Asam Pedas dan Ikan Bakar Sambal Sedap di Taste of Johor, Nusa Sentral,
Iskandar Puteri
| Bayangkan lerr ek, bila kawan-kawan ciksun kekadang whatsapp ciksun, tanya
"kat mana nak makan asam pedas sedap?" Soalan-soalan begini memang soalan cepu
cemas buat ciksun. Walaupun banyak pergi makan sana-sini, tetap susah nak
jawab bila orang tanya soalan yang berbunyi macam ni. Kepala tu jadi blank nak
memikir. Sebab banyak sangat agaknya tempat pergi sampai lupa mana satu yang
paling sedap.
Jadi, sementara masih ingat ni, lebih baik ciksun terus kongsikan kat sini
port asam pedas sedap dekat Johor Bahru. Ciksun suka gila port baru ni sebab
ada banyakkkk pilihan menu asam pedas dia! Tak terhad kepada ayam dan ikan
aje, tapi ada:
- Asam Pedas Ikan Merah
- Asam Pedas Ikan Jenahak
- Asam Pedas Ikan Tenggiri
- Asam Pedas Ikan Mayong
- Asam Pedas Ikan Sembilang
- Asam Pedas Ikan Pari
- Asam Pedas Ikan Kembung
- Asam Pedas Ikan Siakap
- Asam Pedas Kepala Ikan Mayong
- Asam Pedas Kepala Ikan Merah
- Asam Pedas Kepala Ikan Sembilang
- Asam Pedas Belangkas
- Asam Pedas Telur Tenggiri
- Asam Pedas Telur Mayong
- Asam Pedas Tetel
Haaa, banyak ke banyakkkk? Gileee tak banyakkk kalo da tersenarai macam tu!
Hahaha! Tapi tak semua la ada terus dalam sehari tu. Mana yang tersedia dekat
buffet table tu, dia akan rotate tiap hari. Masa ciksun gi hari tu pun ada
dalam 10 jenis asam pedas dihidangkan. Merasa lah Asam Pedas Tetel, Asam Pedas
Telur Mayong, Asam Pedas Ikan Pari, dengan Asam Pedas Belangkas. Sedappp,
paling suka Asam Pedas Tetel tu!
And kalo korang nak tahu, restoran Taste of Johor by The Sand Village ni
terkenal dengan sambal ikan bakar dia jugak! So, kitorang order jugak Ikan
Bakar Sambal - Siakap dengan Pari. Uishhhh, padu bethollll sambal dia! Perah
pulak dengan air limau kasturi, memang kick! Kalo korang ada baca entri kat
blog ni masa bulan puasa tahun lepas, sebenarnya ciksun pernah dah rasa Ikan
Bakar Sambal dari The Sand Village ni. Konsisten sedap yeee sambal dia!
Harga asam pedas dia ikut per senduk or per mangkuk. Kalau korang nak order
per set pun ada jugak ciksun tengok semalam. Tapi tak sempat nak snap gambar
menu. Korang boleh aje terus datang ke restoran ni kalau nak belek menu ya. In
case tak nak makan asam pedas, ye lahh kadang bawak budak-budak or ada
kengkawan yang tak makan pedas keee, diorang ada hidangkan jugak menu tempatan
yang lain.
Ada Sambal Udang, Ayam Goreng, Masak Lemak Ayam, Kari Ikan, Semur Ikan, aneka
lauk sayur juga ulam-ulaman dan lain-lain. Buat masa ni 35 jenis menu tersedia
untuk korang makan tengahari kat sini, dengarnya diorang akan tambah lagi
hingga 50 menu pada masa akan datang, insya'Allah!
Korang boleh belek gambar-gambar lain dekat page Blog Sunah Sakura ya, banyak
sangat pulak gambar nak tepek kat dalam entri ni. Jemput la datang restoran ni
kat Nusa Sentral, Iskandar Puteri!
Buka:
Selasa - Ahad
11pagi - 6 petang
(Isnin TUTUP)
Alamat:
No 37, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79000, Iskandar Puteri
(Berhadapan Speedmart Nusa Sentral)
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi:
Untuk maklumat dan info terkini, belek:
2 Comments
Terliur lak tengok Cik Sun. Saya dah la memang hantu asam pedas. Insha Allah kalau tersesat ke JB boleh cuba
ReplyDeleteSedappnyaaaa.. nanti nk try lahhhh.. hihi... 🤩
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com