Bufet Ramadan 2023 - Sajian Desa Ramadan di Holiday Villa Johor Bahru | Musim bufet Ramadan kembali lagi untuk tahun 2023. Dah boleh dah start buat list nak berbuka puasa kat mana nanti. So, untuk senarai pertama, ciksun nak share bufet Sajian Desa Ramadan di Holiday Villa Johor Bahru ni. Sebelum-sebelum ni memang bufet kat sini antara kegemaran ciksun juga, suka menu masakan kampung yang diketengahkan setiap kali tiba bulan Ramadan. Tahun ni pun diorang masih lagi membawa tema yang serupa, dengan sajian desa pulak.
Paling teruja bila nampak Sup Tulang Merah! Ye la, kalo baca entri Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat ciksun tu, korang mesti tahu ciksun kempunan nak makan Sup Tulang Merah Singapore kat sana. Bila nampak je ada menu ni kat Holiday Villa Johor Bahru, memang tu la menu pertama yang ciksun ambik! Terus letak dalam mangkuk, chef tuangkan sup merahnya. Wuuuu! Sup dia tak terlalu pekat, cair je. Siat sikit daging dari tulang, sudukan sekali dengan sup merah ke dalam mulut. Mmmm, boleh tahan sedap! Pedas-pedas sikit. Suhanis punya da licin tulang dia depan ciksun. Haha!
Selain daripada menu ni, diorang ada juga hidangkan Kambing Golek seekor bersama Nasi Briyani, Laksa Johor, Bubur Lambuk, Ayam Perhik Jay Bee, Kepah Masak Lomak Cili Api, Rendang Tok, Salmon Fish Head Curry Penang Style, Rendang Ayam dengan segala ketupat, lemang juga serunding, Daging Masak Hitam, Udang Nestum, dan banyak lagi! Ada lebih 120 menanti korang kalo datang berbuka puasa kat sini bulan Ramadan nanti! Ciksun kongsikan beberapa keping gambar menu untuk tatapan korang ya!
Laksa Johor dia boleh tahan sedap! Menariknya, diorang ada jugak stall untuk jajan nostalgia time kita kecik-kecik dulu, dikekalkan macam tahun-tahun yang lepas. Cucur Bonda dan Teh Tarik, wajib try kat sini! Ciksun suka Keledek Goreng cicah Sambal Kicap, fuhhh meletop! Pelbagai pencuci mulut turut disediakan, termasuklah Bubur Cha Cha, Serawa Durian dan Durian Goreng juga! Kat bahagian luar restoran ada Satay Ayam dan Satay Daging, Roti John serta Murtabak untuk korang ngonyel-ngonyel lepas selesai solat Maghrib.
Korang boleh tengok lebih banyak gambar menu dekat page FB Blog Sunah Sakura ya!
Video suasana bufet boleh tengok kat TikTok SunahSakura 🌸
Jemput makan sini nanti tau!
Sajian Desa Ramadan Buffet Dinner
📍Fern Pine Cafe, Holiday Villa Johor Bahru
📆 27 Mac - 20 April 2023
🕰️6.30 pm - 10.00 pm
Early Bird Price (pembelian voucher dari 27 Januari - 1 Februari 2023)
RM118 nett per Dewasa
Normal Price (pembelian voucher selepas 1 Februari 2023)
RM158 nett per Dewasa
RM108 nett per Kanak-kanak (5 - 11 tahun) dan Warga Emas (60 tahun ke atas)
Untuk tempahan, hubungi:
+607 290 3367/ +6016 679 4278
6 Comments
Banyak yang sedap sedap. kerabu dia akak ambik semua sikit sikit... alahai..semua sedap.
ReplyDeleteHa? Dah siap sedia nak ramadan dah?
ReplyDeletecucur bonda ya menarik... jarang hotel polah menu cucur... deco tin biskut segi empat tinggi ya nang legend la... kreatifff
ReplyDeleteRindunya nak makan buffet... arghh tak sabarnyaaaa...
ReplyDeleteaiee... cuba la ada sup tulang merah ya di KL! Makan dgn roti arab nyaman ya.
ReplyDeleteAlaaaaa.....ape ni..ape ni....kita nak la makan best2 macam ni....sup tulang merah tu pujaan hatiku...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com