Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor | Dah beberapa kali jugak terdetik kat hati ni nak singgah restoran ni bila lalu Jalan Bertingkat Skudai. Tapi tak pernah kesampaian hasrat tu. Akhirnya hujung minggu lepas, ciksun jejak juga kaki kat Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni dengan kawan-kawan blogger. Alang-alang dah berjumpa reramai, kitorang celebrate sekali birthday Huda dan anaknya kak Hernee Nazir, dak Ilham Syamil. Birthday diorang beza sehari je, tapi banyak tahun. Haha. Birthday dak Syamil tu sama pulak dengan birthday adik lelaki ciksun kat Bintulu nun.

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Bagi yang tak tahu lokasinya, Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni letaknya bertentangan dengan bangunan MBIP lama kat Skudai tu. Area depan restoran ada jugak sedikit ruang kalo nak parking, tapi lebih baik ke lorong tepi restoran untuk parking kat area belakang. Ada parking luas kat belakang tu boleh muat lebih kurang 10 kereta dalam satu masa. Restoran ni bukak setiap hari Sabtu hingga Khamis, dari pukul 9 pagi sampai 7 petang. Kalo korang nampak shutter naik, and ada LED lip-lap kat pintu masuk, haaa bukak lah tu! Jangan ragu-ragu untuk singgah!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Restoran ni milik kak Nur dan suaminya. Dulu ciksun pernah dah order Kuih Koci dengan Durian Cream Puff dari kak Nur ni, guna runner untuk delivery ke rumah waktu PKP bulan Jun 2021. Sebulan lepas kena COVID-19 time tu, baru nak dapat balik deria rasa. Allahu, nikmat sungguh. Memang sedap sangat rasanya. Bila tahu kak Nur dah buka restoran pulak, tumpang gembira dengar berita usahawan berjaya. Suaminya berhenti kerja dalam bidang IT, then jadi barista rasmi dekat restoran ni. Masya Allah, hebat dedua ni!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Restoran pun lawa, dua tingkat. Belah bawah ada beberapa meja makan dan kerusi, kat belah atas ruang yang lebih santai dan peribadi. Kalau nak sewa tingkat atas ni untuk korang saje pun boleh, tanya aje diorang. Banyak port OOTD kat sini, in case nak bergambar saja-saja pun boleh, bagitau aje kat cashier masa korang datang tu, nak ambil gambar kat atas.

Ok, jom kita tengok pulak menu yang ada kat restoran ni. Ada banyak pilihan pembuka selera, menu sarapan pagi, makan tengahari, dan minum petang kat sini. Kalau nak makan malam awal sebelum pukul 7 petang pun boleh. Tapi in case korang nak request untuk buat dinner group selepas 7 malam, diorang accept jugak untuk minimum 10 pax. So, kalo nak sambut birthday belah malam, buat dinner kat sini pun boleh sangat!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Nasi Lemak Basmathi tu sedap gilerrr! Nasi lemaknya peroi, lembut dan beraroma. Dihidangkan dengan Sambal Udang, then korang boleh pilih nak lauk Daging Palembang, Ayam Rendang atau Ayam Goreng. Hari tu kitorang try Daging Palembang, boleh tahan sedap juga! Daging Palembang tu diorang ada buat jual secara frozen juga, tapi kena tanya dulu ada stok ke tak ya! Jangan terkejut, sini ada Burger Nasi Lemak juga! Guna Chicken Chop as patty, siap ada telur mata, sambal, hirisan timun, ikan bilis dan kacang goreng!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Set Chicken Chop dan Set Breakfast Ala Mokcik tu pun not bad. Ciksun suka rasa salad dia yang fresh, Croissant yang lembut dan kuah Chicken Chop yang menaikkan selera. Kat sini jugak korang boleh order Croissant yang dijenamakan menjadi Crosone Chicken Salted Egg kalau diorang ada buat masa korang datang tu. Pizza yang difusionkan jadi Pizza Otak-otak dan Pizza Shakshuka pun diorang ada in case korang rasa nak makan benda yang lain dari yang lain.

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Pembuka selera dia ada banyak gila pilihan, kitorang try Roti Mantou dengan Sambal Udang, Popiah Goreng D'Royal (guna resepi khas popiah goreng untuk Istana Johor) dan juga Shakshuka. Popiah tu pun ada jual yang frozen punya kalo korang dah jatuh hati bila makan kat situ. Haha! One day, ciksun nak pergi makan Roti Mantou tu dengan Kari Ayam pulak! Mesti lagi umpphhh!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Untuk dessert, kitorang potong kek birthday je! Kek Pecan Butterscotch ni sedap sangattt, light aje rasa kek dia, krim dia pun sedap tak terlalu manis. Korang boleh try pakej birthday kat sini, ada option untuk 2 pax dengan 4 pax.

RM60 - 2 pax
  • 2 main courses
  • 1 dessert
  • 1 jug Iced Lemon Tea
  • 1 sliced cake

RM120 - 4 pax
  • 4 main courses
  • 1 dessert
  • 1 jug Iced Lemon Tea
  • 1 cake of 6"

Kalau nak air lain, boleh je order sebab kopi kat sini sedapppp! Rugi tak cuba!

Jom Sambut Birthday Dekat Dapo Mokcik Kopi Pokcik, Skudai Johor

Ciksun try Biscoff Cheesecake Frappe, sedappppp weiiii! Recommended sangat untuk penggemar keju dan kek keju Biscoff tentunya! Kawan-kawan order Latte, Strawberry Cheesecake Frappe dan Chocolate Frappe. Semua pun cakap sedap dan suka dengan minuman memasing. Oh, diorang ada jugak buat BBQ dengan harga RM60 per pax, untuk info lebih lanjut korang terus hubungi aje diorang ya!

Dapo Mokcik Kopi Pokcik
56, Jalan Skudai, Kampung Baru Skudai, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi:
Sabtu - Khamis | 9 pagi - 7 petang
Jumaat TUTUP

Whatsapp:


Post a Comment

8 Comments

  1. Hari tu dah sambut birthday Iman kat sini. Nanti nak buat birthday mak pulak, sebab mak suka tempat ni.

    ReplyDelete
  2. Catchy nama kedei tok... menu pun best

    ReplyDelete
  3. Best2 menu di siya. Bila la mok turun JB agik tok huhu...

    ReplyDelete
  4. Tapi signboard luarnya tulis PAKCIK MAKCIK kan?

    ReplyDelete
  5. Sampai juga ko, aku dah berapa kali Mokcik ajak singgah, tak sampai-sampai hahahaha

    ReplyDelete
  6. nice...sempoi je nama cafe nya.. foods pun nampak yummy!!

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka lah datang sini..Nanti nak try lah menu lain pulok....hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com