Pertama Kali Kemalangan, Pengalaman Buat Claim Takaful Malaysia | Lama betul masa ciksun ambik nak taip entri ni. Benda dah nak sebulan jadi, baru hari ni dapat tulis. Tanggal 19 November 2022 yang lepas, orang lain sibuk mengundi untuk pilih Ahli Parlimen dan DUN untuk kerajaan Malaysia baru, ciksun dan kak Ajan lain pula ceritanya. Entah macam mana, dah tertulis dan ditakdirkan, kitorang terlibat dengan kemalangan dekat Jalan Pontian Lama, Skudai. Masa tu dah selesai hantar brownies untuk birthday girl dekat Pasir Gudang. Dari sana, hajatnya nak ke Shopee Express Taman Universiti untuk drop parcel.
Dalam pukul 12.50 tengahari, baru lepas hujan lebat dengan masih ada rintik-rintik kecil, jalan raya sedikit basah. Jalan ni memang banyak selekoh tajam. Mula dari bulatan Jalan Sejahtera sampai ke Taman Universiti, orang kenal jalan ni as jalan ular. Sebab bentuk dia kalo tengok dalam google maps pun dah nampak macam ular menyusur. Ciksun kalo lalu selekoh ni memang tak berani juga nak bawak laju. Ditakdirkan Allah, masa kak Ajan nak membelok salah satu selekoh, ciksun dah dapat agak dalam hati, "ni macam nak berpusing ni." Allahu, kak Ajan hilang kawalan. Roda tak bergerak seperti yang sepatutnya, kereta meluru laju ke penghadang jalan kat seberang nun. Ciksun berkata lagi dalam hati bila nampak penghadang besi semakin dekat depan mata, "ni aku yang kena ni."
Bammm! Bahagian penjuru kereta sebelah kiri menghentam penghadang besi. Masa ni kak Ajan masih berusaha memutar stering kereta ke kanan, impaknya kereta terpusing selepas hentaman. Bammm! Bahagian penjuru kiri belakang pulak menghentam penghadang besi. Allahu, ada hikmahnya kat situ bila langsung tak ada kereta lain depan belakang kitorang. Kak Ajan terus bawak kereta ke bahu jalan sebelah sana. Bimbang kereta lain bertembung dan menyebabkan kemalangan lain kalau stay kat situ sebab dekat selekoh.
Kat bahu jalan, kak Ajan masih terpinga-pinga dan terkejut. Ciksun panggil dia banyak kali untuk matikan enjin kereta, tapi dia tak dengar. Ciksun goyangkan badan dia, baru dia dengar and matikan enjin. Ciksun keluar dan tengok keadaan kereta.
Macam ni la rupa kereta ciksun lepas accident tu. Terus ambil gambar semua sisi kereta. Bahagian bumper depan memang rosak teruk, lampu depan sebelah kiri tanggal dari soket. Lampu belakang sebelah kiri pecah. Banyak kereta lalu-lalang masa tu, tapi tak ada sesiapa yang berhenti. Kami masuk balik dalam kereta, kak Ajan terus suruh call pihak takaful. Ni pertama kali ciksun accident teruk and pertama kali jugak la nak refer takaful. Jadi blur ciksun ape nak buat. Kak Ajan suruh cari nombor takaful dekat website diorang.
Ciksun call customer service, tapi takde sape jawab panggilan. Then kak Ajan try call Tele Bantuan pulak. 1800-888-788. Terus ada orang jawab. Kitorang tanya dulu sama ada accident sendiri ni boleh claim takaful atau tak, sebab ni memang kali pertama nak buat claim sejak 10 tahun pakai Viva tu. Then staff tu cakap, tak kisah sama ada kemalangan sendiri atau dengan kenderaan lain, dua-dua keadaan ni boleh claim takaful. Then, kitorang tanya apa prosedur untuk buat claim, ape yang kitorang kena buat sekarang ni?
Pertama kali terlibat kemalangan, apa yang perlu dibuat?
- Periksa keadaan kenderaan, pemandu dan semua penumpang.
- Ambil gambar kenderaan di tempat kejadian, simpan untuk rujukan polis dan pihak bengkel.
- Jika mengalami kecederaan, dahulukan call ambulans untuk ke hospital atau klinik berdekatan. Alhamdulillah ciksun dan kak Ajan tak mengalami apa-apa kecederaan serius. Hanya terhantuk kepala sikit.
- Call pihak insurans untuk towing kenderaan jika kenderaan tidak dapat atau mungkin bahaya untuk digerakkan. Biasanya towing kenderaan juga akan dicover oleh pihak takaful ke bengkel panel.
- Buat laporan polis di balai polis daerah tempat kemalangan. Simpan surat saman jika ada, biasanya jika kemalangan sendiri, wajib ada surat saman.
- Periksa bengkel panel di bawah takaful, sediakan segala dokumen yang diperlukan - geran kenderaan, salinan IC pemilik kenderaan, salinan IC pemandu, salinan lesen pemilik kenderaan, salinan lesen pemandu, polisi insuran, laporan polis dan surat saman.
- Pergi ke bengkel untuk buat urusan permohonan tuntutan takaful.
- Tunggu approval dari syarikat takaful, jika dah approve, tunggu kenderaan siap dibaiki sepenuhnya oleh pihak bengkel.
Ok, staff takaful tu tanya kitorang sama ada kenderaan boleh gerak atau tak. Kak Ajan terus try start engine kat situ jugak, dan memang boleh digerakkan. So, tak perlu towing untuk ke balai polis. Kitorang terus pergi balai polis Taman Universiti. Dan tindakan ni ada kesannya kepada tuntutan takaful sebenarnya. Kitorang tak tahu pun, masa kat bengkel baru tahu. Nanti ciksun cerita.
Bila park aje depan balai polis Taman U, ada sorang pakcik polis nampak kitorang sampai. Dia tengah lepak aje berdiri depan balai time tu. Dia yang memula tegur ciksun, tanya kenapa dengan kereta. Maka ciksun bagitahu la kereta accident, nak buat report. Then pakcik polis tu tanya accident kat mana. Dengar aje lokasi accident, dia terus suruh pergi buat report dekat IPD Johor Bahru Utara yang depan Skudai Parade tu. Ohhhh, sebab hari kejadian adalah hari mengundi PRU-15, maka staff banyak dikerahkan ke pusat-pusat mengundi. Staff untuk accident report tak ada hari tu. Hmmm, okay.
Now macam mana nak balik rumah? Sebab rumah ciksun jauh sikit dari balai ni, nak bawak kereta yang dah accident tu balik ke rumah rasa macam tak berapa meyakinkan. Risau ciksun kalau bumper tercabut tengah jalan. Kitorang call lah kawan-kawan yang disyaki berada kat JB hari mengundi ni. Tapi mostly tak ada kat JB, sorang kawan ciksun cakap jangan pergi IPD JBU tu sebab dulu dia accident kat Taman Pulai Utama, polis suruh pergi balai Gelang Patah. Ohhh ye ke? Yakin la kami, nak kena ke sana terus.
Kami naik Grab balik rumah, dengan duit memasing pun tak berapa nak ada. Alhamdulillah dalam apps Grab tu ada sikit baki duit, boleh la cover. Kereta tinggal dekat depan balai polis Taman U tu aje. Balik rumah, kak Ajan balik kampung dulu untuk laksanakan tanggungjawab mengundi. Ciksun tunggu la dia sampai petang baru dia balik ke Skudai semula sebab jalan jammed sana-sini. Masa tu dah nak Maghrib dah, ciksun ni sementara tunggu dia kat rumah, memang tak boleh nak tido pun. Padahal dah berhajat nak rehat sekejap sebab ciksun tido lewat malam sebelumnya siapkan stock produk dekat Shopee.
Sepanjang petang tu ciksun membelek maklumat tentang tuntutan takaful dan insurans kenderaan kat google. Then bertanya dengan ramai orang yang ada pengalaman buat claim. Satu benda yang buat ciksun concern adalah, boleh ke ciksun nak claim takaful jika orang lain yang memandu? Semua jawapan kawan-kawan agak kurang meyakinkan. Siap tanya kawan ejen insurans kereta jugak tau, kawan tu memula cakap boleh kalo ciksun punya polisi adalah jenis comprehensive. Then dia kata tak boleh pulakkk. Jadi kekeliruan sebab dalam polisi Takaful Malaysia ada sebut, tuntutan boleh dibuat untuk any driver juga as long as dia drive atas keizinan pemilik kenderaan. Tapi dekat summary polisi tak tulis any driver, dia tulis nama kita dengan nama driver kedua saje.
Sampai kak Ajan dah datang ambik ciksun pun benda ni masih musykil. Ok takpe, kita pergi balai dulu. Ermm dengan begitu yakinnya kitorang ke balai polis Iskandar Puteri dulu, sebab ada lagi seorang kawan cakap dulu dia buat report dekat situ. Sampai kat balai tu dekat Anjung, ehhh balai nya dah tutup siap berantai besi. Ape kejadahnya semua ini 😂 Call kawan tak berangkat. Ok takpe, kita pergi balai polis Gelang Patah yang kawan first cakap. Bila sampai sana, polis tu cakap kena pergi IPD Iskandar Puteri kalau melibatkan kemalangan. Lahhh, ye keeee. Ok, kami ke IPD Iskandar Puteri pulak.
Sampai sana, ciksun call dulu pihak takaful. Nak dapatkan kepastian betul-betul pasal coverage driver. Ohhh, Takaful Malaysia memang cover any driver as long as driver tu ada lesen memandu. Alhamdulillah. kak Ajan pergi kaunter depan untuk buat report. Polis tu tanya lokasi kemalangan. Then dia bersoal-jawab dengan rakan polis kat sebelah, nak pastikan sama ada IPD Iskandar Puteri cover kawasan tu ke tak. Rupanyaaaaa yang pakcik polis Taman Universiti cakap tengahari tadi tu lerrr yang paling tepat dan betul! Adoiiii. Ni lahhh dengar sangat cakap kawan, tak dengar cakap polis!!! 🤣🤣🤣
Hmmm, kami pun bergerakkk lah ke IPD JBU, singgah solat Maghrib kejap dekat Petronas tepi jalan Taman Sutera Utama. Sampai kaunter IPD, haa ni lah tempat yang betul. Fuhhh, jauh perjalanan hari ni. Menghitung balai polis serata JB. Hahaha. Kak Ajan buat report sekejap, ciksun memula duduk jauh sikit, takut jugak kalau polis garang tak bagi kita menyampuk. Then, ciksun nampak macam kak Ajan tersekat-sekat, ciksun pergi dekat kaunter and berdiri tepi dia. Tolong serba sikit explain, dan tunjukkan gambar kereta. Polis tu bantu tulis report dengan lengkap, siap ada istilah kereta yang kita sendiri pun tak tahu. Allahu, Allah hadirkan orang-orang yang baik. Polis-polis ni mesti la da biasa kan buat report dan dah expert bab-bab kenderaan ni semua.
Then bila report siap, dia suruh check sebelum kak Ajan kena sign. Then kena masuk dalam untuk jumpa pegawai penyiasat kemalangan pulak. Yang ni kak Ajan masuk seorang diri. Ciksun tunggu kat luar. Lama jugak dia kat dalam tu, dalam 20 minit gitu. Then, bila keluar aje, dia cakap, "huhuhu kena samaaaan." Erkk!
Ye, saman RM300 atas kesalahan tak dapat kawal kenderaan yang dipandu dan merosakkan harta benda awam. Penghadang besi tu adalah harta benda awam, kalau kita langgar dan rosak, diorang kena baiki balik. Duit saman ni lah yang akan dibayar kepada pihak terbabit untuk baiki semula harta awam tu. And dengan adanya saman ni jugak akan memudahkan proses permohonan tuntutan takaful nanti.
Disebabkan dah malam, esoknya baru ciksun call semula takaful tanya pasal towing. Nak minta towing dari balai polis ke bengkel tapi hari Ahad, bengkel kan tutup! Adoiii. Memula ciksun nak mintak towing hari esoknya pulak, Isnin. Tapi pihak takaful call semula dan mintak towing hari Ahad tu terus. Dia faham ciksun risaukan kereta yang akan ditinggalkan kat bengkel yang gelap-gelita waktu malam tu. Sebenarnya tak perlu risau pun, sebab kereta kita masih di bawah jagaan pihak takaful. Apa-apa yang berlaku, kehilangan ke ape, diorang jugak yang kena tanggung nanti. Ohh, ye tak ye ekkk. Baru la ciksun bersetuju untuk bawak kereta hari Ahad tu jugak.
Once ciksun bersetuju aje, memang banyak call dari pihak towing dan bengkel masuk. Mujur ciksun pakai apps True Caller, so ciksun boleh tahu siapa yang call. Kalau tak, memang ciksun susah sikit nak jawab panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Memang efisien betul lah kerjasama antara panel-panel takaful ni. Pukul 1 tengahari, brader towing dah sampai depan balai polis. Kitorang follow sampai ke bengkel.
Bengkel tutup tapi ada pekerja bengkel yang duduk situ, jadi kunci kereta ciksun bagi kat pekerja tu. Ciksun tak ingat kenapa ciksun tak datang bengkel hari Isnin, tapi mungkin sebab kak Ajan belum ambik report polis lagi kot. Ye, report polis siap dalam 2-3 hari bekerja. Hari Selasa baru kak Ajan datang bawak report polis, kitorang terus ke bengkel.
Bengkel yang ciksun pergi ni kat Taman Teratai, taman ciksun aje. Memang bengkel panel under Takaful Malaysia. Masih ingat lagi ciksun madam yang uruskan permohonan claim tu garang betul memula. Sampai merah padam jugak muka ciksun ni rasanya bila dia tanya pasal polisi any driver tu. Mujur jugak pakai mask. Dia suruh call pihak takaful bukak loud speaker depan dia nak tanya pasal polisi tu. Maybe diorang pun tak biasa dengan Takaful Malaysia. Lagi sebal bila staff takaful yang ciksun call tu suruh call pulak Customer Service tanya pasal polisi. Adoiiii! Then agaknya dia dengar ciksun bercakap dengan madam tu, "hari tu staff cakap boleh claim any driver", terus dia explain sepenuhnya dekat madam tu. Ok, madam tu pun accept dan tulis dalam report. Agaknya madam pun dah banyak jumpa kes polisi tak cover semua driver, jadi susah nak claim. Sebab tu dia kena garang.
Then kena sign surat betterment jugak untuk kereta yang usia dah lebih 5 tahun. Betterment ni kita kena cover sendiri bila pihak bengkel terpaksa pakai spare part yang baru untuk tukar spare part rosak yang lama, di mana usia spare part tu lebih muda daripada usia kereta kita. Entah berapa laaa ciksun kena nanti. Huhu. Madam tu jugak buatkan surat tunjuk sebab kenapa lambat buat tuntutan daripada tarikh kemalangan. Ciksun baca "atas sebab sibuk dengan kerja". Lahhh, kan cuti Sabtu Ahad mengundi. Sabor je lerrr. Haha. Kuturutiiiiii saje lah.
Kak Ajan jugak diminta untuk buat lukisan lokasi kemalangan dan explain macam mana berlaku. Disebabkan kitorang bawak kereta dari lokasi accident ke balai polis sendiri, bengkel tak akan cover kalau berlaku apa-apa kerosakan pada enjin sebab dah drive kereta lepas kemalangan ke balai polis. Aduii, kalau tahu, kitorang terus towing aje dari Jalan Pontian Lama tu 🤦♀️ So, kalau korang accident dan nak claim takaful dengan lebih baik, make sure panggil towing terus. Staff tu la ni suruh bawak sendiri ke balai. Adehhh.
Then, semua dokumen dah bagi dan borang-borang pun dah sign, madam cakap tunggu diorang call bila kereta da siap. Tapi tak boleh janji bila boleh siap sebab kereta banyak dan tunggu approval takaful pun tak sekejap katanya. Hmm, baiklah.
Ciksun dapat notis approval dalam seminggu selepas tu dari pihak takaful, check dekat website pun dah approved claim nya. Cuma kerja-kerja membaiki kereta tu masih lagi 0% kat website. Sampai hari ni pun masih 0%. Bila kak Ajan call beberapa hari lepas, pihak bengkel kata ada part yang diorang order belum sampai. Jadi jangkaannya dalam hujung bulan ni mungkin siap. Ohhh, ghisauuuu. Berapa la nak kena bayar betterment nanti 😣
Doakan kereta ciksun cepat siap dan dipermudahkan segala urusan ciksun.
Sekarang ni memang bergantung harap sepenuhnya menumpang kereta housemate aje nak ke mana-mana atau bila ada urusan penting.
9 Comments
Pergh..panjang lebar ceritanya. Saya pun nak check polisi any driver tu sebab selalu jugak adik ipar yang bawak kereta saya. Thanks for sharing info Cik Sun. Semoga kereta cepat siap dan semoga kita semua dilindungi dari kemalangan walaupun minor
ReplyDeleteAllahu..moga Allah permudahkan urusan Cik Sun..aamiin
ReplyDeleteAllahuakbar. kesian kitak. nasib bait masa eksiden ya berteman mun sik kali nang blur sik tauk polah apa.
ReplyDeletetq share tips terperinci cara2 claim insurance kereta. kereta kmk org dolok penah juak dilantak org dari belakang masa otw ke kch, polah report polis then balit dari kch hantar ke bengkel di btu. masa ya sikda pulak kenak polah sketching lokasi kemalangan, tapi nang lamak la nunggu kereta keluar bengkel huhu...
semoga dipermudahkan urusan kereta kitak.
Allahuakbar..kesiannya..mujur Selamat korang kat dalam kereta tu.. Malang tak berbau... Mmg gabra gila lg Kalau sendiri yang pandu...Macam takut nak tgk sekeliling..masih bernyawa atau tak..Allahuakbar.. Sy pernah accident..terlanggar tepi tu tapi sebab org lain yg Salah, Sy claim dia punya je...masa tu kete mmg xleh gerak, so towing Dari tmpt kejadian..Baru tahu pasal insurance ni..Thanks info..Moga dipermudahkan urusan akak lepas ni... Moga sihat semula si purple you sis 😌
ReplyDeletemmg malang x berbau kann., samalah mcm kes wak dulu, tpi ada ejen towing ni leh kawtim xyah byr saman rm300 tu walopon dh langgar pembahagi jalan., huhu
ReplyDeleteKesiannya Cik Sun, sorry, akak baru tahu pasal ni.
ReplyDeletesaya kes yg sama, saman saya sama dgn saman awak kene menghadap ke mahkamah, tp kenapa awak just byr RM300 tanpa ke mahkamah?
ReplyDeletesebab ada arahan kat surat saman bawah tu, untuk bayar di kaunter saman balai polis..
Deleteyang menghadap ke mahkamah tu saya tak pasti, nanti saya tanya kawan saya sama ada dia kena pergi atau tak..tarikh pun dah lepas dah tu...
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com