Puas Hati Makan Oyster dan Lamb Shank @ Eat All You Can, Pulai Springs Resort | Dah banyak kali rasanya ciksun share pengalaman makan Eat All You Can kat Qing Palace, Pulai Springs Resort ni. Mostly dengan kawan-kawan media, especially dengan geng JDT Blogger. Kali ni lagi istimewa rasanya sebab ada banyak menu baru yang diperkenalkan. Ciksun pergi lunch kat sini hari Jumaat yang lepas. Ciksun ajak housemate ciksun dak Nada, ada Sis Lin, kak Yan dan kawan Sis Lin juga. Kitorang berenam satu meja. Sepatutnya berlapan, tapi last minute lagi dua orang tak dapat join sebab terperangkap dalam jammed.
Masa kitorang sampai, restoran tak bukak lagi. Kemain awal memasing dan kelaparan. Haha. Semua tak breakfast gamaknya sebab nak makan bertemakan Eat All You Can katakannn. Ye lerr, dengan rega RM75+ per dewasa, boleh makan ape-ape je pilihan memasing dalam menu. Ni rega untuk waktu lunch tau. Kalau waktu dinner, harga dia jadi RM80+ untuk seorang dewasa. Pakej ni available setiap hari pulak tu sampai 13 Januari 2023 nanti. Untuk menu-menu yang baru diperkenalkan, ciksun share gambar kat bawah ni.
Nah, ada oyster dengan lamb shank yeeee! Memang confirm la order dua menu ni kan! But perlu diingatkan, menu lamb shank ni limited sepinggan aje untuk satu meja. Oyster pun limited seketul per person. So nikmatilah dengan penuh syukur hahaha. Agaknya kalau pergi dua orang, saiz lamb shank dia sama ke ekkk, ke ikut portion so jadi kecik sikit? Hahaha, jenuh ciksun berfikir 😂
Ciksun kongsikan ye gambar-gambar menu yang kitorang pilih pada hari kejadian. Walaupun rasanya dah banyak kali jugak ciksun share menu ni, kalau nampak yang sama je tu maksudnya memang sedap dan febret ciksun lah tu!
Braised Shark's Fin Soup with Dried Seafood & Crab Meat |
Braised Bean Curd with Superior Seafood |
Steamed Oyster with Garlic Sauce |
Braised Lamb Shank with Chef's Special Curry |
Fried Chicken with Pumpkin Paste |
Sauteed Diced Chicken with Dried Chilies |
Ostrich Meat with Spring Onions |
Indonesian Style Curry Seabass (Deep Fried) |
Fried Prawns with Oatmeal |
Qing Palace Special Fried Noodles |
Fried French Beans with Minced Chicken |
Fried Mixed Vegetables with Asam Paste |
Honey Dew with Sago |
Alhamdulillah, semua pilihan kitorang sedap 🤣 Mee tu pun unexpected sedap gila, padahal nampak simple aje. Tu la first time ciksun try mee diorang, selalunya ratah lauk gitu aje. Oh, nasi putih ada je disediakan, complimentary bersama Chinese tea, tapi kitorang tak order pun nasi putih. Makan gini je pun dah kenyang, mujur semua pun suka, setuju sedap, licinnnn pinggan lauk-pauk. Oyster tu wajib cuba, langsung tak rasa hanyir. Sedap dimakan begitu saja. Kari Lamb Shank pun sedappp, berebut dengan Nada nak amek bahagian lemak kambing 😆
Kalau korang tak tahu nak order ape, boleh belek full menu diorang jugak kat website. Senang la nak pilih sebelum datang nanti, bincang awal tak kalut 🤭
Eat All You Can
Qing Palace Chinese Restaurant, Pulai Springs Resort
Tempoh Promosi: Sehingga 13 Januari 2023
Harga:
Makan Tengahari (setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum)
RM75.00 + per Dewasa
RM37.50 + per Kanak-kanak (3 - 11 tahun)
Makan Malam (setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum)
RM80.00 + per Dewasa
RM40.00 + per Kanak-kanak (3 - 11 tahun)
............................................................................................
Hari biasa:
Makan tengahari 12pm - 2.30pm
Makan malam 6.30pm - 10.00pm
Hujung minggu:
Makan tengahari 12pm - 2.30pm
Makan malam 6.00pm - 10.30pm
Minimum 2 orang untuk tempahan
Harga termasuk nasi putih dan Chinese tea
Harga tertakluk kepada 6% SST
Untuk booking:
WhatsApp: 016-733 2919 / 017-733 8724
Call: 07-521 2121
4 Comments
Yaaa.. ada terma dan syarat, bukan eat all u can. Ikan ngan udang pun ada limit, sabar aje la
ReplyDeleteRamainya menu
ReplyDeleteNampak sesedap semuanya
Amboi ostrich pun ada. Kalau saya mesti ingat oyster dan lamb shank tu free flow. Hehe
ReplyDeleteeh.. nampak cantik lak kita dalam gambar..kahkahkah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com