Ticker

6/recent/ticker-posts

Bufet Ramadan 2023 - Rentak Selera @ Hard Rock Hotel Desaru Coast

Bufet Ramadan 2023 - Rentak Selera @ Hard Rock Hotel Desaru Coast | Walaupun jauh perjalanannya dan kena bayar tol bila naik highway Senai-Desaru, tapi kalau ada rezeki memang akan datang juga berbuka puasa kat sini. Bukan apa, suka suasana berbukanya yang santai-santai, makanan pun not bad, ada macam-macam pilihan. Bukan saje sedap, kekadang ada menu yang unik lain dari yang lain. Tahun ni, ada Executive Chef yang baru mengetuai team kulinari kat Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC) ni, Executive Chef Halim Chek Lah. Sebelum ni berkhidmat di The Westin KL, sekarang beliau berkongsi rasa pulak di HRHDC.

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Tema bufet makan malam pada bulan Ramadan tahun ni diberi nama "Rentak Selera", sesuai dengan imej HRH lah kannnn yang sinonim dengan muzik. Executive Chef Halim cakap, tahun ni diorang bawakan lebih banyak live stations yang akan dikendalikan oleh chef khas yang pakar dalam menu signature masing-masing. Dengan cara ni, pengunjung yang datang berbuka puasa bukan aje boleh rasa air tangan chef-chef hebat kat sini, malah boleh berinteraksi dengan chef dan tanya lebih lanjut tentang menu yang disediakan.

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Contohnya ciksun tertarik dengan signature Tacos/Quesadillas dari Chef Junaidee ni. Nampak simple dan mudah aje penyediaannya, tapi bila makan tu woww sedap gilaaa! Menu ni dihidangkan dekat restoran The Elephant & The Butterfly diorang. So, kalau rasa lepas ni teringin nak makan Quesadillas sedap gini, boleh la menyinggah ke restoran yang satu lagi tu, kannn! Selain daripada tu, ada juga live station:
  • Belanga Panas by Chef Shaiful - Bubur Lambuk dan Sup Kawah
  • Biryani & Panggangan Membara by Chef Imraan dan Chef Erman - Signature Biryani, Kambing Golek, Lamb Shank, dan Ayam Bakar Madu Tiga
  • Dapur Tempayan by Chef Qasim - Chicken Tandoori, Naan, Murtabak dan Roti Canai
  • Kuali Terbalik by Chef Khairul - Fried Kway Teow dan Signature Mee Goreng Mamak
  • Telaga Warisan by Johnny & Friends - Aneka Air Balang Viral

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Haa semua ni ada kat bahagian live stations depan restoran Sessions, kecuali Dapur Tempayan tu je dalam restoran. Siap ada menu Kacang Pool jugak dekat Dapur Tempayan tu. Chef Qasim akan bakar Roti Naan on the spot, so korang boleh makan fresh from tempayan ye! Kat bahagian dalam restoran jugak ada barisan lauk-pauk tempatan dan menu antarabangsa seperti Asam Pedas Ekor, Puyuh Masak Lemak, Chilli Crab, Mac n Cheese, Labu Masak Lemak Putih, Short Ribs (ciksun tak ingat nama masakan dia tapi sedap!), Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato, dan banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Buffet Ramadhan 2023 di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Turut dihidangkan adalah Lemang dan Ketupat, Satay, Sashimi, Symphony Seafood on Ice, aneka Kerabu, Jeruk Asia, Sambal dan Rojak, pelbagai jenis Kuih-muih juga Pencuci Mulut. Oh, ada Pasta station jugak dekat dengan Dapur Tempayan station kat dalam tu kalau korang nak try Pasta yang lain, chef akan masak on the spot ikut ramuan yang korang pilih. Lagi gambar menu yang lain, korang boleh belek aje kat page FB Blog Sunah Sakura ek!

So, book la cecepat bermula dari 1 Mac yeee, lebih 500 seats available dan akan ada live acoustic performances sepanjang korang berbuka puasa kat sini nanti.

🎸 Rentak Selera Dinner Buffet
📍 Sessions Restaurant, Hard Rock Hotel Desaru Coast

🗓️ 24 Mac - 22 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00 pm

🕊️ Harga Early Bird:
(Pembelian dari 1 - 23 Mac 2023)
RM128 per Dewasa
RM64 per Kekanak

✨ Tawaran Istimewa Book & Dine:
(Book, Bayar dan Dine In hanya dari 24 - 31 Mac 2023)
RM88 per Dewasa
RM44 per Kekanak

💸 Harga Biasa:
RM138 per Dewasa
RM69 per Kekanak

🤘🏻Istimewa Tempahan Berkumpulan:
10% OFF Normal Price
(Minimum 30 pax)

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
Call +607-838 8888
Email fnb.reservation@hrhdesaru.com

Post a Comment

2 Comments

  1. jauh juak mun mok pegi sungkey siya hehe. tapi mesti sidak keja pengerang akan selalu molah aktiviti sungkey di hard rock desaru nun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, benar ya...mun da dekat area sinun, boleh la sungkey kat sitok kannn

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com