Penghujung Tahun 2022, Luangkan Masa Dengan Anak-anak Buah | Ni cerita hujung tahun lepas. Da seminggu berlalu, baru ada masa nak kongsi dekat sini. Plan last minute, betul-betul sehari sebelum bertolak, ciksun beli tiket bas. Mujur ada kosong lagi. Itu pun ikutkan ciksun nak balik terus hari Khamis 29 Disember tu tapi kesian pulak nanti adik ciksun nak kena ambil dah lewat malam. So, ciksun beli tiket hari Jumaat petang, sampai Shah Alam dah malam, adik pun dah balik dari kerja kan time tu.
Bertolak dari Larkin pukul 4.40 petang, bas berhenti banyak tempat juga, sampai Terminal 17 Shah Alam dalam pukul 9.53 malam. Adik ipar dengan anak buah ciksun datang ambik. Adik ciksun tak ikut sebab dak Sarah dah tidur time tu, tak sampai hati nak kejut. Dari terminal tu nak ke rumah adik dalam 15 minit aje. Sampai rumah adik, kitorang makan burger dulu. Then bagi colouring book dekat Aisyah, binokular dekat Sarah, LEGO Panda, dan macam-macam mainan lagi. Haha.
Malam tu sampai ke malam last ciksun kat Shah Alam, dak Aisyah tidur dengan ciksun. Kih kih. Memula dia tak nak, tapi ciksun pujuk dia, "Aisyah kan kakak, dah besar..nanti adik Ayub dah keluar, nak tido bilik ibu dah tak muat dah." Kononnya kena belajar dari sekarang tido bilik lain, nanti adik Ayub keluar dah pandai dah tido sendiri. Haha. Nah ciksun share gambo je la aktiviti kami.
|
First time sampai Terminal Seksyen 17, Shah Alam. |
|
Pagi-pagi dah ajak colour, setiap hari pun ajak colour..hahaha!!! |
|
Sedap, banyak pilihan. Recommended makan kat sini. Harga pun berpatutan. |
|
Ibu bawak Aisyah Sarah pergi main dekat Kidzoona, Central i-City, Shah Alam. |
|
Syok betul budak-budak ni main, tak puas dua jam je. Lepas ni pergi lagi, kita main 3 jam, ok! |
|
2 jam je kat Kidzoona tadi sebab dah janji nak jumpa Tie Ya diorang dekat 4Fingers, Tie Ya part time kat sini. Tie Ya ni sepupu kitorang, anak mak ngah yang tengah belajar dekat UiTM Shah Alam. |
|
Nak keluar Kidzoona tadi bunda janji belikan aiskrim, so diorang tuntut aiskrim kat A&W, bawak makan 4Fingers. Nasib baik Tie Ya korang kerja sini. Hahaha! |
|
1 Januari 2023, Wisma JAKEL Seksyen 7 Shah Alam terbakar awal pagi. Time ni pukul 3.30 petang, masih belum selesai padamkan api. |
|
Petang 1 Januari ciksun drive gi KL jumpa suami. Ikut dia pergi hiking Bukit Kerinchi sebab nak jumpa Marshmallow, anjing viral yang jadi penjaga bukit ni, ditinggalkan oleh tuannya. Dah berisi dah Mallow, compared dengan hari pertama suami jumpa, kurus kering nampak rangka. Dia dah kenal suami, manja sangat budaknya. Semalam suami buat live TikTok, pergi jumpa Mallow lepas 4 hari tak bersua, kemain menyalak dia sebab rindukan suami. |
|
Lepas hiking, gi minum petang kejap kat sini. Hujan lebat turun. Lepas hujan redha, hantar suami balik Inwoods. |
|
2 Januari, gi lunch kat Restoran Jelita sebelum naik bas balik Skudai. |
|
Ermm, ni set RM100 untuk 4 orang makan. Ciput nau ikan siakap tu 😂 |
|
Bas dari Terminal 17, pergi TBS dulu, lalu pulak sini. Snap gambar bagi kat suami, sebab bangunan tinggi seketul tu kondo dia duduk dengan kawan dia 😂 |
Ciksun sampai Skudai lepas Maghrib, pukul 7.30 gitu. Kak Ajan ambik ciksun dekat bustop Taman Sri Puteri.
Alhamdulillah atas segala ruang dan masa yang Allah berikan untuk ciksun jumpa anak-anak buah dan suami walau sekejap. Rindu pada keluarga, tak dapat balik Sarawak, bersua dengan yang dekat ni pun dah rasa syukur sangat. Adik ciksun tu pun dah nak bersalin dah tu tak lama lagi. Mohon doa semua agar dipermudahkan urusan adik melahirkan anak ketiga dia nanti. Ameen!
2 Comments
Budak2 tu, nampak iras Cik Sun ya. Kesian Marshmellow, semoga dia sihat2 saja kat situ.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Best kan spend time dengan budak-budak. Layan kerenah dia hilang kejap stress
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com