Ticker

6/recent/ticker-posts

Istighfar 1000 Kali Sehari

Istighfar 1000 Kali Sehari | Beberapa hari lepas, ciksun tertengok video Ustazah Asma Harun dekat TikTok. Ustazah berkongsi tentang istighfar 1000 kali sehari. Sesuatu yang kita nampak mudah, tapi tak semua amalkannya dengan konsisten. Istilah "astaghfirullahal'azim" bukan sesuatu yang asing di kalangan umat Islam. Satu istilah yang biasanya terkeluar dengan sendiri bila berlaku sesuatu kesilapan.

Istighfar 1000 Kali Sehari

Maksud Istighfar

Istighfar (Bahasa Arab: إستغفار)  umumnya bermaksud memohon ampunan atas segala dosa dengan azam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut. Dalam Islam, istighfar ialah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan daripada Allah SWT. Tindakan ini pada umumnya dilakukan dengan mengulangkan perkataan astaghfirullah (Bahasa Arab: أستغفر اللَّه), yang membawa maksud "Saya meminta keampunan Allah".

Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah SWT sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau juga ketika dia mahu membukti bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini.

Firman Allah SWT:

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat." (Surah al-Nasr: 3)

Manfaat Istighfar 1000 Kali Sehari

Kalau kita dah terbiasa beristighfar setiap hari sekurang-kurangnya sekali dua, apa kata upgrade amalan kita dengan istighfar sebanyak 1000 kali sehari pulak. Banyak sebenarnya manfaat istighfar hingga 1000 kali sehari ni. Antaranya adalah:
  1. Memberi rasa ketenangan dan kelegaan kepada hati.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  3. Mengusir fikiran dan niat jahat.
  4. Memberi kesedaran jika melakukan kejahatan.
  5. Melancarkan aktiviti seharian.
  6. Menguatkan iman.
  7. Mendapat keredhaan Allah SWT.

Cara Untuk Konsisten Istighfar 1000 Kali Sehari

Istighfar 200 kali setiap kali selepas solat Fardhu, insya'Allah jumlahnya akan menjadi 1000 kali selepas cukup 5 waktu solat.

Dengan ini, amalan solat fardhu juga turut terjaga.

Zikir Astaghfirullah 1000 Kali



Sumber:

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com