Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic! | Kalau sebelum ni ciksun pernah makan Ayam Buah Keluak di dinner buffet hotel sempena tema Baba Nyonya, kali ni ciksun cuba pulak makan Ayam Buah Keluak di restoran Peranakan Fusion, PiringMu Eco Botanic hujung minggu lepas.

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!

Korang pernah dengar tak buah keluak?

Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ni baru first time korang nampak nama ni. Buah keluak merupakan ramuan penting dalam masakan Ayam Buah Keluak, hidangan tradisi Peranakan Baba Nyonya. Bila ciksun share tentang buah keluak ni dekat IG, ada kawan bagitahu jiran Indonesianya selalu masak rawon guna buah keluak ni. Ye, pelbagai menu unik boleh dihasilkan dengan menggunakan buah keluak sebagai bahan utama. Tapi bukan senang nak jumpa buah ni kalau saja-saja pergi market. Proses untuk menjadikan buah ni sedia untuk dimakan mengambil masa yang panjang. Korang google aje lah kalau nak tahu lebih lanjut pasal buah ni ya!

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Ayam Buah Keluak di PiringMu Eco Botanic

Macam mana pulak rasa dia? Buah yang berkulit keras ni, kalau nak pecahkan kena guna batu lesung, isi dalam buah akan dikorek keluar dan digaul dengan bahan masakan sebelum dimasukkan semula ke dalam kulit buahnya untuk dimasak. Jadi, hari tu ciksun cuba jugak makan isi yang dah digaul dengan bahan Ayam Buah Keluak. Rasa dia lemak-lemak kacang gitu. Ada sikit hint rasa kekacang, tak pasti sama ada betul ke tu rasa dia.

Apa kata korang pulak datang ke restoran PiringMu dekat Taman Eko Botani untuk rasa Ayam Buah Keluak ni! Restoran berkonsepkan kopitiam dengan tema masakan Peranakan Fusion ni menyediakan macam-macam menu dari sarapan (all-day), brunch, makan tengahari, hi-tea, minum petang, dan makan malam.

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!

Hari tu ciksun dah datang makan kat sini dengan kawan-kawan, antara menu lauk yang ciksun dah cuba adalah:
🌸 Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap
🌸 Nyonya Kapitan Ayam
🌸 Nyonya Rendang Tuk Daging
🌸 Nyonya Ayam Buah Keluak
🌸 Nyonya Kapitan Sambal Sotong
🌸 Nyonya Lemak Nenas Sayur
🌸 Nyonya Chicken Mince Japanese Tofu
🌸 Nyonya Telur Dadar Cencaluk

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap di PiringMu Eco Botanic

Semua lauk ni sedap-sedap! Paling disukai ramai adalah Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap tu. Rupanya cara buat dia sama macam buat Asam Pedas, bezanya kuah Nyonya Gulai Tumis ni kuah dia pekat. Boleh cuba buat sendiri lah nanti! Licin badan ikan siakap ni kitorang makan, mujur takde kak Ajan. Kalau tak, kepala ikan mesti da hilang. Hahaha!

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Ipoh Chicken Hor Fun di PiringMu Eco Botanic

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Wat Tan Hor di PiringMu Eco Botanic

Selain tu, diorang ada jugak hidangan mee seperti Nyonya Mee Kari, Ipoh Chicken Hor Fun, Wat Tan Hor, Kuey Teow Lapis, dan lain-lain. Wat Tan Hor dia, aduhhh sedap sungguh! Next time datang, sure ciksun akan order benda ni kalau tak nak makan nasi!

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Nyonya Fried Rice di PiringMu Eco Botanic

Cakap pasal nasi, Nyonya Fried Rice kat sini meletopp kesedapan dia! Aroma dia sama macam Wat Tan Hor tadi, ada hint rasa smoky dari minyak bijan yang digunakan dalam kebanyakan masakan Cina. Korang kena cuba tau! And in case korang datang nak makan ringan-ringan or snacking aje, diorang pun ada Nyonya Lobak, Satay Ayam, Otak-otak Grill, Sotong Kangkung, dan macam-macam lagi kudapan juga cemil-cemilan.

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Nyonya Lobak di PiringMu Eco Botanic

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!
Nanyang White Coffee Yuen Yeung di PiringMu Eco Botanic

Jangan lupa cuba Nanyang White Coffee Yuen Yeung kat sini, kopi yang dicampur dengan teh, sedap gilerrr! Kalo tak suka kopi, ada Soda Gembira yang menggembirakan! Nyonya Cendol dengan Ais Kacang pun ada! Kalau korang nak tengok menu-menu lain dan juga harga semasa entri ni dibuat, boleh ke FB page Blog Sunah Sakura ya!

Ciksun sertakan details kat bawah untuk korang pergi makan nanti!

Jom Cuba Ayam Buah Keluak di Restoran Peranakan Fusion - PiringMu Eco Botanic!

Restoran PiringMu Peranakan Fusion
📍 No. 56, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor
(Waze je PiringMu Eco Botani)
🕰️  Buka setiap hari | 10am - 10pm
✨ Lepas Tahun Baru Cina, buka dari 8am - 10pm (breakfast 8am - 11am)
🫖  Hi-tea 3pm - 5.30pm

Post a Comment

0 Comments