Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Krismas SDS Bakery & Cafe - Ho Ho Ho Chicken dan Jolly Holiday

Menu Krismas SDS Bakery & Cafe - Ho Ho Ho Chicken dan Jolly Holiday | Hujung minggu lepas, ciksun pergi The Mall, Mid Valley Southkey dengan Ibah, saja singgah ke Watson alang-alang dah ke St. Giles jumpa PR Garrett Popcorn Shops time tu. Waktu tu dah lewat petang, dah pukul 6 macam tu. Dedua orang perut dah lapar, menapak la cari kedai makan yang tak ramai orang time macam tu. Satu demi satu restoran kitorang jengah, hampir semua panjang barisannya. Hujung minggu memang ramai kat Mid Valley Southkey ni, mostly orang Singapore.

Cari punya cari, akhirnya buat keputusan makan dekat SDS Bakery & Cafe aje. Yang menunggu depan kitorang ada dua pelanggan aje. So, tunggu la kejap sementara yang kat dalam habis makan. Dalam menunggu tu, baris kat belakang kitorang pun bertambah jugak. Time ni memang dah tanya Ibah, solat Maghrib kat rumah ke kat sini? Ibah cakap kat surau sini aje lah, takut tak sempat sampai rumah nanti. Okehhh. Risau jugak jalan jammed nak balik ke rumah.

Dalam 20 minit menunggu, akhirnya ada meja kosong untuk kitorang. Terus scan QR Code yang diberi untuk order makanan. Buku menu pun diorang bagi untuk kita senang belek. Order je kena pakai QR Code tu. Tengok-tengok, dah ada menu khas untuk Krismas. Eh, ye lah kan, dah masuk bulan Disember. Tak lama je lagi nak Krismas. Dari memula tadi nak makan Crispy Chicken Chop with Salted Egg Sauce terus tukar hasrat, nak order Ho Ho Ho Chicken lah! Nampak sedapp aje dalam menu. Tapi sepanjang ciksun makan menu Krismas kat SDS ni tahun-tahun sebelum ni, memang sedap punnnnn!

Ho Ho Ho Chicken ni adalah Grilled Chicken Chop dengan kuah Raisin Sauce. Kuah kismis gitu. Harga menu ni RM17.90++ aje, then ciksun add-on jugak air Jolly Holiday pada harga RM10.90++. Baca kat menu tu, air ni gabungan Monin Grapefruit Puree, Sprite, Schweeps Soda, Fresh Pineapple, Fresh Pomegranate, Big Lime Slices dan Mint Leaves. Fuhhh, banyak betul isi kat dalam dia yeeee! Ibah pulak order Teriyaki Grilled Chicken Chop dengan air Passionfruit Pineapple Tea.

Menu Krismas SDS Bakery & Cafe - Ho Ho Ho Chicken dan Jolly Holiday

Menu Krismas SDS Bakery & Cafe - Ho Ho Ho Chicken dan Jolly Holiday

Ni la rupa Ho Ho Ho Chicken dengan air Jolly Holiday ciksun. Robot yang hantar makanan kat sini. Sekarang dah banyak restoran guna robot ekkk. Jangan tak tahu, kedai mamak pun sekarang ada dah yang pakai robot penghantar makanan. Mungkin untuk kurangkan beban kerja waiter pada waktu peak hour kannn. Cuma nya kalau ada yang tak kenal makanan diorang, susah jugak. Boleh tertukar dengan meja lain sebab kekadang robot tu bawak makanan serentak dengan meja lain punya.

Yes, memang sedap pun Ho Ho Ho Chicken tu. Ingatkan kismis tu akan overwhelmed chicken chop nya, tapi just nice je rasa dia. Portion pun ok dengan harga standard. Air tu sedikit masam but kalau gaul betul-betul, sedap aje cukup masam manisnya. Ciksun tak gaul bebetul, hujung-hujung dasar gelas jadi manis pulak air sebab ade puree kat bawah tu yang tak bercampur rata. Padan muka, hahaha! Ciksun makan pelan-pelan aje, siap pesan kat Ibah tunggu ciksun makan tauuu. Gigih kunyah-kunyah telan, guna gigi sebelah kiri aje. Haha.

Menu Krismas SDS Bakery & Cafe - Ho Ho Ho Chicken dan Jolly Holiday

Nah ciksun share jugak menu lain kat SDS Cafe sempena Krismas dan tahun baru ni.

Kalau korang nak try menu-menu ni, boleh la ke SDS Bakery & Cafe berdekatan korang ya!

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com