Sambut Tahun Baru Cina dengan Koleksi Terbaru Disney X HABIB: Puteri Mulan | HABIB lancar Syiling Wafer Emas 999.9 versi Mulan, iaitu koleksi kedua dari Koleksi Disney x HABIB Ultimate Disney Princess. Dilancarkan secara eksklusif untuk menyambut Tahun Baru Cina, koleksi ini didatangi dengan dua rekaan yang unik serta menampilkan karakter-karakter ikonik dari filem kesukaan ramai itu.
Koleksi edisi terhad ini boleh dibeli secara berasingan ataupun set yang didatangi dengan bungkusan istimewa. Sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun angpao sempena menyambut Tahun Baru Cina. Selain itu, koleksi syiling wafer emas 999.9 merupakan alternatif terbaik dalam memupuk minat untuk menyimpan serta melabur dengan emas.
Rekaan koleksi ini diinspirasikan dari filem klasik Disney yang mengisahkan tentang Mulan, seorang gadis berani yang menggantikan tempat ayahnya dalam menjalani latihan ketenteraan. Kepintaran serta dorongan dari rakan-rakan seperjuangan serta peneman beliau iaitu Mushu si naga menjadi pendoman buat Mulan.
Semangat perjuangan serta kepimpinan, keyakinan, dan kecekalan Mulan dipertaruhkan dalam rekaan koleksi ini yang turut menekankan ciri-ciri personaliti beliau yang bersemangat dan berani. Bungkusan koleksi ini turut diindahi dengan petikan dialog popular dari filem tersebut.
Setiap Syiling Wafer Emas 999.9 ini dijual secara berasingan pada harga RM118. Lengkapkan set koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 anda dengan lebih banyak rekaan yang akan dilancar dari masa ke semasa berikutan usahasama antara Disney dan HABIB untuk koleksi Ultimate Princess Collection.
Koleksi edisi terhad ini boleh didapati di seluruh bilik pameran HABIB, laman sesawang rasmi HABIB serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
2 Comments
Cantikkk
ReplyDeleteHabib memang cantik design2 dia
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com