Ticker

6/recent/ticker-posts

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru | Lagi buffet bertemakan Chinese New Year, kali ni dekat hotel St. Giles Southkey, Johor Bahru pulak. Hotel baru yang attached dengan The Mall, Mid Valley, Southkey ni baru aje dibuka beberapa bulan yang lepas. Ciksun pun baru pertama kali try makanan kat Causeway Cafe dia, bagi ciksun banyak menu yang lain dari yang lain kat sini.

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Ada lebih 300 menu menanti korang kalo datang dinner kat sini pada 21 & 22 Januari 2023 nanti termasuklah Roasted Duck, Prawn Harlock, Cantonese Steam Seabass, Salted Egg Yolk Fried Chicken, Oven BBQ Beef Brisket, Wok Fried Black Pepper Beef with Ginger, Nasi Ayam Hainan, dan Lamb Tandoori. Ciksun suka Cantonese Steam Seabass, Salted Egg Yolk Fried Chicken, Oven BBQ Beef Brisket kat sini! Serius sedap, lembut dan juicy gila Beef Brisket dia!

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Buffet ni dah lengkap dengan Yee Sang tau! Korang boleh toss Yee Sang menggunakan bahan-bahan yang disediakan ikut citarasa korang. And jangan lupa cuba juga Seafood on Ice, Sushi and Sashimi, hidangan Teriyaki, Salad, aneka Mee, dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang mewah!

Diorang serve aiskrim Baskin Robbin, guysss 🤤

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Haha! Gigih ya seketul Norfy menceduk aiskrim, sebab suhu peti yang sejuk, aiskrim mahal tu agak beku sikit. Tenaga lelaki seperti Norfy diperlukan untuk mengorek aiskrim; kalo ciksun yang korek, macam tak berusik apa-apa aiskrim tu 😂

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Selain tu, ada juga Serawa Durian, Sago Gula Melaka, Coconut Pudding and Lime Jelly with Cube Fruit, Mochi dengan pelbagai inti yang menarik, Kek Lapis Prune, Kek Lapis Rempah, aneka kek potong, dan macam-macam jenis manisan lagi. Ciksun suka betul Mochi kat sini, masa try hari tu ada tiga perisa Mochi dia, paling sedap yang kaler pink dengan inti strawberry puree. Yang kelabu ni pun sedap, inti dia kaler hitam, rasa macam peanut butter tapi tak sure betul ke? Cuba korang rasa nanti 😆

Berapa harga buffet ni?

Chinese New Year Buffet Dinner @ St. Giles Southkey
📅 21 & 22 Januari 2023
⏰ 6:30 pm – 10:00 pm
🧔‍ RM158 nett per dewasa
👧 RM79 nett per kekanak (6 - 12 tahun) & warga emas
👶 PERCUMA untuk kekanak 5 tahun ke bawah

Chinese New Year Buffet Dinner di St. Giles Southkey, Johor Bahru

Oh, promosi CNY diorang tak terhenti setakat tu aje. Korang boleh jugak tempah daripada tiga set menu Chinese New Year Prosperity Dinner dalam ruang makan peribadi, khas untuk family korang aje! Antara menu dalam set ni adalah Rainbow Ocean Trout Yee Sang, Double Boiled Chicken Soup with Fish Maw, Braised Crab Meat Soup with Sea Treasure, Roasted Chicken with Five Spice and Sesame Crackers, Seafood Miso Soup with Wakame Seaweed, Fried Sea Prawns with Cereal Oats and Egg Floss, Bamboo Fungus and Dried Scallop, Longevity Noodle with Dried Oyster and Abalone, Double Boiled Longan Soup with Red Dates and Lotus Seed, dan banyak lagi. 

Set ni available dari 21 Januari - 5 Februari 2023, dengan rega bermula dari RM1388+ per table untuk 10 orang dengan pembelian voucher minimum 30 orang.



Korang boleh belek gambar dekat page FB Blog Sunah Sakura untuk tengok menu-menu yang lain ya!

Untuk tempahan,
Email: fnb.skjb@stgiles-hotels.com

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com