Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Berbuka Puasa dengan Bufet Citarasa Warisan Johor @ St. Giles Southkey, Johor Bahru

Jom Berbuka Puasa dengan Bufet Citarasa Warisan Johor @ St. Giles Southkey, Johor Bahru | Kalau korang suka Sup Kambing Berempah, ciksun nak rekemen sangat-sangat korang try menu bufet Citarasa Warisan Johor pada bulan puasa nanti dekat St. Giles Southkey, Johor Bahru ni. Serius paling sedap setakat ni ciksun pernah try. Rasa macam tak cukup semangkuk, kongsi bertiga. Kena amek sorang semangkuk lain kali. Haha!

Untuk bulan Ramadan yang akan datang ni, diorang bawak tema Citarasa Warisan Johor. Lebih 300 hidangan disediakan untuk para pengunjung yang datang iftar dekat sini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Wajib korang cuba kat sini selain daripada Sup Kambing Berempah tadi adalah Kambing Panggang Arab, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Sayur Goreng Jawa, Kari Kepala Ikan, Ayam Perchik Chaah, Arabic Kebab, Sushi dan Sashimi, Seafood on Ice, aneka Kerabu, Ulam-ulaman, Dimsum, Ikan dan Sotong Bakar, Bubur Lambuk, Laksa Nyonya, Durian Goreng serta banyak lagi!

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Masa ciksun pergi preview hari tu, diorang hidangkan Kambing Panggang Arab tu bersama dengan Nasi Tomato. Boleh tahan sedap juga Kambing Panggang tu, tapi Sup Kambing kat perenggan pertama tetap nombor satu! 😆 Asam Pedas Ikan Tenggiri dengan Kari Kepala Ikan dia antara menu yang ciksun rekemen kalo korang datang sini nanti. Cukup rasa dan buat kita nak tambah lagi. Padahal ciksun bukan laj penggemar bahagian kepala ikan, tapi terlampau sedap pulak kari dia sampai licin isi kat kepala ikan tu ciksun korek. Haha!

Ciksun share beberapa keping gambar untuk tatapan korang ek! Kalau nak tengok lagi banyak gambar, boleh ke FB page Blog Sunah Sakura.

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2023 at St. Giles Southkey, Johor Bahru

Kat sini, pencuci mulutnya memang meriah dengan kek slice yang besar-besar tu. Kek potong segiempat-segiempat bite size pun ada jugak kalo korang takut tak habis makan yang saiz besar. Ada Kuih Koci jugak, tapi ciksun tak sempat nak rasa. Lepas solat Maghrib, da licin dulang Kuih Koci tu. Sedap la agaknya, kan! Hihi. Sushi station pun antara bahagian popular kat sini, maybe memang kekuatan St. Giles Southkey ni dekat sushi agaknya. Dengan pilihan sushi, sashimi dan plating dia yang menarik, buat orang datang serbu sushi dulu.

Sesambil menjamu selera, telinga korang juga akan dijamu dengan persembahan muzik angklung. Untuk tunaikan solat, korang boleh ke surau di tingkat 7. Berapa harga voucher bufet ni?

Bufet Citarasa Warisan Johor
📍Causeway Cafe, St. Giles Southkey, Johor Bahru
(parking dekat basement The Mall, Mid Valley Southkey dan cari signboard ke arah Lobby Lift St. Giles Hotel)

📆 23 Mac - 21 April 2023
🕡 6.30pm - 10.30pm

👨👩 RM188 nett per Dewasa
👦👧 RM94 nett per Kekanak

20% OFF untuk Early Bird (beli awal sehingga 13 Mac 2023)

Pembelian selepas 14 Mac 2023
Nikmati diskaun 15% untuk jumlah bil (minimum 10 pax)
atau
Nikmati potongan 10% bagi pengguna Maybank Debit & Credit Card

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
📧 fnb.skjb@stgiles-hotels.com
*T&C apply

Post a Comment

2 Comments

  1. Aduhaiii...sedapnya tengok gambar2 makanan tu semua...nak pindah JB la..bleh join food review kat sana...hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com