Spring Into Abundance - Chinese New Year Themed Buffet di Doubletree by
Hilton, Johor Bahru | Dah nak seminggu bulan Januari pada tahun yang baru. Bila masuk aje tahun
baru, mesti banyak promosi sempena Tahun Baru Cina bagai cendawan tumbuh lepas
hujan. Bulan ni, tanggal 21 Januari 2023, masyarakat Cina akan meraikan tahun
baru, tahun Arnab pulak. Tahun kelahiran ciksun kalau dalam kalendar lunar
Cina.
Antara promosi CNY yang ciksun nampak kat Johor Bahru ni, buffet hotel lah
yang banyak menonjol bila CNY dah nak dekat. Salah satu yang ciksun dah pergi
cuba adalah di Doubletree by Hilton, Johor Bahru. Diorang ada buat banyak juga
pakej sempena CNY, termasuklah Weekday Prosperity Dinner, Chinese New Year Eve
& Day Dinner, dan Chinese New Year High-Tea.
First time ciksun try Bak Kwa. EH, jangan salah faham! Kat sini, Bak Kwa nya
diperbuat daripada isi ayam. Jadi, ianya halalan toyyiban, dan dipanggil
sebagai Chicken Bak Kwa. Sedap rasa dia macam sate ikan yang cucuk bulat-bulat
nipis-nipis tu. Lagi menu yang bertemakan CNY adalah Treasure Pot, Salmon Yee
Sang, Oyster Omelette, Hot Pot Sour Soup dan Double Boiled Fish Maw Soup with
Black Fungus & Red Dates.
Yee Sang tu korang boleh request delivery/takeaway jugak, rega bermula dari
RM138. Ada empat jenis Yee Sang yang korang boleh pilih, dari 15 Januari
sampai 5 Februari 2023:-
- Jade Shell Yee Sang – RM138 nett
- Jellyfish Yee Sang – RM148 nett
- Salmon Yee Sang – RM178 nett
- Smoked Salmon Yee Sang – RM158 nett
Selain menu makanan Cina, ada banyakkk juga menu tempatan yang lain dan
menu-menu antarabangsa. Korang kena cuba Salmon dan Beef Wellington, Smoked
Duck Salad, Lamb Osso Bucco, Roasted Lamb Leg dan macam-macam lagi! Semua yang
ciksun senaraikan tu sedap-sedappppp!
Diorang jugak ada buat Afternoon High-Tea Set sampai hujung Februari nanti.
Specialnya, korang boleh takeaway jugak High-Tea ni untuk makan dekat rumah
dengan family or bawak gik picnic kee dengan member. Harga untuk dine in
dengan untuk takeaway sama aje, RM88nett. Ok lah kan? Lagi banyak gambar menu
untuk CNY-themed buffet kat Doubletree by Hilton JB ni korang boleh belek
dekat page
Sunah Sakura Blog
ya!
Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh terus ke website khas diorang
sempena
Spring Into Abundance
promo. Ada pakej Buy 4 Free 1, Buy 5 Free 1 dan Buy 7 Free 1 yeee! Kalo nak
makan dinner weekdays biasa, ada jugak pakej Buy 3 Free 1 untuk
Epicurean Journey Buffet Dinner.
Lagi info lanjut tentang promo di Doubletree by Hilton, Johor Bahru:
Untuk tempahan berkumpulan, 30 orang ke atas, hubungi:
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com