Bufet Ramadan 2023 - Juadah Big Box @ Sunway Hotel Big Box | Kalau tahun lepas, ciksun suka sangat Kambing Golek kat sini, tahun ni pun sama! Hirisan Kambing Golek nya tu garing di luar, cair dalam mulut. Mungkin juga dipengaruhi oleh bahagian daging yang ciksun pilih dari atas Nasi Briyani yang dihidangkan. Bahagian lain mungkin tak sama, kan? Executive Chef dah bertukar, resepi Kambing Golek juga berbeza, tapi tetap maintan kesedapan ketara, lain dari yang lain.
Dengan tema yang sama macam tahun lepas, Juadah Big Box, korang boleh berbuka puasa kat Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box ni pada bulan Ramadan nanti bermula dari 25 Mac hingga 20 April 2023. Menariknya, diorang ada serve durian fresh start dari pukul 8 malam ke atas, tau. So, lepas berbuka and solat Maghrib, boleh la para peminat durian menikmati keenakan raja segala buah ni 🤭
Selain daripada Kambing Golek tadi, jangan lupa cuba juga menu-menu live action stalls tepi swimming pool: Asam Pedas Ikan Siakap, Shell Out, Mee Goreng Mamak, Sup Tulang Gearbox, Sup Kambing, Satay Ayam dan Daging, juga aneka Goreng-gorengan. Kat bahagian dalam Pendas Cafe pulak ada Roti Jala dengan Kari Ayam, Roti John, Murtabak, Roti Canai, Puyuh Goreng, Baby Crab Goreng, pelbagai lauk-pauk tempatan, termasuklah Telur Itik Masak Lemak, Patin Tempoyak, Kari Ikan Tenggiri, Ayam Masak Lemak, Udang Goreng Kunyit, aneka Kerabu, Salad, ABC, juga Kuih-Muih.
Menu-menu ni nanti akan rotate setiap hari, supaya korang boleh datang sini banyak kali. Haa tiberr! Lagi special, diorang ada serve aiskrim Baskin Robbin jugak. Fuhhh, puas hati dapat makan berjenis-jenis. Dia punya Omachi tu pun ciksun suka, inti kacang. Kalau korang suka inti kacang, boleh geng dengan ciksun. Hihi. Korang boleh tengok gambar-gambar menu yang lain dekat FB page Blog Sunah Sakura ek!
Bufet Ramadan 2023 - Juadah Big Box
📍 Pendas Cafe, Sunway Hotel Big Box
🗓️ 25 Mac - 20 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00pm
🕊️ Harga Early Bird (Beli dari 22 Februari - 22 Mac 2023)
RM118 nett per Dewasa
RM59 nett per Kekanak (6-12 tahun)
💸 Harga Biasa
RM138 nett per Dewasa
RM69 nett per Kekanak (6-12 tahun)
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi:
📞 Fara 011-2165 5355
📱 Pendas Direct Line 019-2334738
📧 sbbh.enquiry@sunwayhotels.com
2 Comments
Tataw kenapa kalau buka puasa aje nak makan kambing golek ek.
ReplyDeleteAda sedia durian. Kelainan itu jarang hotel mahu hidang waktu buka puasa.
ReplyDeleteAiskrim pun istimewa juga.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com