Ticker

6/recent/ticker-posts

Bayaran Fasa Pertama Sumbangan Tunai Rahmah B40 Bermula 17 Januari 2023

Bayaran Fasa Pertama Sumbangan Tunai Rahmah B40 Bermula 17 Januari 2023 | Alhamdulillah, semalam nampak dekat Telegram MKN, PMX dah umumkan tentang pembayaran fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah untuk golongan B40 yang bermula hari ni, 17 Januari 2023.

Bayaran Fasa Pertama Sumbangan Tunai Rahmah B40 Bermula 17 Januari 2023

Bila ciksun share gambar ni dalam group whatsapp, tak ramai yang tahu sumbangan apa ni. Sebenarnya STR adalah pengganti kepada siri bantuan daripada kerajaan sebelum-sebelum ni, dari Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Keluarga Malaysia, dan kini digelar Sumbangan Tunai Rahmah.

Menurut PMX, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. PMX telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual kat atas tu. Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023. Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Semoga bantuan ni dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. Guna lah sebaiknya, manfaatkan pada tempat yang betul.

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com