik blogwalking ya!
3 Comments
Hehe penat juga ya makan. Itulah tengok macam-macam makanan.
ReplyDeleteuntungnye dpt makan buffet kat byk2 hotel ., free fulak tuuh., hehe
ReplyDeleteMemang boleh burn out jika terlalu banyak, itulah yg pernah dialami, tu belum dengan syndrom writers block lagi tu.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com