Bila Dah Tua, Susah Nak Baca Blog Font Kecik | Ye, dah tua sangat agaknya ciksun ni, dah nak dekat 40 tahun. Erkk! Bila baca blog yang tulisan dia kecik, ciksun zoom kan layout blog supaya mudah ciksun nak baca. Hahaha! Siapa macam ciksun?
Blog sendiri pun rasa macam nak tukar layout baru, tapi sayang pulak nak tukar. Template sekarang dah serasi dengan jiwa, pageview setiap hari pun dah semakin baik. Takut nanti bila tukar, pageview merundum jatuh. But, teringin juga nak tukar langsir baru sempena Tahun Baru Cina kan. Eh, tiberrr.
Sebenarnya semua tu pun citarasa memasing. Ikut mata sendiri tengok blog sendiri. Jangan ikut orang lain atau rasa macam gaya template kita lah yang paling baik dan semua orang kena ikut macam kita. Susun atur blog tu kena la puaskan hati kita sendiri sebagai owner nya. Kan?
Jadi la diri sendiri.
Dalam penulisan blog pun, kalau kita baru nak mula menulis, boleh lah tengok blog-blog lain untuk buat rujukan. Tapi jangan lah sampai meniru gaya penulisan hingga susunan perenggan pun sama, just tukar satu dua perkataan or ayat aje. Lain lah kalau memang guest post, press release atau artikel-artikel berfakta yang memang nak backlink ke sumber nya.
Pagi ni kecoh bergosip dalam group whatsapp, ada PR hotel lain meniru gaya write up PR hotel lain. Perghhh, ciksun ingatkan kes tiru stail write up ni berlaku di kalangan blogger aje. Dari dulu memang selalu berlaku copy content sama ada dekat media sosial mahupun dekat blog. Paling banyak ciksun nampak, geng Visit Johor yang kena tiru oleh page lain.
Siapa aje tak kecewa dan marah bila hasil perah otak gigih menulis dalam kesibukan harian, ditiru orang lain. Kita yang penat pergi cover event, berhabis duit isi minyak kereta, kadang berpanas terik kat luar, berkicap ketiak snap gambar terbaik, buat liputan dan cari cerita menarik, tiba-tiba orang lain buat write up menyerupai kita punya. Fuhhh, senang kerja ek?
Penat dengan isu macam ni. Lagi penat bila akhirnya artikel yang kita tulis tenggelam dalam google, artikel orang lain pula yang naik. Sebab tu ciksun pernah sebut kes "curi trafik" bila sembang dengan geng-geng JDT Blogger. Ini lah maksud ciksun, sebab artikel nya mempunyai kandungan yang hampir serupa dengan kita, tapi google pilih artikel orang lain di ranking teratas.
Sedih.
Berusahalah untuk jadi diri sendiri, tulis pengalaman sendiri. Baru betul namanya perkongsian dari hati sendiri. Bukan dari hati orang lain. Kalau penulisan thesis Master dan PhD, sangat strict bab plagiarism ni. Jadi sangat sensitif kalau ada yang buat plagiat dalam bidang penulisan blog juga. Lagi-lagi benda tu melibatkan sumber rezeki yang akhirnya menjadi darah daging.
Teguran ni juga untuk diri sendiri, sebagai peringatan supaya tak buat benda sama kat orang lain.
9 Comments
Pelik weii kalau sama PR Hotel pun tiru sama dia hahahaha.. kalau media ye la asedia makum dan bersedia jer.. tapi gerammm dah jadi tak seronok, baca blog orang tiberr.. 'eh macam baca blog sendiri' hahahahaha..
ReplyDeleteOkay tambah ketiak tu sos tiram yaa.. dapnya bau tiakkk Khalish hahaha
Hahahahah hongoknyeee hawak ni..tau la teringin tiram oyster
DeleteTips: Kalau nak tukar template, tukar sekarang time kau rajin update blog, jangan tukar time malas update.. memang jatuh PV ...
ReplyDeleteOhhhh ye kann..tapi nanti la, bajet lari pulak kalo nak beli template baru
DeletePlagiarism wujud dimana-mana...camna nak maju kan?
ReplyDeleteInilah delima syarikat suratkhabar. Beria reporter menukang cerita, dapat kat page tabloid, elok je diciplak story pastu dia dapat duit iklan
ReplyDeletehaha... if kitak dah ssh nanga font kecik, apatah gik kamek 😂
ReplyDeleteMun bw makei hp kmk tkr ke reader view nyaman sikit mata nangga 😂😂 uiks, ada juak kes PR hotel niru copywriting PR hotel lain indah.. mcm2 jak.. bab tiru content blog ya salu nemu bila search resepi 😅😅
ReplyDeleteKejam betul sesiapa yang copy paste bulat bulat.. Aku paling paling pun Kalau copy, info tu la..then ayat..mesti ada tukar, ikut jiwa Dan mood sendiri. Tak Dan nak copy pasta sebijik mcm yg Ori 🙃 GERAM je kan..hmm.. Eh pasal tulisan kecik, ikut mood gak..huhu
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com