Bufet Ramadan 2023 - Gurindam Asia @ Amari Johor Bahru | Meriahhhh! Kalau diminta satu perkataan untuk describe preview buffet dinner dekat Amari Johor Bahru hari tu, tu lah yang ciksun akan sebut. Rasa macam raya gathering pun ado! Eh, puasa pun belom, tiberr dah raya kat sini! 😆
Gurindam Asia tema bufet makan malam untuk bulan Ramadan kat sini tahun ni. Penuh satu Amaya Food Gallery tu dengan menu-menu tempatan dan juga menu nusantara untuk korang berbuka puasa kat sini nanti. Paling menarik, siap ada Thai corner kat satu penjuru belakang restoran, buat kita rasa macam tengah order makanan dekat Floating Market, Hatyai, sebab Chef Jakranee Kalapen (Amari's Thai specialist chef) duduk bersimpuh untuk menyediakan menu yang kita pilih. Beef Noodle, Pulut Mangga, Amari Signature Songtam, dan Thai Chicken Red Curry adalah menu pilihan ciksun kat Thai corner ni. Serius sedap gilaaaa Thai Beef Noodle dia!
Selain daripada tarikan yang ni, korang kena jugak pergi dekat main course counter diorang. Ada dihidangkan dekat sini Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol Pantai Timur, Gulai Kawah Terengganu, Ayam Perchik Kelantan, Minangkabau Masak Lemak Daging Salai (sedapnya weiiiii), Lemang dengan aneka Serunding dan Bubur Lambuk. Aaaa, suka sangat ciksun sebab dah lama teringin nak makan Nasi Dagang. Rasanya last ciksun makan Nasi Dagang adalah yang suami ciksun masak kat kampung. Rindu betul dengan kesedapannya. Dapat la lepaskan rindu kat sini haaa.
Then, ada jugak Harissa Marinated Australian Whole Lamb, Nasi Briyani dengan Daging Briyani, Murtabak, Tosei, dan Roti Canai, Ikan Bakar, Sotong Bakar, Kambing Gearbox Singapore, Penang Char Kuey Teow, aneka Kek dan Kuih-muih, Mee Rebus, Laksa Johor, Serawa Durian, Pengat Pisang, serta banyakkk lagi menanti uols kat sini! Oh, Onde-onde kat sini wajib cuba kalo ada dihidangkan, sebab diorang fusionkan dengan parutan Parmesan Cheese. Uihhh sedap sangat, serius lain dari yang lain! Goreng Pisang dengan Mozzarella Cheese pun ade yeee!
Masa ciksun pergi preview hari tu, siap ada persembahan dari 10Papers Band. Masa bulan Ramadan nanti pun diorang akan buat live show kat sini. Cuma masa ciksun pergi hari tu ada extra sikit la untuk pelancaran bufet Gurindam Asia ni sebab siap ada persembahan tarian dari Tari Aliff Johor Bahru, pukulan drum dari Drum Up JB, juga fashion show dari Wajie Ibrahim. Haa, sebab tu la jadi meriahhhhh! Hihi. Full house Amaya Food Gallery malam tu! Kalau korang nak tengok gambar-gambar lain malam tu, boleh belek dekat FB page Blog Sunah Sakura ya!
Berapa harga voucher?
Gurindam Asia Buffet
📍Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru
dengan persembahan dari 10Papers Band
🗓️ 24 Mac - 20 April 2023
⏰ 6.30pm – 10.00pm
RM178 nett per Dewasa
RM158 nett per Warga Emas
RM88 nett per Kekanak
Early Bird (sebelum 15 Mac 2023):
Beli 5 PERCUMA 1
Selepas 15 Mac 2023:
Beli 7 PERCUMA 1
Cabutan bertuah sehingga RM50,000 turut menanti pengunjung yang datang iftar kat sini nanti.
Spin the weel sekali putar untuk setiap pembelian baucar bufet bernilai RM2,000 dengan peluang memenangi baucar bernilai RM50 hingga RM500 untuk Amaya Food Gallery, Breeze Spa, penginapan hotel atau acara.
WA: +601128787720
Email: festive.johorbahru@amari.com
1 Comments
Meriahnya juadah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com