Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru | Dah hampir seminggu ciksun tak update blog. Berehat sebenar-benar rehat atas sebab kesihatan. Tanggal 30 November 2022 yang lalu, ciksun buat pembedahan kecil buang gigi terimpak di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Hari ni baru hari kelima pasca pembedahan. Masih terasa lagi sakit di bahagian gigi yang dibuang. Bengkak dah surut alhamdulillah. Tinggal sikit aje yang masih terasa bila gerak-gerakkan rahang.

Awal tahun dulu, ciksun ada share yang gigi geraham bongsu ciksun tumbuh secara tak normal. Dalam bulan Ogos yang lepas, ciksun pergi Klinik Pakar Bedah Mulut di Hospital Sultanah Aminah untuk buat imbasan x-ray. Nak buat x-ray ni, ciksun minta Klinik Pergigian Mahmoodiah tolong referkan. Dua kali ciksun pergi tampal gigi dekat klinik ni, kali kedua tu ciksun terus minta refer HSA untuk buat x-ray gigi bongsu. Dentist terus dapatkan tarikh untuk x-ray dan bagi referral later.

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Dental x-ray ni tak sama macam x-ray biasa. Ada mesin khas yang akan scan 180° kepala kita untuk dapatkan imej rahang sepenuhnya. Bila x-ray, memang da corner baring gigi bongsu bawah belah kanan ciksun tu. Lebih kurang sama macam dalam gambar kat atas, tapi ciksun punya hampir 90°. Dentist suruh buang bawah dengan atas sekali sebab nanti bila yang bawah dah dibuang, gigi bongsu yang atas tu takde support. Ini kalau gigi bongsu korang tumbuh kesemuanya ya. Kalau gigi bongsu atas korang tak tumbuh, tak payah buang pun.

Removal appointment ciksun dibuat tiga bulan kemudian, tarikh 30 November tu lah. Kak Ajan hantar ciksun ke HSA pepagi, sebelum tu kitorang breakfast dulu dekat Hutan Bandar JB. Ye, kena makan dulu. Dua hari sebelum surgery, pihak klinik dah whatsapp bagi reminder. Ciksun diminta buat self-test COVID-19 kat rumah pada hari surgery dan whatsapp gambar self-test tu kat diorang. Then, diorang pesan juga untuk sarapan dulu dan bawak duit untuk bayaran nanti. Kenapa kena makan dulu? Sebab nanti lepas surgery tak dapat nak makan sangat beberapa hari yeee.

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Ciksun sampai HSA sebelum jam 8 pagi. Bayar registration RM5, pakai debit card je. Sebenarnya ciksun dah nampak kat website diorang, pembayaran sekarang cashless dah. Tapi prepare jugak cash sebab whatsapp beberapa hari lepas tu lerr. Then, tak lama pun tunggu, nama dah kena panggil masuk tempat surgery. Nama dentist ciksun hari tu Dr. Chua. Dia brief sikit tentang surgery dan kesan lepas surgery sebelum kena sign surat.

Ok, duduk dekat dental chair. Dr. Chua bius gusi bawah, tepi lidah, dalam pipi, gusi atas, dengan rahang atas. Part rahang atas tu sakit sikit, Dr. Chua pesan awal-awal. Memang sakit sampai terpejam-pejam mata ciksun. Huhu. Then, doktor suruh kumur and buang dalam sinki sebelah kerusi tu. Bila bius dah jalan, nurse bagitau akan tutup mata dan selimutkan dengan green drapes. Oh, yess local bius je tau, so kita akan sedar sepanjang pembedahan.

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Gambar: Google

Dan akhirnya pembedahan pun bermula. Kung kang kung kang, syrengggg syrengggg, tok tok kuakkk, krekkkkk, tak sampai sejam da siap. Hahaha macam-macam bunyi yee. Itu baru bunyi, belum masuk bab perasaan lagi. Bahahahah. Ciksun tak takut ke? Heii, seriusss lahh takut. Berapa kali ciksun terbatuk-batuk sebab jantung berdenyut laju sangat and macam ada angin masuk kat dada. Berapa kali jugak pujuk hati untuk bertenang ye.

Tambahan pulak gigi bongsu tu susah sangat nak cabut. Akar gigi dah kuat melekap dengan tulang rahang. Berapa kali ciksun dengar Dr. Chua cakap, "why ahhh, the root is so firm?" Huhu. Akhirnya berjaya buang, potong sikit-sikit sampai habis semua gigi tu and nampak tulang aje (sebab dengar Dr. Chua sebut, "ok, bone, da habis'). Gigi tu memang kena potong sikit-sikit sebab dah tumbuh senget, tak akan dapat cabut macam biasa. Melainkan gigi bongsu korang tumbuh lurus ke atas dari dalam gusi, haa boleh la cabut cam biasa aje.

Gigi Bongsu Atas
Gigi geraham bongsu atas, masih elok lagi haha

Then, gusi yang dah dibedah tadi akan dijahit. Dah jahit gusi bawah, dentist seorang lagi cabut gigi bongsu atas pulak. Yang ni dia buat normal removal aje. Cabut macam biasa sebab gigi atas tu tumbuh elok. Sekejap aje dentist tu buat. Then dia bagitahu dah siap, bukak semua drapes. Oh, second dentist tu doktor lelaki yang ciksun nampak pagi tadi rupanya. Dentist tu pesan tukar gauze setiap 30 minit, hari ni jangan berkumur-kumur dan jangan meludah. Jangan minum pakai straw.

Aik? Ciksun terus tanya, "kenapa tak boleh pakai straw?" Dua kali ciksun tanya sebab doktor tak jelas pertanyaan ciksun. Hahahah. Ye la mulut ada gauze 😂

Ooo, rupanya untuk elakkan keadaan darah tak dapat membeku di kawasan pembedahan. Bila darah tak membeku sepenuhnya, itu yang akan menyebabkan dry socket. Ok, baik doktor! Terima kasih! Doktor cakap bayar RM51 dekat kaunter luar.

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Pipi bengkak sebelah 😂

Alhamdulillah, selesai. Ubat ambil dekat farmasi kat bawah. Sejam jugak nak tunggu giliran. Dapat ubat kumur, Paracetamol dengan Voren painkiller. Painkiller tu makan bila perlu and rasa sakit sangat aje. Balik rumah, terus makan Paracetamol dua biji. Kesan bius tak hilang lagi waktu ni. Tapi darah memang tak berhenti-henti keluar. Sampai habis gauze ciksun, siap beli lain dekat pandamart.

Dah lewat petang sikit, masih rasa darah dalam mulut bila telan air liur. Ye, air liur kena telan aje walaupun ada rasa darah. Tu arahan doktor. Kalau ludah nanti luka susah nak baik. Ciksun order bubur Marrybrown dekat foodpanda jugak. Tapi tak boleh makan yang panas-panas. Kena makan benda sejuk-sejuk je beberapa hari pertama lepas surgery. So, ciksun tunggu bubur da sejuk baru makan. Tu pun telan aje, tak dapat nak mengunyah. Kalau mengunyah, nanti rasa sakit sebab gusi tengah bengkak.

Bila kesan bius da hilang, fuhhh memang terus telan painkiller sebab tak tahan rasa sakit. Hari kedua, baru berani berus gigi. Hari pertama tu just kumur dengan ubat kumur yang farmasi bagi aje. Hari ni dah lima hari ciksun makan bubur aje. Adeii. Kalau makan benda lain pun, kena pastikan yang boleh telan begitu saje. Lepas tu, tiap hari nak check keadaan jahitan kat cermin. Haha.

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Klinik Pakar Bedah Mulut, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
⚠ Disturbing image viewer discretion is advised

Hari kedua nampak elok lagi la. Hari ni dah macam haperr dah kat situ hahahah. Benang tu memang buat rasa tak selesa sangat. Terasa kewujudan dan kejanggalan dia dalam mulut. And perasan tak, ade tiga bintik cerah tu? Tu la kawasan yang dibius. Sehari lepas surgery, titik bius tu jadi ulser ye. Hmm, banyak-banyak lah bersabar ek dengan pelbagai kesakitan. Haha.

Hari Selasa ni, 6 Disember 2022, ciksun kena pergi HSA semula untuk buka jahitan. Allahu.

Doakan ciksun ya!


P/S: Kalo adsense suruh buang gambar, nanti ku buang gambar jahit tu hahahah!

Post a Comment

6 Comments

  1. Baca ajak pun dah seriau!! Last week cikgu Amie LD pun ada update nya ceta cabut gigi hidup² tanpa bius... nak baca pn rs nak nangis.. semoga cepat baitlah ciksun... si 'bongsu' tok mmg selalu 'special' sikit

    ReplyDelete
  2. yang tengok ni pun rasa ngeri ngilu

    ReplyDelete
  3. Saya pun cabut gigi bongsu secara pembedahan tahun ni gak. Memang sakit woah. Rasa menyesal pun ada, tapi alhamdulillah lepastu dah tak sakit gigi dah. Tapi aaa memang menyesal

    ReplyDelete
  4. kita dah buang yang belah kanan, yang belah kiri pun konar baring gak ni.
    Tapi bila kenang kesakitan masa buang yang belah kanan hari tu, tunda dulu la nak ulang lagi sekali

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com